HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 8 Julai 2010

RUMAH TRADISIONAL DI JALAN SULTANAH

Rumah tradisional ini terletak di jalan Sultanah, lebih kurang 300 km dari tol Langgar.
@tiblakedah.blogspot.com
Pada hari selasa saya telah pergi ke Klinik Pakar gigi jalan Teluk Wan Jah, Alor Setar. Temujanji saya bermula jam 11.30 pagi. Saya sempat singgah untuk mengambil gambar rumah tradisional di celah bunglo di jalan Sultanah.
Gambar yang saya ambil sekadar untuk tatapan sahabat-sahabat yang berminat untuk melihat keindahan senibena rumah lama yang mempunyai nilai seni pertukangan yang menarik dan halus.
Jika anda berminat, anda boleh melihatnya sendiri, rumah ini terletak 2 km dari Bandar Alor Setar. Dari tol Langgar anda teruskan perjalanan ke hadapan, lebih kurang 200 meter dari lampu isyarat Jalan Sultanah.
Dengan melihat rumah ini sekurang-kurangnya dapatlah ilham untuk membenanya satu hari nanti sebagi tempat santai bersama keluarga. Masing-masing mempunyai minat yang tersendiri terpulanglah kepada anda, tepuk dada ongkosnya perlu ada juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan