HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 1 Julai 2010

BULUH MADU PENGHIAS LAMAN

Buluh madu penghias taman di Teratak Impian Bukit Lala, Pokok Sena, Kedah.Buluh madu di halaman terbuka
Taman indah rasa selesa
Akidah kukuh jiwa merdeka
Selamat di dunia akhirat merasa

Memancing ikan lalu di titi
Titi dibena kukuk dan teliti
Amanah diberi jangan dikhianati
Pangkat tinggi apalah erti

Petik mangga buahnya muda
Isinya masam hilangkan loya
Pantun saya pembuka minda
Yang tak sehaluan maafkan saya

Pokok mangga ditanam di kawasan pejabat di sekitar Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan