Ahad, 30 Disember 2012
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
Selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kita jumpa lagi.
Bunga kertas warna merah
Bila layu gugur di atas tanah
Masa untuk kia berubah
Pilihlah yang terbaik hidup penuh berakah
Ahad, 23 Disember 2012
JELAS TERANG LAGI BERSULUH
Pergi ke sawah sering berkayuh
Terasa jauh sawahnya luas
Jelas terang lagi bersuluh
Lampu padam pasti terbabas
Memukat ikan di kampung Tualang
Dapat ikan jual ke pasar
Hukuman rakyat pasti berulang
Kemenangan yang diharap teramat sukar
• Atas: Masih menggunakan basikal untuk ke sawah di Tualang.
• Bawah: Memukat ikan di kawasan yang dibanjiri air di Tualang.
Ahad, 16 Disember 2012
TUNJANG KEKUATAN
Sawah di Kedah sungguhlah luas
Mata memandang bagikan lautan
Pas dipercayai prinsipnya tegas
Sukar digugat kukuhkan pakat bersama
Pakatan Cuti minggu ziarah anak Universit Utara
Perjalanannya singkat tidaklah lama
Perjuangan kebenaran sentiasa terpelihara
Yang kihianat tercicir yang iklas pasti bersama
• Atas: Sawah di Kepala Bendang, Tualang.
• Bawah: Pemandangan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Khamis, 13 Disember 2012
SUDAH PARAH
Buka hutan tanam getah
Tanaman semula semua diupah
Luka di tangan nampak darah
Sudah parah baru dibedah
Kawasan tanaman semula sudah diterang
Benih dibeli sudah tersedia
Sebelum musnah ubah sekarang
Sudah musnah gunanya tiada
• Atas: Kebun getah yang baru dibuka tapak torehan. Bukit Kapai.
• Bawah: Kawasan tanaman semula getah.
Tiada Jihat di bumi Palestin?
Rabu, 12 Disember 2012
RAKYAT MENJADI HAKIM
Biri-biri di kampung mudah dibela
Makannya mudah daun dan tumbuhan-tumbuhan
Tuduh menuduh penafian sudah bermula
Rakyat menjadi hakim perlukan perubahaan
Pergi ke sawah terlalu jauh
Terasa penat berhenti rehat
Pakatan kukuh Barisan rapuh
Kemenangan Pakatan pastinya terpahat
• Atas: Bela biri-biri di kawasan belakang rumah.
• Bawah: Sawah bersebelahan LTSAH Kepala Batas, Alor Setar.
• Youtube: Deepak: SD2 Bala sekat hal lebih besar.
Selasa, 11 Disember 2012
SIMPATIKAH RAKYAT
Sawah banjir hujan lebat
Pastikan aliran sungai tidak tersekat
Hujah diberi terasa hebat
Pilihanraya tiba simpatikah rakyat
Pagi-pagi sudah ke pasar
Pasar minggu di Tanah Merah, Pendang
Menang tipis Barisan gusar
Jika tersungkur pasti terbuang
• Atas: Air telah surut di sawah kawasan Titi Haji Idris. Pokok Sena.
• Bawah: Papan tanda ke Tanah Merah, Pendang.
Ahad, 9 Disember 2012
PENDIRIAN TEGUH ADA HARGA DIRI
Waktu pagi turun ke sawah
Selesaikan kerja hingga ke tengah hari
Hidup mulia biar bermarwah
Pendirian teguh ada harga diri
Kampung indah di Bukit Lada
Persekitaran hijau pemandangan indah
Rakyat bijak celik minda
Tolak pemimpin tidak bermarwah
• Atas: Kawasan sawah di Padang Serai.Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di jalan Naka, Pokok Sena.
• Youtube: Politik samseng,di manakah maruah kita?
Rabu, 5 Disember 2012
UGUTAN DAN KEGANASAN
Baring di pondok rehatkan badan
Pondok dibena bersebelahan hutan
Ugutan ganas tak menghalang sokongan
Sokongan rakyat padu bersama Pakatan
Banjir kilat saliran sumbat
Perlu dicangkul segera walapun hujan
Negara demokrasi sudah dinobat
Kebebasan dihalang guna pelbagai alasan
• Atas: Pondok di kebun bersebelahan hutan Balak di Kuala Pai.
• Bawah: Halaman hijau indakan pemandangan.
• Youtube: Umno akan tipu habis-habisan - Rafizi Ramli.
Selasa, 4 Disember 2012
SUDAH DI PENGHUJUNG
Suasan damai tinggal di kampung
Udaranya segar persekitaran kehijauan
Umno sudah sampai di penghujung
Parti disabotaj adakah satu kebetulan
Rehat santai di waktu petang
Udaranya segar selepas hujan
Saat kejatuhan Umno permasalahan datang
Datangnya bertubi-tubi menghantui kemenangan
• Atas: Pagar kayu dan pokok-pokok penghias halaman.
• Bawah: Halaman hijau indakan pemandangan.
• Youtube: PRU13 Mood rakyat tukar kerajaan.
Isnin, 3 Disember 2012
TIADA MAAF BAGIMU
Duduk rehat di dalam pagar
Pagar kayu memagari halaman
Dosa Umno, rakyat memaafkanya sukar
Rakyat ditindas dizalimi sudah sekian lama
Rehat di bangku mengadap sawah
Pokok subur sawah kehijauan jelas kelihatan
Pemimpin kayaraya rakyat susah payah
Diberi peluang akan deritalah rakyat berpanjangan
• Atas: Pagar kayu penghias halaman rumah kampung.
• Bawah: Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Youtube: Peniaga Danau Toba - 'Mana pemimpin melayu'.
Ahad, 2 Disember 2012
HABUAN DAN SABOTAJ
Lalu di jambatan pandu pelahan
Jambatannya berlubang awas didepan
Perjuangan kebendaan dijadikan amalan
Tidak tepilih meminta habuan
Datang Pokok Sena sudilah mampir
Ke pondok kami janganlah segan
Kemenangan Barisan sukar dan getir
Tidak terpilih parti disabotaj juga dijadi amalan
• Atas: Jambatan merentangi sungai di Telaga Mas. Pokok Sena.
• Bawah: Pondok tersergam di kawasan halaman.
Sabtu, 1 Disember 2012
TERANG DAN JELAS
Waktu hujan menyusuri sungai
Pandu perlahan jalannya licin
Sesama sendiri sudah tidak mempercayai
Kemenangan diharap manakan mungkin
Kawasan sawah luas melaut
Laluan digunakan batas dan di titi
Umno bukan lagi tempat berpaut
Tinggalkanlah Umno, Pas sebagai penganti
• Atas: melalui ban (jalan tepi sungai) di kepala Bendang.
• Bawah: Sawah di Hutan Kampung, Alor Setar.
Langgan:
Catatan (Atom)