HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 31 Julai 2011

KEPERCAYAAN HILANG MUSIBAH DATANG

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1432, semoga inilah yang terbaikSentuhan jari di dalam semuanya ada
Berehat di halaman di waktu petang
Kuasa diberi diguna biarlah berpada-pada
Kepercayaan hilang musibah datang


Kawasan paya dipenuhi ikan
Ikan haruan ditahan gunakan taut
Tuduhan dibuat perlu dibuktikan

Penginyaan dielak keadilan dituntut



• Atas: Mencari maklumat sambil menikmati minuman petang.

• Bawah: Menangkap ikan di waktu petang di sungai Tualang.
• Youtube: “ Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Kelantan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 30 Julai 2011

2.0 MENJADI BAHAN CERITA MELUAS

Tinggal di kota mungkin tak selesa
Kos hidup tinggi, kampung banyak yang percuma
2.0 sudah tersebar luas di kota dan desa
Ditambah nasi lemak pedas yang punya nama

Tanah yang diguna perlu dipulih
Supaya subur tingkatkan pengeluaran

Image yang kotor perlu dibersih
Perubahan berlaku janganlah hairan



• Atas: Bangunan bersejarah di Jalan Raja Alor Setar.

• Bawah: Kawasan sawah di kg. Kolam, Mukim Jabi.

• Youtube: “ Cincin 24 juta jadi tanda Tanya ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” (Al-Baqarah, ayat 183).

Jumaat, 29 Julai 2011

MAKAN CILI PEDASNYA TERASA

Kerja di kampung terasa selesa
Minat dan kerja perlulah mahir
Makan cili pedasnya terasa
Pedas disembunyi matakan berair


Tinggal di kampung banyak yang percuma
Sayur-sayuran dan ulam tumbuh merata-rata

Rakyat diadili perlulah saksama
Rakyat didahulukan dengan penuh mesra

• Atas: Jalan kampung Padang Serai, Pokok Sena.
• Bawah: Tanaman terung bulat di kawasan rumah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 28 Julai 2011

SENTIASA BERINGAT-INGAT

Ambil kelapa terus dikupas
Santan diperah dibuat kari

Anjing tersepit perlu dilepas
Wasapada digigit jagalah diri

Balik menabur padi terasa penat
Berehat di sawah sunyi dan tenang

Kuasa rakyat suara keramat
Bijak merubah rakyatkan senang



• Atas: suasan di sawah di kampung Telok Gamat, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan sawah di kg. Bukit Larik, Pokok Sena.
• Youtube: “ Kerinduan amat ku rasai melihat kehijauan bumi ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 27 Julai 2011

DI ANTARA PROTES DAN DIAM

Duduk rehat selepas solat
Kerja banyak masih belum dibuat

Hujah diberi tidaklah telus dan tepat
Protes diluahkan bukan meluat sekadar isyarat

Jual scrub timbangannya berat
Skrupnya basah dan masih lembab
Rehat letih diam pun penat
Nampak terang tidak perlu dijawab



• Atas: Suasana di dalam Masjid Bukit Larik, Pokok Sena.
• Bawah: Mengisi scrub dalam guni di kebun Bukit Lala.
• Youtube: “ Saleh didakwa berbohong – Mat Sabu ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 26 Julai 2011

JADILAH PENASIHAT YANG BAIK

Persekitaran masjid sentiasa disapu
Supaya bersih dan juga selesa
Jadilah penasihat yang baik bukan pengampu
Nescaya selamat aman sentosa
Pautan
Persekitaran indah makan pun berselera
Kebersihan dijaga sejak mula

Yang benar disuara keadilan terpelihara
Menghalang kepalsuan bermaharajalela



• Atas: Laman masjid Bukit Payung, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan warung di jalan Nawa, Pokok Sena.
• Youtube: “ Perpaduan telah HILANG kerana pemerentah - Ku Li ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 25 Julai 2011

KEHIDUPAN BAHAGIA AMAN HARMONI

30 Julai 2011 ( Balai Islam Kota Bharu Kelantan ) - Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” menampilkan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil . Majlis bermula jam 9.00 malam. SEMUA DIJEMPUT HADIR..Sebelahan kubur jalan diikut
Kubur lama pemimpin masyarakat yang dikenali
Peraturan diikut Kebenaran dituntut
Kehidupan bahagia aman harmoni

Rehat di pondok hingga tertidur
Cuaca redup sejuk terasa segar
Negara maju tidak berundur
Kecuali kepercayaan sudah tercalar

@ Googel translasate
Akan di tayangkan di Balai Islam Lundang Kelantan pada 29 Julai 2011@ 9.00 malam
• Atas: Kubur lama di masjid Sungai Durian, Pokok Sena.
• Bawah: Pondok di tepi sawah di km 20, Pokok Sena.
• Youtube: “ Movie – dalam Mihrab Cinta ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 24 Julai 2011

NILAI KEMANUSIAAN HILANG TANPA PANDUAN

Terlihat kebun nanas dalam perjalanan
Berhenti sebentar di pintu hadapan

Rasa kemanusian hilang tanpa panduan
Ingatkan kematian, menghindari dari sifat kesombongan


Lalu di titi kayu sebatang
Airnya jernih tetapi dalam
Kepercayaan hilang keraguan datang

Mengharapkan terang di gua yang kelam




• Atas: Kebun nenas di kampung Nawa, Pokok Sena.
• Bawah: Laluan ke sawah di Titi Haji Idris, Langgar.

• Youtube: “ Mohon kematian sebelum fitnah datang – Dr. Maza ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 23 Julai 2011

KETAKUTAN TIBA DATANG MENJELMA

Persekitaran indah hiasan hadapan
Indah itu keinginan biasa bagi setiap insan
Ketakutan menjelma jantung deras berdenyutan

Kesugulan wajah sukar untuk disembunyikan

Bangun tidur melihat halaman
Kehijauan tanaman dihiasa kelapa
Mata yang melihat jelas kelihatan
Kengerian datang menjelma sukar untuk dilupa



• Atas: Ke arah persekitaran yang lebih hijau.

• Bawah: Kebun dilihat dari kamar tidur.

• Youtube: “ Distinasi – Dr. Maza ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 22 Julai 2011

HILANGNYA SEBUAH KEYAKINAN

Kebun dijaga elak ditumbuhi lalang
Pokok menjadi subur usaha yang berkesan

Bila kepecayaan rakyat sudah hilang

Musnahlah harapan di masa hadapan

Petai enak dimakan dibuat ulam
Tumbuh segar makanan kesihatan

Jalan keluar dicari teramat kelam
Kusutnya bertambah hidup tertekan



• Atas: Tanaman kontan di kebun getah di Bukit Lala.
• Bawah: Petai tumbuh di kawasan sawah di kampung Bukit Lala.
• Youtube: “ Tawakal adalah keajaiban kehidupan - Dr. Maza ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 21 Julai 2011

PERTUNJUK SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN

Ke Empanga Pedu dari Pokok Sena
Persekitaran berbukit penuh keindahan

Ilmu yang bermunafaat sentiasa berguna
Buat pertunjuk sepanjang jalan kehidupan

Petang hari masukkan biri-biri
Sampai di kandang dedak diberi

Masuk bakul angkat sendiri
Bahangnya terasa janganlah lari



• Atas: Jalan menuju ke Empangan Pedu, Padang Terap.
• Bawah: Kambing biri berkeliaran di hadapan halaman.
• Youtube: “ Pemandangan Indah ke Empangan Peduu ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 20 Julai 2011

NEGARA BERMARWAH KEBENARAN TERBELA

Menangkap ikan guna perahu
Mudah diguna dengan menjala

Kepalsuan di dedah rakyat ingin tahu
Negara bemarwah kebenaran terbela

Tanam pokok lubang digali
Kebunnya rata sudah ditenggala

Yang terinaya perlu diadili
Rakyat sejahtera sentiasa terbela




• Atas: Jambatan merentangi sungai di Tualang.
• Bawah: Laluan ke kebun di Bukit Lala.

• Youtube: “ Hidup hanyalah sebuah perjalanan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 19 Julai 2011

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Balik kebun rehat di rumpun buluh
Sampai di halaman isteri menanti

Sudah terang lagi bersuluh

Sudah disuluh sukar mengerti

Minum pagi sangat berselera
Persekitarannya hijau indah selesa

Kenalnya lama indah tutur berbicara

Terpedaya jangan berwaspada sentiasa



• Atas: Tempat rehat di kawasan halaman.

• Bawah: Tempat berehat bersama keluarga di halaman.
• Youtube: “ Pusat hiburan bulan Ramadan - MB Kedah ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 18 Julai 2011

AKHIRAT JUA KEKAL ABADI

Tangkap ikan dengan menimba
Air dikeringkan gunaan baldi
Hidup di dunia penuh pancaroba
Akhirat jua yang kekal abadi


Hari sabtu jalan ke Derga

Laluan pintas di sawah sungguh selesa

Kematian datang tanpa diduga
Masanya tepat bersedialah sentiasa



• Atas: Meninjau di kawasan sawah di Mukim Jabi.

• Youtube: “ Jenazah Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ahad, 17 Julai 2011

RAMADHAN DATANG

Al-Fatihah - Ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi. Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya.

Pergi ke kebun hanya berjalan
Waktu pagi susana masih kelam

Ramadan datang tambahkan amalan
Amalan direbut bangunlah di pertengahan malam


Waktu petang menjala ikan

Jala ditebar gunakan lengan

Perbanyakan amalan sedekah ringan-ringankan

Membersikan dosa iklas berpanjangan




• Atas: Selepas subuh di kawasan kampung Kiew, Pokok Sena.
• Youtube: “ Ramadhan – Tuan Guru Nik abdul Aziz Nik Mat ”.

Sabtu, 16 Julai 2011

JAUH PERJALANAN LUASKAN PEMIKIRAN

Waktu petang turunnya hujan
Airnya mengalir merebak merata-rata
Banyak yang dilihat luaskan pemikiran
Indah yang dilihat tidak terkata

Rehat di halaman bergurau senda
Halaman menghijau kemudahan waipai tersedia
Bodek pemimpin berpada-pada
Lidahnya lembut bisanya tiada



• Atas: Kebun di tepi halaman rumah.
• Bawah: Dunia tanpa sempadan hanya dengan sentuhan.
• Youtube: “ Hujan turun membersihkan bumi ’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 15 Julai 2011

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Rehat petang di bawah rumpun buluh
Sambil minum lihat majalah

Sudah terang lagi bersuluh

Hati keras jiwa bermasaalah

Jalan di kampung jarang yang lurus
Berbukit bukau indah kehijauan
Bayangan dikejar tidakkan putus
Semakin jauh tercungap sendirian


• Atas: Rehat di halaman indah kehijauan.
• Bawah: Jalan kampung di Ke Sik dan Jeniang.
• Youtube: “ Kulih Tuan Guru Nik Aziz – 15 Julai 2011 ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 14 Julai 2011

ADILILAH DENGAN SAKSAMA

Pokok dijaga jarang yang tumbang
Hidup lama boleh bertahan

Tindakan yang beri biarlah seimbang
Menang dan kalah rakyat yang buat pilihan


Persekitaran hijau kanan dan kiri
Kawasan dijaga dibersihkan tidaklah rugi

Cakap bohong menikam diri
Pemimpin ditolak cepatlah pergi



• Atas: Pokok bacang di halaman rumah.

• Bawah: Persekitaran hijau redup indah dipandang.

• Youtube: “ Peliharalah kehijauan alam ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 13 Julai 2011

HORMATILAH KEHENDAK RAKYAT

Angkut benih lalu di titi
Titi kayu sebesar lengan

Keadilan ditegakkan marwah dihormati

Rakyat aman sejahtera berpanjangan

Persekitran rumah perlu selesa
Boleh diguna tempat santai dan juga makan
Berilah keadilan, kesusahan rakyat patut dirasa

Suara rakyat sentuhan di jari perlu difikirkan



• Atas: Sawah padi di kampung Yoi, Pokok Sena, Kedah.

• Bawah: Persekitaran hijau redup indah dipandang.

• Youtube: “ Kuning Setiap Sabtu ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 12 Julai 2011

KEBENARAN TETAP AKAN BERTERUSAN

Sawah luas di Mukim Gajah Mati
Kedah gelapang padi gelaran sudah terbukti

Yang telah pegi semoga Allah merahmati

Ucapan takziah dari rakyat yang simpati

Petang hari memancing ikan
Persekitaannya indah menghilankan bosan

Kebenaran dan yang hak perlu diperjuangkan
Sukar dan payah usaha yang berterusan



• Atas: Sawah padi di kawasan Pokok Sena, Kedah.

• Bawah: Memancing di kawasan sawah di Tualang.

• Youtube: “ Truth that Cannot Be Covered ".

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 11 Julai 2011

UBAH SEKARANG NYAHKAN KEZALIMAN



Persekitaran hijau bersih perlu dibangunkan
Tempat rehat keluarga di halaman
Tetap pendirian tegas tindakan
Ubah sekarang nyahkan kezaliman

Rehat petang di kolam ikan
Sambil rehat menunggu minuman
Pemimpin bertamadun cermat tindakan
Silap arahan undang kemusnahan

• Youtube: “ Kehijauan dan kebun buah-buahan di halaman ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 10 Julai 2011

KEBENCIAN YANG DITERJEMAHKAN

Kerja letih peluh membasahi dahi
Tugas banyak masih ada yang belum dicuci
Suara rakyat tertindas perlu dipenuhi

Ancaman, selesainya tidak, rakyat bertambah benci
Pautan Rehat minum petang di tepi halaman
Kicauan burung ikan berenang jadi hiburan

Setiap kesusahan ada jalan penemuan
Kemenangan tercapai menunggu dengan penuh kesabaran




• Atas: Pondok rehat di kawasan halaman
rumah.
• Bawah: Meja rehat tepi kolam di halaman.

• Youtube: “ Baharudin Ahmad Wira Bersih ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 9 Julai 2011

BENTENG PERTAHANKAN MARWAH

Kebun buah-buahan hanya di sebelah
Pokok duku dalam halaman rumah

Rakyat rimas dengan tipu helah
Demokrasi ditegak pertahanankan marwah


Datang ke kebun sambil berlari

Jalan pelahan masa di titi

Wajah lesu dimamah terik mentari
Berundur tidak, mara ke depan kejayaan dinanti




• Atas: Kawasan kebun buah-buahan di tepi rumah.

• Youtube: “ Bersih 2.0 9 Julai 2011Kuala Lumpur ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
" Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’? " - Sebahagian dari kenyataan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat (Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.

Jumaat, 8 Julai 2011

INGAT SEBELUM KENA

Sampai di sawah terlupa bekal
Bekal tertinggal di atas dapur

Kuasa yang rakyat beri tiada yang kekal
Angkuh sombong tiba masanya jatuh tersungkur


Pergi ke Tualang menahan pukat dan bubu
Pukat ditahan perlu ditunggu

Mana satu idaman kalbu
Warna kuning atau kelabu jumut dan dunggu



• Atas: Kawasan sawah di Jabi, Pokok Sena.

• Bawah: Kawasan menangkap ikan di Tualang.
• Youtube: “ Memukat ikan di kawasan Tualang, Pokok Sena ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 7 Julai 2011

SOKONGAN DAN KUASA

Letih berkerja rehat di halaman
Sambil berehat menunggu sarapan

Masa memerlukan manisnya senyuman
Dapat kuasa rakyat bawahan sudah dilupakan
Pautan
Pokok hutang ditanam jenis sakat
Tanamnya mudah senang diurus

Kebangikatan rakyat usah disekat
Sekat umpama menongkah arus


• Atas: Rehat di pondok di halam rumah.

• Bawah: Pokok sakat ditanam di kawasan halaman.
• Youtube: “ EKSKLUSIF BERSIH 2.0 (Bukti Penyelewengan) ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.