HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 31 Januari 2013

CUACA TERANG BERTAMBAH CERAH


Biri-biri balik kandang diberi dedak 
Belanya senang makannya mudah 
Kemungkinan untung rugi pun tidak 
Cuaca terang bertambah cerah 


Kebun cerah pokok kehijauan 
Indah terang disinari mentari 
Hanyut ke muara tengelam di lautan 
Sebelum tengelam selamatkanlah diri 

• Atas: Biri-biri baru melahirkan anak.
• Bawah: Pemandangan di waktu pagi di kampung Bukit Lala.

Selasa, 29 Januari 2013

PINTU SUDAH TERBUKA LUAS


Datang ke Kuala Ketil ke majlis perasmian Kuin 
Baliknya singgah di LGM Sungai Petani 
Kemenangan diharap manakan mungkin 
Sesama sendiri tidak meyakini


Ikut lebuhraya cepatkan perjalanan 
Laluan ke Kuala Ketil lambat ikut di belakang lori 
Kepentingan jemaah tidak diberi keutamaan 
Bila dipecat kenalah muhasabahlah diri 


 

• Atas: Tetamu kehormat dan jemputan di dewan Kuin, Kuala Ketil. 
• Bawah: Simpang lampu isyarat di pekan Kuala Ketil, Kedah.
• Youtube: Imagine - bayangkan & berdoalah.

Ahad, 27 Januari 2013

KEDAH SEJAHTERA


Banyak perubahan di pekan Pokok Sena 
Jalan luas rumah kediaman banyak dibena 
Eratkan hubungan jalinan mesra 
Kedah sejahtera nikmat untuk semua 


Dari tapak perasmian ke Pekan Rabu 
Makanan yang dijual enak-enak belaka
Memberi pandangan janganlah jemu 
Banyak yang dipelajari membuka minda 


 

• Atas: Plak persamian Bandar Sejahtera Pokok Sena oleh MB Kedah. 
• Bawah: Pekan Rabu Alor Setar. 
• Youtube: Mai Cek mai kita ke Negeri Kedah. 

Sabtu, 26 Januari 2013

HORMATILAH SUARA RAKYAT


Kerja letih rehatkan badan 
Rehat tidaklah lama hanya sebentar 
Rakyat tidak sabar buat perubahaan 
Hanya menunggu Parlimen dibubar 


Bena kolam di halaman bela ikan
Persekitaran hijau udara segar
Suara rakyat perlu diterjemahkan
Undi berubah pemimpin bertukar 

• Atas: Tempat rehat bersama keluarga di halaman. 
• Bawah: Kolam ikan di kawasan tepi rumah, ceriakan pemandangan.

Khamis, 24 Januari 2013

RAKYAT SENTIASA MEMERAHATI


Halaman indah tempat berteduh 
Pokok menghijau subur disinari mentari 
Saham jatuh stadium runtuh 
Rakyat dipersalah muhasabarlah diri 


Memandu jauh terasa letih 
Cuaca panas berehat untuk berteduh 
Janji mungkir pengikut dah letih 
Petanda BN sudah hilang pengaruh 

• Atas: Pokok korma di halaman masjid Al Bokhary, Alor Setar. 
• Bawah: Wakaf berhampiran masjid Al Bokhary, Alor Setar.

Rabu, 23 Januari 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H



Firman Allah SWT yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Sura Al Ahzab 21

Selasa, 22 Januari 2013

KEMENANGAN MENANTI


Waktu pagi membersihkan halaman 
Udara segar hari cerah disinari mentari 
Fitnah dan pembohongan politik kepartian 
Keji dan mungkar pasti memakan diri 


Melihat kehijauan halaman sinari mentari 
Sambil menunggu sarapan yang belum tiba 
Sering berjanji sukar dipercayai 
Munculnya hanya bila pilihanraya tiba 


 

• Atas: Pondok lama menghiasi halaman rumah. 
• Bawah: Pokok menghijau mengindahkan halaman. 
• Youtube: Berilah berita gembira buat kawan.

Isnin, 21 Januari 2013

BOIKOT KETIDAKADILAN


Air jernih tiada buaya 
Tempat mandi diguna sudah pun lama 
Jijik dan lucak cukup meloya 
Boikot Utusan tolak BN marilah kita bersama 


Tidak ke sawah sudah sebulan 
Sebuk menoreh tambah pendapatan 
Adakah ini satu angkara kebetulan 
Hujah terperangkap akibat keceluparan 


 

• Atas: Jambatan merentengi sungai di Kepala Bendang, Tualang.. 
• Bawah: Rumah tradisional di kampung Yoi, Pokok Sena. 
• Youtube: Kerinduan menemui Allah.

Ahad, 20 Januari 2013

PILIHANRAYA YANG BERSIH


Air memenuhi di dalam petak 
Petak sawah dibetulkan airnya disekat 
Rakyat protes mereka tersentak 
Penipuan dibongkar faktarnya tepat 


Ke UUM Sintok berjumpa kawan 
Melawat ladang rusa sembang di taman 
Pilihanraya yang bersih rakyat harapkan 
Jangan sampai rakyat hilang pertimbangan 


 

• Atas: Pemandangan di waktu petang di sawah di Tualang. 
• Bawah: Di kawasan penginapan pelajar UUM Sintok Kedah. 
• Youtube: Menunggu harapan kemenangan.