Sabtu, 30 Mac 2013
BERSEDIA TERIMALAH KENYATAAN
Persekitaran hijau indahkan pemandangan
Kebersihan dijaga mulai sekarang
Jangan bimbang takut pun jangan
Bersedialah Umno jadi pembangkang
Bandar Alor Setar banyak berubah
Pembangunan dirancang sentiasa berterusan
Pakatan rakyat menang harapan cerah
Rakyat sudah muktamad buat pilihan
• Atas: Kawasan letak kereta Mezium diRaja Bandar Alor Setar.
• Bawah: Jejambat baru merentangi Telok Wanjah, Alor Setar.
Selasa, 26 Mac 2013
MASIH TAK SEDAR
Mentari pagi lihat kehijauan
Pokok cheri buahnya segar
Umno sudah hilang kehormatan
Kepercayaan dan pengaruh hilang masih tak sedar
Sayuran ditanam rapat-rapat
Walau pun rapat masih ada ruang
Kos hidup rakyat sentiasa meningkat
Gaji yang naik hanya menutup lubang
• Atas: Pokok cheri ditanam di halaman rumah.
• Bawah: Taman sayuran di tepi rumah.
Ahad, 24 Mac 2013
SOKONGAN YANG PASTI BERTERUSAN
Bersihkan halaman terasa penat
Baring di pondok berhenti rehat
Islam disokong pasti selamat
Sokongan berterusan seluruh umat
Cuaca redup awan mendung
Petanda hujan kemungkunan turun
Umno sudah sampai di penghujung
Hadapi Pakatan Rakyat terasa gerun
• Atas: Pondok di halaman rumah.
• Bawah: Taman Sena Impian, Pokok Sena.
Sabtu, 23 Mac 2013
TERSALAH CATUR TENGELAM KARAM
Pagi ke kebun ke sawah petang
Sampai di rumah sudah pun malam
Tunggu lama popularkan hilang
Rakyat menanti BN tengelam karam
Dari Pokok Sena ke Bandar Alor Setar
Singgah di Langgar makan kenduri
BN menang teramat sukar
Konspirasi diguna kelak memakan diri
• Atas: Kawasan sawah di Langgar menghampiri senja.
• Bawah: Mezium diRaja Alur Setar, Kedah.
Jumaat, 22 Mac 2013
MENUNGGU PERUBAHAAN
Rehat santai di kawasan halaman
Cuaca redup di waktu petang
Jawatan direbut difikir jangan
Tersilap langkah kuasa pusat semacam nak hilang
Duduk di sawah sebagai tamu
Persekitaran indah sungainya jernih
Bubar Parlimen rakyat menunggu
Menunggu perubahan Pakatan memerentah
• Atas: Itek berenang di bekas paya (rumah kawan di Perlis).
• Bawah: Alur di tepi sawah.
Rabu, 20 Mac 2013
KEMENANGAN DIHARAP TIDAK SELAMAT
Bandar Alor Setar berdiri megah
Pembangunan pesat pengurusan berjimat
Gentar tidak cuma gelisah
Kemenangan diharap tidak selamat
Negeri Kedah sentiasa digilap
Pembangunan dirancang pemimpin tabah
Johor dipertahankan terasa gelap
Sokongan diharap membawa rebah
• Atas: Jejantas Telor Wan Jah, Alor Setar.
• Bawah: Pembenaan kompleks Aman Central di Bandar Alor Setar.
Selasa, 19 Mac 2013
KULIT GETAH KERING
Atur acara: 3.00 petang hingga 4.00 petang
4.00 petang rehat dan jamuan
4.20 petang ke kebun yang menghadapi masallah kulit,
cara menyediakan bahan semburan dan teknik penyemburan.
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK HADIR
Ahad, 17 Mac 2013
TALQIN BUAT UMNO
Bandar Alor Setar belumlah sempurna
Perubahaan pesat sentiasa bergerak maju
Duit rakyat disalah guna
Mengaku pembela umat melayu
Lebuhraya Sultanah panjang berjela
Kenderaan menggunanya masih mampu
Hujah kabur sudah meniti senja
Rakyat sedar sukar untuk ditipu
• Atas: Jalan di Bandar Alor Setar.
Rabu, 13 Mac 2013
REHAT SEMENTARA
Sungai di sawah tidaklah dalam
Tiupan anginnya membuatkan terlerlena
Rehat berpantun mencari ilham
Supaya sentiasa segar ceriakan suasana
• Atas: Terusan di kawasan sawah di Perlis.
Selasa, 5 Mac 2013
HORMATI PANDANGAN HARGAI KEHIDUPAN
Persekitaran indah dengan kehijauan
Tenang dan damai satu kenikmatan
Kebahagian dinikmati itulah harapan
Hormati pandangan hargai kehidupan
Bandar Alor Setar penuh keindahan
Tempat tinggal di Pokok Sena
Hormati pandangan hargi kehidupan
Agar kehidupan penuh bermakna
• Atas: Bulatan berhampiran May Bank Alor Setar.
• Bawah: Menara Alor Setar dari jejambat.
Jumaat, 1 Mac 2013
RESAH GELISAH
Rehat sekeluarga di tepi laut
Lautan luas di kawsan Lumut
Semakin hari Umno semakin kalut
Rakyat tak percaya pengikut cabut
Jala-jalan di waktu petang
Melihat persekitaran indah kehijauan
Keyakinan hilang ketakutan datang
Tindakan silap musnahlah harapan
• Atas: Pemandangan di tepi laut di pekan Lumut, Perak.
• Bawah:Kedai cenderhati di pekan Lumut, Perak.
Langgan:
Catatan (Atom)