Khamis, 30 Mei 2013
MUSUH DAN KAWAN PERLU DIKENAL
Di bawah rumah tempat berbual
Suasa santai di kawasan kampung
Kawan dan lawan perlu dikenal
Kelemahan musuh jangan bergantung
Rumah kampung tidaklah terpinggir
Bertambah cantih bena di sawah
Kemenangan diharap sentiasa hampir
Perlu taat sabar serta istikomah
• Atas: Pemandangan di bawah rumah tempat berehat.
• Bawah: Rumah kayu di kampung Tualang, Pokok Sena.
Ahad, 26 Mei 2013
TUNTUTAN YANG BELUM SELESAI
Berheti rehat di tepi jalan
Ambil gambar fokas di halaman
Kebanyakan rakyat tolak Barisan
Cina dan melayu sudah buat pertimbangan
Ambil gambar berhampiran jalan
Upin dan Ipin berjalan di hadapan
Rakyat berhimpun tuntut keadilan
Kenapa pilihanraya dicermari penipuan
• Atas: Homestay di jalan Langgar, Alor Setar.
• Bawah: Upin dan Ipin di Sejahtera Pokok Sena.
Sabtu, 25 Mei 2013
BUKAN LAGI TEMPAT BERLINDUNG
Lalu di bukit jalanmya mati
Berpatah balik tepinya gaung
Amaran rakyat Umno masih tidak mengerti
Masih mengaku Umno tempat melayu berlindung
Waktu petang lalu di ladang
Lepas hujan dingin sekali
BN terasa sudah nak tumbang
Tunggu masa ahli tidak peduli
• Atas: Jalan ke empangan Pedu, Padang Terap, Kedah.
• Bawah: Laluan di kawsan ladang ragut di kawasan Heartford UK.
Khamis, 23 Mei 2013
BERILAH RAKYAT HARAPAN
Bosan di bandar pergi ke hutan
Melihat binatang menjalani kehidupan
Negara demokrasi rakyat diutamakan
Berilah harapan bukan ugutan
Kawasan hutan jangan dibiar
Perlu ditanam pokok untuk gantian
Majoriti kurang masih tidak mahu belajar
Masakan rakyat demotrasi jalanan
• Atas: Kera-kera berkeliaran di kawasan hutan UUM Sintuk.
• Bawah: Laluan kawasan balak yang sudah ditebang.
Selasa, 21 Mei 2013
HANYA MASA MENENTUKAN
Cuaca panas bertukar mendung
Badan berpeluh rasa melekit
Tidak semua yang boleh dicucuk hidung
Hidung tinggi janganlah tersepit
Rumah dan kebun jaraknya dekat
Cuma jalan yang dilalui kurang selesa
Kuasa rakyat suara keramat
Hanya tiba menunggu masa
• Atas: Taman Sena Impian, Pokok Sena.
• Bawah: Jalan ke kebun ke Bukit Kapai, dari Bukit Lala.
Isnin, 20 Mei 2013
WARNA WARNA KEHIDUPAN
Naik motor tergelincir jatuh
Jatuh di kebun menorah getah
Badan letih mata terasa mengantuk
Bantal disorong terlela sudah
Di celah getah ditanam jagung
Jagong manis untuk jualan
Kapal belayar ombak mengunung
Berpatah balik sudah di tengah lautan
• Atas: Jumpa kawan di kebun getah.
• Bawah: Tanaman jagung manis di kebun getah tanaman semula.
Selasa, 7 Mei 2013
SATU HATI SATU TUJUAN
Waktu petang sering hujan
Hujan lebat pokok ada yang tumbang
Rakyat sepakat capai kemenangan
Dinafi disekat kejayaan pastikan datang
Duduk rehat di kawasan halaman
Cuaca mendung hujan bila tiba petang
Rakyat bertekat buat perubahan
Satu hati satu tujang matlamat Pakatan menang
• Atas: Tumpang teduh menunggu hujan berhenti.
• Bawah: Kenapa PAS & UMNO tak boleh bergabung.
Isnin, 6 Mei 2013
PEMIMPIN DAN RAKYAT
Makan roti takada telor
Rasanya enak sungguh selera
Pemimpin dipilih silap perlu ditegur
Supaya kehidupan rakyat sentiasa terbela
Rasanya enak sungguh selera
Pemimpin dipilih silap perlu ditegur
Supaya kehidupan rakyat sentiasa terbela
Ahad, 5 Mei 2013
HORMATI HAK RAKYAT
Hak mengundi perlu dihormati
Jangan dipertikai bangsa, kita 1Malaysia
Rakyat iklas terus berbakti
Tidak undi BN bukan bererti tidak taat setia
Jangan dipertikai bangsa, kita 1Malaysia
Rakyat iklas terus berbakti
Tidak undi BN bukan bererti tidak taat setia
Sabtu, 4 Mei 2013
PASTIKAN UNDI CALON PAKATAN RAKYAT
Duit ditabur menjadi-menjadi
Maklumat diperolehi sedialah dibukti
Ahad datang awal masa mengundi
Undi Pakatan Rakyat sudah tersemat di hati
Duit ditabur tidaklah pasti
Yang pasti beras minyak duit kena pikir sendiri
Ini kali lah rakyat ubah Ahad dinanti
Turun awal pakat lihat hingga selesai mengundi
TALIAN HAYAT
BR1M dibelanja sudah pun habis
Getah pula harganya merudum
Pakatan berhujah BN tidak tertangkis
Kemenangan hampir BN perlu dihukum
Kawasan lapang bersih dan terang
Pokok ditanam kini dipagar
Pemimpin dan rakyat terus berjuang
Pakatan menang rasia terbongkar
• Atas: Skrup dikumpul di kawasan kebun sebelum dijual.
• Bawah: Pemandangan di tengahari di halaman rumah.
Jumaat, 3 Mei 2013
CERAMAH DATO SRI ANWAR IBRAHIM DI POKOK SENA
Kehadiran orang ramai melempah hingga ke tepi jalan raya. Semua masyarakat berbilang bangsa datang untuk mendengar ceramah serta untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Majlis berakhir pada jam 7.00 malam sebelum waktu magrib tiba, Jalan sesak sepanjang 2km dengan pergerakan kenderaan yang amat perlahan.
Khamis, 2 Mei 2013
MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN
Terbang rendah mencari sasaran
Tembakan tepat memusnahkan musuh
Ini kali lah masa rakyat buat perubahan
Supaya Umno BN tersungkur jatuh
Kekuatan Umno BN sukar dilawan
Doa mustajab senjata mukmin
Keyakinan cerah Putrajaya ditawan
Kemenangan untuk masa depan yang terjamin
• Atas: Replika kapalterbang di UPU Keben 500 Pokok Sena.
Langgan:
Catatan (Atom)