HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 28 Jun 2012

KEBAHAGIAAN DAN KESELESAAN


Air minuman diambil di telaga 
Bersih dan jernih enak dirasa 
Keselesaan keluarga perlu dijaga 
Tidaklah kaya yang penting selesa 


Membeli barangan jalan bersendirian 
Pekan lama kemudahan sempurna 
Suami isteri dingin musnahkan kebahagiaan 
Kekayaan dicari tiada memberi makna 

• Atas: Kami menggunakan air paip dan air telaga. 
• Bawah: Pekan Hertford UK di waktu petang.

Rabu, 27 Jun 2012

CABARAN DAN HARAPAN


Ke Bandar Cambridge melawat universiti 
Universiti Cambridge mengakhiri lawatan 
Cuti sakit dan sering juga mengambil cuti 


Kedinginan petang sejuk selesa 
Berjalan kaki membeli belah 
Cegah dahulu sebelum parah 

• Atas: Di hadapan pintu masuk university Cambridge UK. 
• Bawah: Suasana di pekan Hertford dekat tempat penginapan.

Selasa, 26 Jun 2012

FIKIR-FIKIRKAN LAH


Pandu Proton ke Brickendonbury di masa cuti 
Terus ke Stevenage ke rumah kawan 
Doa dan harapan jangan terhenti


Universiti Cambridge distinasi lawatan 
Persekitarannya indah cuacanya dingin 
Supaya rakyat melihatnya bertambah yakin

• Atas: Di hadapan pintu masuk MRPRA Brickendonbury UK. 
• Bawah: Dalam kawasan Univesiti di Cambridge.

Rabu, 20 Jun 2012

PENAFIAN DAN SIKAP


Laluan di perkuburan tenang dan damai 
Persekitaran bersih pokok kehijauan 
Jika musim haji pilihanraya diadakan

Mandi di kampong guna perigi 
Airnya bersih tidak perlu dibeli 
Perniagan diceburi menanggung rugi 



• Atas: Kawasan perkuburan di Alor Malai, Alor Setar, Kedah.
• youtube: " Demotrasi jalanan: meruntuh atau mengukuh demokrasi ". 

Khamis, 14 Jun 2012

JIWA YANG MERDEKA



Bersihkan halaman di waktu petang 
Badan berpeluh ringankanlah tulang
Hidup bersederhana jauhi berhutang 
Jiwa merdeka fikiran lapang

Bersihkan halaman supaya terang 
Indah pemandangan dengan kehijauan 
Bebas hutang kehidupan tidak terhalang
Walaupun sederhana keceriaan diutamakan

• Youtube: “ Santai bersama mentari petang ”. 

Selasa, 12 Jun 2012


Skrup dikumpul gunakan tempurung 
Mudah diperolehi membelinya pun tidak 
Demokrasi yang ada menguntungkan sebelah pihak 


Jauh berjalan terasa penat 
Rehat di pondok melihat kehijauan
Kemenangan Pakatan semakin dekat 

• Atas: Masih gunakan tempurung, kampong Yoi, Pokok Sena. 
• Bawah: Pondok di tepi sawah di Pokok Sena.

Isnin, 11 Jun 2012

BERILAH KEADILAN JANGAN DIHALANG


Padi disulam menggunakan tangan 
Benih yang dicabut mudah dan senang 
Berilah keadilan jangan dihalang


Cuti menoreh paginya hujan 
Potong rumput bersihkan halaman 
Barisan terperangkap akan kehilangan sokongan 

• Atas: Pemandangan di kawasan sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di kawasan halaman rumah. 

Isu Royaliti minyak Kelantan apa kenyataan Dato Najib dan Tengku Razaleigh.

Ahad, 10 Jun 2012

TIADA YANG MUSTAHIL


Rumah atap biasa terpencil 
Kayunya tahan sudah berzaman 
Jika wang disalah guna kroni diutamakan 


Kerja di kampung tidaklah kekok 
Sawah dan kebun sudah biasa diusahakan
Jika dijolok menyukarkan masa depan

• Atas: Rumah kampung di kawasan Tualang. 
• Bawah: Pemandangan di kawasan halaman rumah.

Khamis, 7 Jun 2012

HORMATLAH PERBEZAAN PENDAPAT


Tunggu bot duduk di jeti 
Penumpang yang ada sudah menanti 
Kebebasan rakyat tidak dihormati 


Bercuti ke Lumut berhenti di Segari 
Rehat sebentar bersarapan pagi 
Bijak tindakkan pasti dihormati 

• Atas; Pemandangan di jeti Lumut, Perak. 
• Bawah: pemandangan di kawasan Lumut.

Selasa, 5 Jun 2012

MENUNGGU SINAR KEMENANGAN


Sumbangan Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu masih lagi dibuka, sila salurkan sumbangan anda ke: Bank Islam : 0303 6010 0030 31Atas Nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
Indahkan halaman dengan kehijauan 
Pastinya menceriakan suasana kehidupan 
Kebanggaan akan dirasai demi kemenangan 


Sawah luas bagaikan hamparan 
Sungai merentasi menambah keindahan 
Kemenangan Pakatan ditunggu penuh kegembiran 

• Atas: Hijaukan halam rumah kita. 
• Bawah: Sawah di kawasan mukim Tualang.

Isnin, 4 Jun 2012

MENJADI KENANGAN SEPANJAN ZAMAN


Rehat di bawah duduk di pangkin 
Rumah kampung di tepi jalan 
Habuan dan kepetingan matlamat tujuan 


Jalan pintas melalui titi 
Persekitaran indah hijaunya pemandangan 
Menjadi sindiran seribu kenangan 

• Atas: Rumah kampong di kawasan Tualang. 
• Bawah: Sawah di kawasan Mungkin Lepai, Jitra.

Ahad, 3 Jun 2012

KATALAH APA YANG MEREKA SUKA


Di pokok chery dibena pangkin 
Kayu dan rotan diguna duduk selesa 
Ahli Pas terdidik, susah dan senang sentiasa semasa


Sawah berselut tidak berkasut 
Airnya penuh sudah diempang 
Apa dirisaukan Barisan tumbang 



• Atas: Santai di kawasan halaman rumah. 
• Bawah: Kawasan sawah sudah dibaja di kampong Bukit Lala. 
• Youtube: ' Penerangan undi PAS masuk syurga '. 

Jumaat, 1 Jun 2012

BERSAMA USTAZ AZHAR -HIMPUNAN HIJAU

Berkumpul ahli Pas di Stadium Darul Aman 
Jauh dan dekat tidak ketingalan 
Kehadiran amat membanggakan yang datang ribuan 
Tekadkan keyakinan ke Putrajaya demi kemenangan 

Anak muda menjadi rebutan 
Demi masa depan Negara tercinta 
Ubah sekarang menangkan Pakatan 
Putrajaya tekat keyakinan pasti dikota



Youtube: ‘ Bersama Ustas Azhar Idrus di himpunan hijau ’.