HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 31 Ogos 2014

KERUGIAN DAN NILAI KETAATAN


Cuaca panas di waktu petang
Kadang-kadang hujan mendadak
Untungnya tidak rugi memanjang
Kesusahan rakyat didengar tidak



Mentari pagi sinarnya cerah
Cerahnya panas hingga ke petang
Tiada ketaatan pada jemaah
Elakan berterusan diberi ruang



 
• Pemandangan di waktu petang di beranda rumah.
• Persekitaran hijau mengindahkan halaman.
• Walking downtown Amstedam.

Khamis, 28 Ogos 2014

JANGANLAH ANDA BERSEDIH


Melihat kehijauan dari jendela
Persekitaran cantik indahkan halaman
Pintu taubat masih terbuka
Mohonlah keampunan sebelum kematian



Sekarang sudah musim hujan
Laluan ke kebun teramat sukar
Sering-sering ziarah kematian
Semoga hidup  ingsaf dan sedar


 
• Sebuah restoran di Kuala Nerang.
• Jalan lecak bila tiba musim hujan ke kebun.
• Janganlah anda bersedih.

Selasa, 19 Ogos 2014

TERSURAT DAN TERSIRAT


Sawah menghijau langit cerah
Berehat bersarapan di sawah rasa berselera 

Umno mengharap Pakatan berpecah
Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersuara


Air jernih mengalir di terusan
Ikan berkeliaran mudah diintai
Setiap permasalahan ada penyeselesaian
Ada yang terbaik akan ditemui


• Waktu pagi di sawah di Langgar. Pokok Sena.
• Terusan di kawasan sawah di kampung Yoi.

Rabu, 13 Ogos 2014

BERBELANJA IKUT KEPERLUAN


Hujan turun renyai-renyai
Mentari pagi sudah memancar
Beban hutang kusut masai
Sudah terjerat untuk lepas teramat sukar


Berjalan ke kebun terasa dekat
Persekitaran redup cuaca dingin 
Elakkan berhutang sentiasa berjimat
Beli yang mampu ikut keperluan

• Waktu pagi di masjid bandar baru Pokok Sena.
• Suasana di kebun buah-buahan jiran.

Isnin, 11 Ogos 2014

JANGAN TERLEWAT


Musim buah dukung dan rambutan
Hanya sepohon buahnya lebat
Kelemahan diri orang ambil kesempatan
Ubah sikap jangan terlambat



Pokok berbuah di musim hujan
Buahnya segar serta lebat
Maksiat dilakukan jangan berterusan
Rugi terlamat jika lewat bertaubat


• Pokok dukung dalam kawasan rumah.
• Jambu lebat di musim hujan.

Ahad, 10 Ogos 2014

TUNDUK DAN YAKIN KEPADA ALLAH


Bersihkan halaman memakan masa
Halaman luas dibersiskan sudah
Madrasah ramadan mendidik jiwa 
Hanya yang lulus sikap berubah


Melihat di luar langit cerah
Udara segar pokok kehijauan
Tunduk patuh kepada Allah
Merendah diri hindari keangkuhan



• Membersihkan halaman di waktu pagi.
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
Ustaz Azhar Idrus [kuliah] - Tauhid Sifat

Ahad, 3 Ogos 2014

PUASA ENAM DI BULAN SHAWAL


Sawah di kanan getah di kiri
Bukit Lala kampung halaman
Syawal disambut kejayaan disyuki
Puasa enam dilupakan jangan


Persekitaran hijau indahkan persekitaran
Kebersihan perlu dipantau berterusan
Rumah terbuka jadikan amalan
Berpada-pada jangan sampai berlaku pembaziran



• Sawah di kampung Bukit Lala, jalam masuk ke kampung.
• Mebersehkan halaman rumah di waktu pagi.
• Puasa enam di bulan shawal.