Khamis, 28 Februari 2013
MODAL PILIHANRAYA
Menjala ikan di kawasan paya
Ikan dijala di waktu petang
Projek pembangunan modal pilihanraya
Rakyat mengharap itulah peluang
Ceduk air gunakan timba
Air yang diceduk tidaklah sedikit
Bantuan diberi pilihanraya tiba
Ugama diguna bila tersepit
• Atas: Bekas paya telah dijadikan sawah di kampung Bukit Lala.
• Youtube: Altantuya, PI Bala dedah siapa terlibat.
Rabu, 27 Februari 2013
RAKYAT SEIRINGAN UNTUK BERUBAH
Sekitar kampung dipenuhi getah
Subur ditanam jangan diambil mudah
Kita rasa amat bertuah
Rakyat seiringan mahu berubah
Pokok getah ditebang diangkut sudah
Dahan yang tinggal perlu dikerat-kerat
Rakyat seiringan mahu berubah
Perdana menteri baru Pakatan Rakyat
• Atas: Kawasan kebun getah di kampung Bukit Lala.
• Bawah: Kilang kayu getah di Dehrang, Kedah.
Sabtu, 23 Februari 2013
RAKYAT KELIRU
Gambar diambil sambil berdiri
Di tepi tingkap bahagian penjuru
Undi dirayu wang diberi
Kenyataannya iklas rakyat keliru
Lalu di sawah menghampiri malam
Petani selesai menanam padi
Mengharap menang Negara terancam
Rakyat asing boleh mengundi
• Atas: Menaras Alor Setar diambil dari tingkat 3 bangunan PMC.
• Bawah: Kawasan sawah di Tualang, Pokok Sena.
Jumaat, 22 Februari 2013
DIBELENGGU DENGAN KETAKUTAN
Buluh madu dibuat pagar
Elak diceroboh binatang ternakan
Rakyat didera maruah tercabar
Wang ditabur hilanglah kerhormatan
Kawasan semak ditebas sudah dibakar
Pokok yang ditebang sudak dikerat
Rakyat celik bertindak bijak
Mampu berdepan kemungkaran disekat
• Atas: Pagar buluh di belakang rumah,
• Bawah: Kawasan semak sudah dibersihkan indahkan pemandangan.
Selasa, 19 Februari 2013
HILANGNYA MARWAH HARGA DIRI
’Beutiful Malaysia’ kempen kebersihan
Persekitaran bersih indah kehijauan
Umno BN berkempen semua hendak digunakan
Maruah harga diri tidak menjadi ukuran
Bersihkan halaman di waktu petang
Persekitaran redup rasa selesa
Ketakutan menjelma kerisauan datang
Terbayang kalah hilanglah kuasa
• Atas: Pemandangan di kawasan masjid Al Bokhary, Alor Setar.
• Bawah: Kawasan halaman rumah di waktu petang.
Isnin, 18 Februari 2013
CUACA CERAH DISINARI MENTARI
Cuaca cerah disinari mentari
Suasana dingin menyegarkan tubuh
Harta di dunia perlu dicari
Suruhan Allah rela tunduk dan patuh
Cuaca cerah disinari mentari
Cahayanya terang menyinari bumi
Suruhan Allah jangan diingkari
Walaupun senang tidak bererti
• Atas: Pemandangan di waktu pagi di tepi rumah.
• Bawah: Kambing berkeliaran di belakang rumah.
• Youtube: Wahai anakku - Luqman Hakim.
Sabtu, 16 Februari 2013
JANGAN SAMPAI KITA DIJUAL BELI
Pergi ke UUM dengan kereta
Berhenti sekejap membeli limau bali
Bersangkalah baiklah sesama kita
Jangan sampai kita dijual beli
Pemandangan indah di sawah dan titi
Duduk rehat di atas bangku
Salam takziah kami simpati
Selamat memandu di jalan penuh berliku
• Atas: Penjual limau bali di tepi jalan Changlon, Kedah.
• Bawah: Pemandangan di kawasan denai.
Jumaat, 15 Februari 2013
TAKUT DAN CEMAS
Berehat di pondok di waktu petang
Hujan renyai sudah pun berhenti
Rakyat berubah ketakutan datang
Pakatan Rakyat muktamat di hati
Air telaga tidak bertapis
Dibuat minum juga membasuh
Harapan BN menang amatlah tipis
Sokongan rakyat kepada Pakatan kuat dan kukuh
• Atas: Halaman rumah di tibla Pokok Sena.
• Bawah: Air telaga masih diguna di kampung kami.
• Youtube: Rakyat kena bangkit dan tolak kezaliman Umno.
Khamis, 14 Februari 2013
KEJELIKAN PASTI TERBONGKAR
Kedah sejahtera itulah pilihan
Rakyat selesa sederhana kemajuan
Mengundi BN bukan paksaan
Pembangkang menang huruhara untuk menakutkan
Ke Bandar Alor Setar pelbagai urusan
Singgah ziarah ke PMC pakar perubatan
Sokongan rakyat kepada PR mencemaskan
Barisan Jika kalah terbongkarlah kejelikan
• Atas: Bandar Alor Setar dari tingkat tiga Star Parade.
• Bawah: Putra Medical Center (PMC) di bandar Alor Setar.
• Youtube: Adun pulau Manis, Pekan maki hamun mahasiswa.
Rabu, 13 Februari 2013
RETAK MENUNGGU BELAH
Pokok tua ditoreh terasa payah
Banyak mendongak tidak selesa
Rakyat ditakutkan sekadar dakyah
Benteng BN mempertahankan kuasa
Tidak menoreh sudah seminggu
Daun luruh perbelanjaan dicatu
Jangan takut jangan ragu
Rakyat yang memilih mereka penentu
• Atas: Kebun getah di kampung Pecah Gadung, Kuala Nerang.
• Bawah: Musim luruh di kawasan kebun di kampung Bukit Lala.
Isnin, 11 Februari 2013
HILANG TERANG TIMBUL GELAP
Pagi di kebun petang ke sawah
Ulam percuma tidak pernah dibeli
BR1M diberi dikeluarkan sudah
Menyokong BN tidak sekali
Bersikan kawasan bersama kakak
Kerja dibuat di musim cuti
PRU13 UMNO BN Rakyatkan tolak
Duit rakyat dicuri berbelaja sesuka hati
• Atas: Pemandangan di sawah Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Membersihkan batu-batu di belakang rumah.
• Youtube: Lapuran jujur dari Singapura.
Jumaat, 8 Februari 2013
TAWARAN YANG LEBIH BAIK
Dari Sitiawan terus ke Lumut
Rehat sekeluarga di tepi jeti
Arahan Jabatan saja yang kami ikut
Patuhi Umno tiada intergeriti
Kawasan di jeti masih cerah
Angin sejuk udarnya segar
Sokongan rakyat akan berubah
Hanya menunggu masa Parlimen dibubar
• Atas: Pemandangan hampir senja di kawasan jeti, Lumut, Perak.
• Bawah: Bot penumpang dari Pulau Pangkor menghampiri jeti Lumut.
Rabu, 6 Februari 2013
PERTEMPURAN SENGIT
Terasa letih rehat sebentar
Berjalan kaki di waktu petang
Harapkan menang terasa sukar
Jangan sampai di tangan pun hilang
Cuaca cerah tidak hujan
Singgah ke Mezium sebelum pulang
Faktar diberi berdasarkan kajian
Mungkin penyumbang kepercayaan rakyat terhalang
• Atas: Medan letak kereta di hadapan Mezium Diraja Alor Setar.
• Bawah: Pintu masuk ke Mezium Diraja Alor Setar.
Selasa, 5 Februari 2013
BERBUAT BAIK HENDAKLAH BERSABAR
Kawasan berbukit di tepi hutan
Tempat tumpuan orang memburu
Berbuat baik sentiasa berterusan
Sentiasa istikomah bersabar selalu
Ulam kampung jarang dibeli
Mudah ditanam di belakang halaman
Hidup berjiran ambilah peduli
Supaya hidup Allah dipermudahkan
• Atas: Sawah di sebelah bukit di Changloon, Kedah.
• Bawah: Kebun di belakang halaman rumah.
• Youtube: Gunakanlah kata-kata ini dalam kehidupasn harian.
Ahad, 3 Februari 2013
ISLAM BAHTERA PENYELAMAT
Lalu di sawah hari dah senja
Sampai ke masjid waktunya tepat
Melayu takkan hilang di dunia
Hanya Islam jalan penyelamat
Pemandangan indah sekadar hiasan
Nikmat disyukuri amat mendalam
Islam diperjuangkan sentiasa berterusan
Bahtera penyelamat seluruh alam
• Atas: Pemandangan hampir senja di sawah kampung Bukit Larik.
• Bawah: Pintu hadapan ke Muzium Diraja di Bandar Alor Setar.
Sabtu, 2 Februari 2013
PILIHANRAYA SUDAH DEKAT
Air tenang terlihat buaya
Buaya datang secara tiba-tiba
Pilihanraya sudah dekat nampaknya
Pakatan Rakyat itulah pilihan kita
Baja ditabur biar sempurna
Pokok subur hasilnya berlipat ganda
Pilihanraya tiba pelbagai isu diguna
Pakatan menang tentunya berbeza
• Atas: Pemandangan di kawasan sungai di Tualang.
• Bawah: Memereksa akar getah yang terkena penyakit.
Jumaat, 1 Februari 2013
SUKA SANGAT MENGUNGKIT
Air di tempayan jangan dicurah
Sekadar mendengar guruh di langit
Kami rakyat mahu berubah
Tolak kerajaan yang suka mengungkit-ungkit
Waktu petang memancing ikan
Ikan diperolehi sekadar untuk makan
Dengar boleh mengharap jangan
Rakyat sudah bersama Pakatan
• Atas: Tempayan lama di teratak di halaman rumah.
• Bawah: Memancing ikan di kepala Bendang, Tualang.
Langgan:
Catatan (Atom)