HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 29 Mac 2012

SOKONGAN RAKYAT SUDAH DIKEMUNCAK

Persekitaran sunyi di kawasan kubur
Sekali-sekali dengar orang berteriak
Barisan menang sukar dan kabur
Sokongan rakyat kepada Pakatan sudah di kemuncak

Sayuran dihantar dijual di pasar
Pasarnya sederhana pelangannya bertambah
Barisan bermasalah pemimpinnya gusar
Mereka sedar undi rakyat akan berubah



• Atas: Perkuburan di Alor Malai, Pokok Sena.
• Bawah: Kebun di kawasan belakan rumah.
• Youtube: “ Rapat rakyat di Ampang 27 Mach 2012 ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 28 Mac 2012

DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN KEHIDUPAN

Singgah ke pasar membeli meehoon
Duduk rehat menghilangkan penat
Doa ibu sentiasa kami pohon
Ampuni dosa kami dunia akhirat

Ikut ibu meniaga di pasar
Suasananya meriah di Pokok Sena
Kepayahan yang dihadapi usahlah gusar
Dipermudahkan jalan kehidupan itu lebih bermakna

• Atas: Pasar Pokok Sena @ 7.40am 2012.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 27 Mac 2012

PERJALANAN INI SATU PERINGATAN

Tunggu solat asar singgah ke kubur
Melihat kubur satu peringatan
Barisan menang sukar dan kabur
Rakyat berubah untuk mengundi Pakatan

Sarapan di halaman cukup berselera
Udara segar pokok-pokok kehijauan
Kecemerlangan pelajar keutamaan negara
Pemimpin masa depan berilah keutamaan

• Atas: Berehat di perkuburan Alor Malai, Alor Setar.
• Bawah: Berehat di pondok melihat halaman.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 26 Mac 2012

BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Badan berpeluh baik untuk kesihatan
Menyapu halaman santai dan selesa
Barang sentiasa naik dan mahal di pasaran
Kesusahan rakyat bawahan yang menjadi mangsa

Pokok ditanam mengurangkan habuk
Persekitaran hijau selesa terasa lega
Ubahlah pemimpin berakhlak buruk
Sombong dan angkuh, kekayaan dibangga



• Atas: Berehat sebentar di halaman menghilang keletihan.
• Bawah: Ternakan dan kehijauan halaman menceriakan kehidupan.
• Youtube: " Kici-kici sudah jaga lembu ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 25 Mac 2012

KEHIDUPAN DAN KEBAHAGIAN

Persekitaran hijau di halaman rumah
Berehat santai dengan keceriaan
Kebaikkan diamalkan sabar dan istiqamah
Supaya kehidupan dalam keampunan

Kehidupan di kampung banyak yang percuma
Impian diingini menjadi kenyataan
Kebahagiaan hidup itulah paling utama
Dari dunia menuju ke akhirat

• Atas: Tanaman buah dokong di halaman rumah.
• Bawah: Kebun di belakang rumah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 24 Mac 2012

SUASANA SUDAH BERUBAH

Kelapa di halaman sudah berbuah
Buahnya lebat pokoknya rendang
Rakyat sekarang sudah berubah
PRU ke13 Barisan pasti akan kecundang

Bangunan dan kehijauan mengindahkan suasana
Tempat rehat disedia cukup selesa
Angkuh dan sombong tidak akan ke mana-mana
Tunggulah Barisan jatuh dan hilang kuasa

• Atas: Pangkin dan pokok kelapa menghiasi halaman rumah.
• Bawah: Bangunan masjid Al Bokhary dan halaman masjid.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 23 Mac 2012

HARI-HARI TERAKHIR

Minum di halaman nikmati suasana
Suasan pagi penuh bermakna
Harta mewah tidak berguna
Angkuh dan sombong nak bawa ke mana

Bongsai di Bandar Alor Setar indah teratur
Dijaga dipotong pekerjanya mahir
Amaran diberi segeralah berundur
Mereka lupa Barisan berkuasa mungkin berakhir

• Atas: Sarapan pagi di bawah pokok di halaman rumah.
• Bawah: Pokok bongsai menghiasi jalan Pegawai di Bandar Alor Setar.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 20 Mac 2012

RAKYAT PERLUKAN PERUBAHAN

Beri makan biri-biri daun pokok Sinai
Batangnya lembut dikait mudah
Kemenangan Barisan mungkin akan berkecai
Batu nesan dikuburan rakyat sediakan sudah

Persekitaran indah merah dan kehijauan
Kebersihan dijaga ringankanlah tangann
Kesan radiasi yang berlebihan memburukan keadaan
Kesanya panjang derita ditanggung kekal berpanjangan

• Atas: Memberi makan biri-biri dengan daun pokok Sinai.
• Bawah: Taman di hadapan Hospitan Sultanah Bahiyah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 19 Mac 2012

MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN

Ke Hospital Sultanah Bahayiah ziarah jiran
Hijau merah indah dibahagian hadapan
Elakkan pencemaran alam persekitaran
Kehidupan rakyat terjamin itulah harapan

Pemandangan di hospital hijau segar dan jelas
Udaranya segar terasa nyaman
Alam persekitaran musnah kehidupan terjejas
Rakyat didahulukan keselamatan diutamakan

• Atas: Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.
• Bawah: Kehijauan halaman Hospitan Sultanah Bahiyah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 16 Mac 2012

WARNA-WARNA KEHIDUPAN

Kerja di halaman tepi perigi
Airnya bersih dibuat mandiKos hidup di kota sudahlah tinggi
Ditambah masallah amah apa nak jadi

Persekitaran yang indah perlu dibukti
Perlu dijaga dan dibersihkan setiap hari
Pemimpin yang baik rakyat akan hormati
Usah diperguna akhirnya akan memakan diri

• Atas: Air perigi masih digunakan waktu kecemasan.
• Bawah: Kawasan persekitaran rumah berdekatan kebun.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 13 Mac 2012

KEMBALIKAN DAN PERJELASKAN

Biri-biri dipelihara eloklah dipagar
Berkeliaran di halaman melihatnya menyeronokan
Amaran dan keluhan rakyat tidak didengar
Pilihanraya tiba undi dirayu rakyat terkilan

Kawasan kebun ditumbuhi pokok palas
Masa mememerlukan mengambilnya senang
Bantuan BR1M yang diberi perlu diperjelas
Supaya rakyat terselamat dari dibebani hutang



• Atas: Melepaskan biri-biri di kawasan halaman.
• Bawah: Pokok palas tumbuh melata di kebun getah.
• Youtube " Lawan tetp lawan, undu jangan sekali ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 11 Mac 2012

SEINDAH NAMAMU

Duduk di hadapan menunggu tamuSambil melihat kehijauan halaman
Negeri Kelantan seindah nama mu
Tumpuan pelancung menjadi distinasi pilihan

Badan berpeluh kerja keletihan
Baring di pondok merehatkan badan
Negeri Kelantan distinasi pilihan
Impian indah menjadi kenyataan



• Atas: Berehat di ruang tamu melihat kehijauan.
• Bawah: Berkerja keletihan berehat di pondok halaman.
• Youtube: “ Tok Guru & Kelantan seindah namumu.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 9 Mac 2012

MUSUH SENTIASA MECARI KESEMPATAN

Jelapang padi di kampung masih ada kelihatan
Dijadikan pondok rehat untuk berbicara
Hajat musuh sentiasa mengambil kesempatan
Syukur kerajaan Pakatan Kedah selamat sejahtera

Cari kayu di kawasan belukar
Jalanya semak ada tempat yang berduri
Setiap kepayahan pasti ada jalan keluar
Kebaikan dicari sangka buruk dihindari

Untuk difikir-fikirkan :)

• Atas: Air perigi masih digunakan di rumah kami.
• Bawah: Bekas jelapang dijadikan pondok rehat di halaman.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 8 Mac 2012

KEHIDUPAN YANG KIAN MENCABAR

Di kampung pokok dan tumbuhan mudah ditanam
Sayuran dan buah-buahanan penyeri halaman
Barang mahal kesan ditanggung rakyat amat mendalam
Walaupun gaji naik kos hidup tinggi pastinya membebankan

Persekitaran hijau cantik berseri
Ditambah kolam membela ikan
1Care diujutkan realiti atau ilusi
Pembelaan yang diharap mampukah rakyat impikan

• Atas: Tanaman betih mengindahkan halaman rumah.
• Bawah: Kawasan kolam menceriakan keindahan halaman.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 7 Mac 2012

DI ANTARA HARAPAN DAN KENYATAAN

Persekitaran yang bersih menjadi pilihan
Kehijauan dan keselesaan itulah sebutan
Kemenangan diharap mungkin impian
Susah dan senang berjuang bersama Pakatan

Sawah padi luas di kawasan Tualang
Hasil yang diperolehi bertan-tan
Ceramah sebaran di TV dan akhbar sentiasa diberi peluang
Selesai pilihanraya akan terbuang hilanglah liputan

• Atas: Mengindahkan halaman dengan kehijauan.
• Bawah: Kawasan sawah baru dibajak di kawasan Tualang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 5 Mac 2012

ISLAM DIPERJUANGKAN PASTI SELAMAT

Jalan di sawah tidaklah lebar
Memandu kenderaan perlulah cermat
Akidah dipertahan dakwah disebar
Islam diperjuangan bangsa terselamat

Keluar ke kebun di pagi hari
Persekitaran redup kerja dilakukan tidakah penat
Islam diperjuangkan keberkatan dicari
Di dunia selamat dan akhirat adalah matlamat

• Atas: Jalan di ban sawah di Kepala Bendang, Munkim Tualang.
• Bawah: Kawasan kebun di kampung Yoi, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 4 Mac 2012

RAKYAT BERSAMA PAKATAN

Ke dewan Seri Mentaloon di hari cuti
Kuliah diadakan di hari sabtu setiap minggu
Ketelusan kerajaan Pakatan sudah terbukti
Tinggalkan Barisan apalagi ditunggu

Berehat di sawah melihat keindahan
Angin bertiup tidak henti-henti
Beban ditanggung rakyat tidak tertahan
Pemimpin Barisan boros payah mengertiPautan


• Atas: Rumah kediaman rasmi MB Kedah, Darul Aman.
• Bawah: Sawah di kawasan Tualang, Pokok Sena.
• Youtube: “Exco Kedah: Phahrolrazi, Ismail perlu kembali
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 3 Mac 2012

KEKUATAN AKIDAH SUKAR DIGUGAT

Melihat perkuburan terasa kedinginan
Mentari memancar penuh kedamaian
Akidah kukuh teguh pendirian
Sukar dipergunakan untuk kepentingan

Singgah di kebun mengambil petai
Petai dikait gunakan galah
Undi dibeli maruah tergadai
Pendirian hilang mudah menyerah kalah

• Atas: Kawasan kubur di masjid Sungai Durian, Pokok Sena.
• Bawah: Pokok petai ditanam di tepi sawah di Bukit Lala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.