HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 30 Oktober 2012

PERJUANGAN KEBENARAN SENTIASA ADA YANG MENERUSKAN


Duduk berehat selepas senaman 
Sambil sarapan maklumat diperolehi 
Perjuangan kebenaran pasti diteruskan 
Pemimpin pergi sentiasa ada penganti 


Pijak batu macam meniti 
Kaki diurut sambil berdiri 
Pemimpin bertakwa rakyat dihoramati 
Negara sejahtera kemungkaran dihindari 

• Atas: Meja rehat dibuat dari pokok terbuang. 
• Bawah: Batu urutan kaki di kawasan halaman rumah.

Selasa, 16 Oktober 2012

SOKONGAN KEPADA PAKATAN SEMAKIN KUKUH


Biri-biri balik diberi dedak 
Sebagai tambahan makanan di waktu petang 
Modal diberi untungnya tidak 
Rakyat dikhianati mereka yang senang


Di halaman rumah ditanam buluh 
Hijau redup persekitaran indah 
Pakatan kukuh Barisan rapuh 
Sokongan kepada Pakatan tidak berubah

• Atas: Biri-biri di halaman rumah. 
• Bawah: Rumpun buluh madu penghias halaman.

Sabtu, 13 Oktober 2012

ADA UDANG DISEBALIK BATU


Hujan lebat mulai reda 
Banjir kilat alira airnya laju 
Wang diberi kepentingannya ada 
Ada udang di sebalik batu 


Petang-petang santai di halaman 
Melihat kehijauan, kebun pun cerah 
Kerjasama perlu demi kemenangan 
Prinsip dan dasar tidak pernah berubah 



 

• Atas: Kawasan halaman selepas dibanjiri hujan lebat. 
• Bawah: Kebun di belakang rumah. 
• Youtube: Hujan kian lebat…banjir kilat.

Jumaat, 12 Oktober 2012

DUNIA DAN KEHIDUPAN


Hampir magrib di sawah dekat bandar 
Suasana lengang azan akan bergema
Tipu daya dunia manusia tak sedar 
Bertakwalah kepada Allah apalah ada pada nama 


Bersihkan halaman belum selesai
Rehat sarapan tidaklah lama 
Hak rakyat bagaimana mungkin tertunai 
Jika kekayaan peribadi maktlamat utama 

• Atas: Pemandangan menghampiri waktu magrib di kawasan sawah di kampong di Langgar. 
• Bawah: Kawasan pondok di halaman.

Isnin, 8 Oktober 2012

DIPERMUDAHKAN DALAM KEHIDUPAN


Pintu dibuka hari dah cerah 
Suasana indah cantik menghijau 
Pendapatan sederhana yang penting baraqah 
Dipermudahkan kehidupan tidaklah risau 


Jalan jauh letih baring terlena 
Sedar jaga hilang penat 
Keluarga bahagia hidup pun sederhana 
Kehidupan diberkat rasai nikmat



• Atas: Halaman hijau mengindahkan suasana. 
• Bawah: Pemandangan di kawasan Restoran Restu Ilham, Wang Tepus. 
• Youtube: Hakikat dukacita - Dr. Maza. 

Sabtu, 6 Oktober 2012

TEGURAN DAN KRITIKAN


Banyak berkerja terasa penat 
Terasa haus petik kelapa 
Teguran membina amalan sihat 
Pemimpin adil Negara sejahtera 


Bersihkan halaman terasa mudah 
Sediakan bekas sampah mudah dibuang 
Sokongan rakyat tidak akan berubah 
Hati ditawan bukanya senang


 

• Atas: Pokok kelapa di halaman rumah. 
• Bawah: Persekitaran yang bersih perlu ada kerjasama. 
• Youtube: Tidak boleh kritik kerajaan – Dr. Maza.

Jumaat, 5 Oktober 2012

WARNA-WARNA KEHIDUPAN


Bersihkan halaman hindari sampah 
Supaya selesa ceriakan pengelihatan 
Biarkan pun sedikit tetapi baraqah 
Dipermudahkan kehidupan itulah kenikmatan 


Kerja penat rehat terlena 
Hanya baring di pondok halaman 
Kehidupan bahagia lebih bermakna 
Tenang dan damai semoga berpanjangan 



• Atas: Halaman berpagar elak ternakan rosakkkan tanaman. 
• Bawah: Pondok rehat di kawasan halaman 
• Youtube: Ketika cinta bertasbih part 2.

Khamis, 4 Oktober 2012

BAHAGIA DI DUNIA HINGGA AKHIRAT


Sarapan biskut dengan kopi 
Duduk di pangkin bawah pokok cheri 
Nasihat berguna jangan diketepi 
Kebahagiaan hidup itulah yang dicari 


Pembajaan pokok perlu teliti 
Supaya hijau subur tidak mati 
Pemimpin bertakwa sentiasa dihormati 
Bahagia di dunia akhirat menanti 





• Atas: Sarapan pagi di halaman sambil mencari maklumat dan berita. 
• Bawah : Persekitaran hijau menceriakan kehidupan.
• Youtube: Mencar bahagia – Dr. Maza.

Rabu, 3 Oktober 2012

RAKYAT TIDAK SABAR


Tengah hari, pangkin tempat beradu
Tempar rehat dibena itu yang termampu
Barang naik pendapatan tidak menentu 
Ditambah takrif letrik rakyat kena tipu 


Bersihkan halaman badan berpeluh 
Waktu pagi tenang dan lengang
Barisan berkuasa rakyat mengeluh 
Rakyat tidak sabar Barisan jadi pembangkang 



 

• Atas: Dirikan pangkin di kawasan halaman. 
• Bawah : Halaman rumah. 
• Youtube: Perhimpunan raksasa ntuk menuntut bersih, pemilihan adil