Jumaat, 30 November 2012
INDAH CUMA HANYA DI BIBIR
Ke lapangan terbang menghantar kawan
Rehat sekejap di tepi jalan
Peluang diberi kali kedua kepada Barisan
Indah dibibir sengsara berpanjangan
Letak basikal di tepi sawah
Sawah di penuhi air selepas hujan
Sokongan melayu mungkin berpecah
Bersama Pas kukuhkan kekuatan
• Atas: Kawasan LTSAH di Kepala batas, Alor Setar.
• Bawah: Penduduk di masih menggunakan basikal. Tualang.
Khamis, 29 November 2012
SAINGAN HIDUP DAN MATI
Indahnya pemandangan untuk dinikmat
Waktu petang udarnnya segar
Saingan PRU13 sengit hidup dan mati
Pemimpin korapsi perlu ditukar
Pondok bertanya di tepi jalan
Kenalah bertanya janganlah segan
Generasi muda obor perubahan
Kemenangan menyebelahi bersama Pakatan
• Atas: Pemandangan di waktu petang di sawah di Tualang.
• Bawah: Pondok rehat di tepi jalan di Kubur Panjang.
Rabu, 28 November 2012
KERISAUAN DATANG
Jalan ke muzium padi tidaklah lebar
Sawah menghijau kiri dan kanan
Bodoh sombong Barisan sukar diajar
Ajarnya mudah undi diubah kepada Pakatan
Parit di sawah dipenuhi air selepas hujan
Padinya subur tumbuh kehijauan
UMNO Barisan bagaikan cacing kepanasan
Kepercayaan rakyat sudah bersama Pakatan
• Atas: Pemandangan di sawah ke muzium padi di Gunung Keriang.
• Bawah: Sawah berhampiran lapangan terbang Sultan Abdu Halim.
Selasa, 27 November 2012
MARWAH DAN HARGA DIRI
Sungai di kanan sawah kiri
Keindahan dipandang rasa terhibur
Bila kebendaan menguasi diri
Kebenaran yang ada menjadi kabur
Cuaca redup langit mendung
Tanda hujan lebat di Pokok Sena
Umno Barisan sudah dipenghujung
Rakyat hanya menunggu masa
• Atas: Pemandangan di waktu pagi di kampong Yoi.
• Bawah: Hujan akan turun waktu petang, di Poko Sena.
• Youtube: Ustz Azhar Idrus bidas Dr. Masitah.
Isnin, 26 November 2012
POLITIK KEBENDAAN
Duduk keletihan rehatkan badan
Melihat kehijauan badan terasa segar
Politik kebendaan hantui perjuangan
Kemenangan yang diharap amatlah sukar
Pokok dijaga pastinya subur
Perlu dijaga baja ditabur
Barisan menang sukar dan kabur
Silat catur pastinya terkubur
• Atas: Persekitaran indah di halaman masjid Al Bokhary, Alor Setar.
• Bawah: Bahagian hadapan hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Ahad, 25 November 2012
ELAKKAN DERITA YANG BERPANJANGAN
Pokok keladi gajah subur kehijauan
Catik ditanam di halaman sebagai hiasan
Barisan menang rakyat kesusahan
Mengigit jari derita yang berpanjangan
Pondok di sawah bagaikan di halaman
Duduk rehat menghilangkan penat
Doa dipohon nyahkan kezaliman
Kezaliman mencengkap kebebasan umat
• Atas: Pokok keladi gajah ditanam di tepi rumah.
• Bawah: Berehat di pondok di kawasan sawah di Titi Haji Idris, Langgar.
MASANYA SUDAH TIBA
Sawah menghijau tersangat indah
Hembusan udara segar langit pun terang
Rakyat berubah Barisan rebah
Rebah tengelam sokongan hilang
Kampung desa indah permai
Udara bersih pokok kehijauan
Sokongan rakyat bertambah ramai
Kemenangan yang diharap tolak kemungkaran
• Atas: Kawasan sawah di Hutan Kampung, Alor Setar.
• Bawah: Rumah kampung di Kepala Bendang, Pokok Sena.
• Youtube: Participants swell to 2,000 as long march reaches KL
Jumaat, 23 November 2012
DEMI PERUBAHAN
Kawasan menunggu bahagian hadapan
Hospital bersih indah kehijauan
Doa dipohon hancurkan kezaliman
Semoga kemenangan menyebelahi kebenaran
Rumah sederhanan milik rakyat menanti
Bandar sejahtera dibena pilihan yang tepat
Umno tumbang usahlah bimbang ada penganti
Islam menang melayu pastinya selamat
• Atas: Tempat turunkan pelawat di hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
• Bawah: Rumah contoh untuk tempahan di Bandar Sejahtera, Pokok Sena. Kedah.
• Youtube: Samseng UMNO - BN buat kacau di ceramah DAP, Pakatan.
Khamis, 22 November 2012
DOA DAN HARAPAN
Tahun lepas pergi ke Kinabatangan
Chalet kg. Usaha Jaya tempat penginapan
Sabah hilang Barisan ketakutan
Pakatan menang doa dipohon itulah harapan
Persekitaran indah penuh kehijauan
Rehat santai menunggu sarapan
Doa dipohon demi kemenangan
Barisan tumbang menanglah Pakatan
• Atas: Penginapan di Chalet kg. Usaha Jaya, Kinabatangan, Sabah.
• Bawah: Minum pagi di Chalet kg. Usaha Jaya.
• Youtube: Wacana Buku Islam & Melayu: Mertabat umat dan Daulah.
Rabu, 21 November 2012
HARAPAN YANG KITA TUNGGU
Kawasan kampong pasang bendera
Bendera dipacak di tepi halaman
Hidup bahagia selesa sejahtera
Antara kenyataan dan juga harapan
Persekitaran hijau rasa selesa
Biri-biri makan di kawasan halaman
Rakyat dizalami berdoa sentiasa
Doa terkabul tercapailah harapan
• Atas: Tempat menjemur ikan di tepi sungai di Tualang.
• Bawah: Memotong dahan pokok Sinai memberi biri-biri makan.
• Youtube: kaunter AES KASE terima sambutan hebat.
Selasa, 20 November 2012
PEMBOHONGAN PERLU DIJAHUI
Duduk memancing di atas titi
Datang bersendirian tiada yang ikut
Akhbar pembohong propaganda parti
Rakyat berubah mereka gusar dan takut
Duduk di pondok berbual bersembang
Menunggu reda turunnya hujan
Sokongan rakyat kepada Pakatan
Barisan bimbang doa rakyat dizalimi amat berkesan
• Atas: Tempat memancing di sungai Tualang Pokok Sena di waktu petang.
• Bawah: Pondok rehat di tepi jalan di Bukit Payung, Pokok Sena.
• Youtube: Ucapan Presiden di perhimpunan kebangkitan rakyat di Kelantan.
Isnin, 19 November 2012
MASANYA TELAH TIBA RAKYAT BERTINDAK
Tanaman semula getah menanam jagung
Jagung manis rasanya enak
UMNO sudah sampai di penghujung
Undi Barisan katakan tak nak
Persekitaran hijau indah selesa
Halaman disapu bersih hingga selesai
Kedah sederhana sejahtera untuk semua
Rakyat selesa pemimpin dipercayai
• Atas: Tanaman semula getah selepas ditanam jagung di Bukit Lala.
• Bawah: Membersihkan halaman badan akan berpeluh.
• Youtube: 'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'
Ahad, 18 November 2012
DI PENGHUJUNG JALAN
Kawasan rumah berdekatan paya
Sesuai tempat menternak ttik
Membaca akhbarnya sudah terasa loya
Jika teringin juga bacalah dengan terbalik
Di langit awan gelap dan tebal
Petanda hari akan hujan
Fahamnya tidak berhujah dangkal
Di penghujung jalan jauhi kesesatan
• Atas: Ternakan itek telur di kampong Bukit Lala.
• Bawah: Langit gelap di kampong Yoi, Pokok Sena.
• Youtube: Tahaluf Siasi PAS dalam PR masih relevan
Langgan:
Catatan (Atom)