HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 27 April 2013

MARA KE PUTRAJAYA


Hadiri perasmian Bandar Sejahtera Pokok Sena 
Projek berjalan belum siap sepenuhnya 
Kedah sejahtera nikmat untuk semua 
Kemenangan dipertahankan PR mara ke Putrajaya 


Hujan lebat air naik 
Banjirnya sekejap tidaklah berterusan 
Pakatan rakyat pilihan terbaik 
Bangsa disatukan ketepikan permusuhan 

• Atas: Rumah contoh perasmian Bandar Sejahtera Pokok Sena. 
• Bawah: Banjir akibat hujan lebat di kampung Bukit Lala.

Jumaat, 26 April 2013

RAKYAT TEKAT MAHU BERUBAH


Sawah luas di negeri Kedah 
Beras utama di sinilah penyumbang 
Rakyat tekat ingin beruibah 
Umno BN pastikan tumbang 


Tebas kebun menyising lengan 
Walaupun sukar tidak berganjak 
Cakap bolehlah mengharap jangan 
Rakyat sepakat Umno BN ditolak 





• Atas: Sawah bersebelahan LTSAH Kepala Batas, Alor Setar. 
• Bawah: Kebun getah di Bukit Kapal, Mukim Gajah Mati.• Youtube: Tuan Guru Nik Abdul Azis dan Calon Pas Putrajaya.

Rabu, 24 April 2013

HARAPAN YANG CERAH


Pokok ditanam nampak kehijauan 
Suasana tenang teramat indah 
Sokongan rakyat sentiasa berterusan 
Kemenangan diharap pastinya cerah 


Bersihkan halaman hindari lalang 
Rumputkan subur tumbuh kehijauan 
Umno diyakini rakyat telah pun hilang 
Pas bersama Pakatan Rakyat menjadi harapan 

• Atas: Buluh madu penghias rumah di kampung Yoi. 
• Bawah: Rumah tradisional di kampung Yoi, Pokok Sena.

Ahad, 21 April 2013

‘INI KALI LAH’ HARAPAN KITA MENANG


Kawasan berumput sudah ditarah 
Tumbuh yang baru lihat kehijauan
Kemenangan diharap sinarnya cerah 
Senjata mukmin doa dan keyakinan 


Kawasan halaman perlukan kehijauan 
Udara pula segar penuh keceriaan 
Kemenangan diharap penuh keyakinan 
Menang kalah perjuangan tetap diteruskan

  

• Atas: Halaman hijau indah menceriakan. 
• Bawah: Memagar sayuran dengan pagar buluh. 
• Youtube: Calon Dun Bukit Lada, Ustaz Ahmad Izzat Shauki.

Sabtu, 20 April 2013

PETANDA KUBUR SENDIRI YANG GALI


Buah mungai buahnya menjadi 
Buahnya lebat tidak payah dibeli 
Jika Umno menyokong dan memberi undi 
Petanda kubur sendiri yang gali 


Duduk rehat di sebelah dapur 
Tongkol kayu dibuat duduk 
Perahu terlajak boleh diundur 
Terlajak kata kesannya buruk 


 
• Atas: Hasil tanaman di belakang rumah. 
• Bawah: Tempat rehat di sebelah dapur dan kolam.
• Youtube: Hari penamaan calon di Parlimen Pokok Sena. 

Khamis, 18 April 2013

HILANG CERAH NAMPAK GELAP


Dari kamar tidur melihat ke luar 
Pemandangan hijau biri-biri di kandang 
Kemenangan diharap terlalu sukar 
Minta simpati sudah di jurang 


Beli ikan tunggu di tangga 
Utang semalam lupa dibayar 
Masa berkuasa keangkuhan dibangga 
Sokongan hilang kepercayaan tercemar 



• Atas: Dari kamar tidur melihat ke kebun. 
• Bawah: Rumah kayu di kampung, Tualang.
• Youyube: Daminya hatiku melihat kebesaranmu Ya Allah.

Selasa, 16 April 2013

BUDI DAN JASA


Kawasan sawah ditanam padi 
Padi subur di tepi lalang 
Katanya iklas bila berbudi 
Kenapa tidak terpilih istihar perang 


Buah pisang dibuat kari 
Untuk hidangan makan tengahari 
Buat baik iklaskan diri 
Tidak terpilih bebas dicari 

• Atas: Sawah di kawasan kampung di Bukt Lala. 
• Bawah: Kebun pisang di belakang rumah.

Ahad, 14 April 2013

APA YANG KITA BOLEH HARAPKAN


Jalan kampung dibena menjelang pilihanraya
Kebiasaannya berlecah menyukarkan perjalanan 
Bohong dan fitnah dijadikan budaya 
Setakat dengar dipercayai jangan 


Menunggu sarapan duduk di pangkin 
Sarapan disedikan rasanya enak 
Akhlak buruk seorang pemimpin 
Gelap masa depan rakyatkan tolak


 
• Atas: Jalan ke Bukit Lala, Pokok Sena sebelum PRU-12. 
• Bawah: Inang Flora tapak semaian di Bukit Tembaga, Kuala Nerang. 
• Videotube: Himpunan rakyat Sabah 'ini kalilah'. 

Jumaat, 12 April 2013

TERANG DAN JELAS


Kucing dibela bermacam ragam 
Kerana dikutip di tepi jalan 
Rakyat cerdik jelas dan faham 
Bebas memilih bukan ditakut-takutkan


Berehat di luar panasnya haba 
Angin bertiup terasa lega 
Masa berkempen sudah pun tiba 
Bantu wang ringgit dan juga tenaga 

• Atas: Kucing berehat di pondok.
• Bawah: Berehat di luar rumah di pangkin.

Rabu, 10 April 2013

JANJI MANIS MU


Sungai di sini tiada buaya 
Airnya jernih tidak berkeladak
Janji ditunai tunggu pilihanraya 
Sudah menang tertunai tidak



Kerja letih rehat terlena
Pondok rehat di kawasan halaman
Kuasa diberi disalah guna
Rakyat mampu ubah gunakan tanggan




• Atas: Terusan merentangi kawasan sawah di Tualang.
• Bawah: Pondok di kawasan halaman rumah. 
• Youtube: Fenin la macam ni. 

Isnin, 8 April 2013

HANYA MENUNGGU MASA


Duduk di kebun melihat di tangga 
Persekitaran hijau udara selesa 
Pakatan Rakyat Buku Jinga 
Kata sepakat hanya menunggu masa 


Lalu di kebun terpijah duri 
Kebun terdekat di belakang rumah 
Fitnah dan bohong memakan diri 
BN tumbang umnokan lemah 



• Atas: Membena pondok di kawasan kenun.
• Bawah: Kebun getah tua terbiar untuk ditanam semula. 
• Youtube: Wind of change & time to change. 

Sabtu, 6 April 2013

RAKYAT SUDAH BERSEDIA


Datang ke UUM selepas zohor 
Jemput anak pulang ke rumah 
Rakyat sudah mengali kubur 
Tunggu UMNO tersilap langkah 


Persekitaran UUM tersangat indah 
Kawasannya luas penuh kehijauan 
Kemenangan diharap sinarnya cerah 
Rakyat bijak Pakatan Rakyat jadi pilihan



• Atas: Pintu gerbang masuk ke UUM Sintok, Kedah. 
• Bawah: Jalanraya ke UUM Sintok, Kedah.
• Youtube: Anwar Ibrahim - Siapa nak bangkit 3 bilion.