Khamis, 27 September 2012
PENYELAMAT UMMAH
Berjalan di kebun terpijah duri
Cabut duri di atas titi
Hujah yang diguna untuk kepentingan diri
Sebagai benteng menyelamatkan parti
Pagi-pagi bersihkan halaman
Supaya bersih rasa selesa
Setiap kebenaran perlu diperkatakan
Supaya mungkar tidak berluasa
• Atas: Kawasan halaman di belakang rumah.
• Bawah: Kawasan kebun hijau indah ceria.
Rabu, 26 September 2012
KEMENANGAN YANG DITUNGGU
Tolak gas lalu di belakang
Kawasan makmal bukanlah dapur
Sokongan kepada Pakatan jangan dihalang
Barisan kalah perlulah akur
Airnya jernih persekitarannya hijau
Cuasa sejuknya nyaman selesa
Kepercayaan rakyat hilang Barisan risau
Pakatan menang UMNO kehilangan kuasa
• Atas: Makmal Tun Razak di Brickendonbury UK.
• Bawah: Parit di persekitaran pejabat MRB Brickendonbury, UK.
Ahad, 23 September 2012
SUDAH BERSEDIA
Pemimpin Barisan kaya raya
Jajinya banyak sukar ditepati
Kubur digali sudah tersedia
Tunggu mara ke depan kubur menanti
Sarapan pagi tidak kira waktu
Makan roti canai cicahnya kari
Ketakutan bersarang fikiran buntu
Tuduhan tidak berasas akan memakan diri
• Atas: Kawasan perkuburan di kampong Kiew, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di kebun getah di Bukit Lala.
Khamis, 20 September 2012
IMPIAN AKAN MENJADI KENYATAAN
Naik perahu menahan pukat
Sungainya dalam di penuhi ikan
KUIN harapan impian rakyat
Harapan terserlah menjadi kenyataan
Tebing sungai ada yang terhakis
Tanah yang terhakis didapati subur
Kemenangan diharap terlalu tipis
Jika tersungkur terus terkubur
• Atas: Menahan pukat di waktu petang di sungai Tualang.
• Bawah: Jambatan kayu merentangi sungai Tualang.
• Youtube: Memukat ikan di Kepala Bendang, Tualang.
Ahad, 16 September 2012
BISIKAN RASA HATI
Cari rumput melintas titi
Rumput dikumpul letak di tepi
Bisikan Pembangkang sudah ditakuti
Pakatan diberi peluang di TV Barisan mati
Kebanyakan sawah gunakan titi
Untuk melintas ada diguna tempat mandi
Rakyat terguris rasa simpati
Perubahan rakyat Pakatan akan mereka undi
• Atas: Mencari rumput di kawasan sawah di Kepala Bendang, Tualang.
• Bawah: Pemandangan di sawah Titi Haji Idris, Langgar.
Sabtu, 15 September 2012
TEKANAN BUKANLAH PENGHALANG
Balik kebun waktu petang
Rehat di pondok tepi halaman
Kehadiran pemimpin Pakatan sering terhalang
Rakyat celik boleh buat penilian
Skrup dikutip sudah diisi
Terus ditimbang duit dibayar
Entah reality mungkin ilusi
Kemenangan Barisan teramatlah sukar
• Atas: Pondok di kawasan halaman rumah.
• Bawah: Skrup dihimpunkan di kawasan kebun.
• Youtube: Buka mata dan lihatlah.
Jumaat, 14 September 2012
KEHIJAUAN BAGAIKAN LAUTAN
Pemandangan hijau jelas kelihatan
Penyinari halaman penuh keceriaan
Rakyat yang hadir ribu-ribuan
Petanda UMNO Barisan hilang kerajaan
Datang ke kebun untuk menebas
Rumput panjang termasuk lalang
Barisan cemas UMNO rimas
Kubur digali maut mendatang
• Atas: Kebun getah di persekitaran rumah.
• Youtube: Melihat kebun di Bukit Kapal.
Rabu, 12 September 2012
HILANG PERHITUNGAN
Kerja di pejabat di rumah perlu berkerjasama
Sama ada berat bayak mudah belaka
Kebahagian dicari musibah diterima
Hilang pertimbangan padanya celaka
Lama tidak ke kebun rumput sudah menjalar
Perlu dibersihkan kawasan persekitaran
Perhitungan hilang marwah tercalar
Kesedaran rakyat cerahkan kemenangan
• Atas: Kebung di kawasan belakang rumah.
• Bawah: Kebun getah di Bukit Kapal, Pokok Sena.
• Youtube: Jika tidak malu buatlah apa yang anda suka.
Selasa, 11 September 2012
SYAITAN DIKENALI MENANGIS LESU
Skrub banyak memenuhi pasu
Lateksnya mengalir belum berhenti
Syaitan dikenali menangis tercengang kaku
Fitnah dan dendamnya bohong dan dengki
Air kolam bersih untuk diminum
Galinya mudah pastinya mampu
Kejahatan dilakukan syaitan tersenyum
Di sebalik senyuman manusia tertipu
• Atas: Kebung getah di kampong Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di kawasan sawah di kampong Bukit Lalai, Pokok Sena.
• Youtube: Aku tapedulie aku nak rakam jugaak!!.
Langgan:
Catatan (Atom)