HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 29 Oktober 2015

JANGANLAH LUPA


Pokok sirih tumbuh melata
Tumbuh meliar di tepi kolam
Diuji kepayahaan jangan rasa derita
Kekayaan diberi jangan pula tengelam


Balik kebun baring terlena
Baring sekejap hilangkan penat
Biar pun hidup serba sederhana
Keberkatan dicari matlamatnya akhirat

• Pokok sirih hidup meliar di tepi kolam.
• Rehat di pondok kawasan rumah.

Rabu, 28 Oktober 2015

REZEKI HALAL MEMBAWA BERAKAT


Pokok menghijau cerahnya langit
Air telaga  diguna masih selamat
Rezeki halal membawa berkat
Hidup di dunia akhirat matlamat




Jalan pintas ke UUM ikut yang dekat
Masa convo pintu dibuka
Pendapat banyak atau sedikit perlulah berkat
Membawa kebahagian bersama keluarga

• Pemandangan di waktu petang di Bukit Lala. 
• Jalan di kawasan UUM Sintok.

Jumaat, 23 Oktober 2015

GUNTING DALAM LIPATAN


Kerja di kebun terlalu penat
Balik rehat terus bersarapan 
Teguran diberi demi kesejahteran rakyat
Mana mungkin gunting dalam lipatan



Buat pangkin dari papan
Papannya kukuk bukan sebarang

Teguran diberi demi kebaikan
Akibat buruk sangka terus terbuang

• Sarapann santai di tepi kolam. 
• Pangkin rehat di belakag bilik.

Selasa, 20 Oktober 2015

MASYARAKAT HARMONI



Pergi ke sawah lalu di titi
Menabur baja di waktu petang
Hidup bermasyarakat hormat menghoramati
Pupuk persaudaraan dengan kasih sayang



Minum kopi di waktu petang
Burung terbang berkicau-kicauan
Hidup bermasyarakat pandang memandang
Semoga hidup sentiasa aman 

• Kawasan sawah di Kubang Lintah. 
• Kawasan kolam di halaman.

Ahad, 18 Oktober 2015

SOKONGAN RAKYAT TIDAK BERUBAH


Mentari pagi sinarnya cerah
Berehat santai di hari minggu 
Sokongan rakyat masih beristikomah
Kemenangan menanti rakyat menunggu




Persekitaran hijau suasana indah
Tempat rehat hilangkan penat

Sokongan rakyat tidak berubah
Sentiasa beramanah tidak khianat


• Suasana santai di tepi kolam.
• Pokok menghijau menghias halaman rumah.

Sabtu, 17 Oktober 2015

SIAPALAH KITA



Duduk di kolam berbaju tidak
Suasana sejuk pokok menghijau
Datang ke rumah sering diajak
Singgahnya tidak sekadar lalu




Naik ke pondok basuh kaki
Air dicedok dari tempayan
Sifat sombong perlu dijauhi
Fikir-fikirkanlah saat kematian


• Bersama cucu berehat di tepi kolam.
• Bermain di atas tangga.

Jumaat, 9 Oktober 2015

MENGHARAPKAN KEAMANAN



Persekitaran hijau udara segar
Daun rimbun mengurangkan panas
Keamanan diharap semakin pudar
Pejenayah bertindak melampaui batas




Pokok dan rumput indahkan halaman
Cantek menghijau indah dipandang

Jangan biarkan kehidupan rakyat dalam ketakutan
Nyawa hanya dicagar dengan wang 


• Land skap indahkan halaman.
• Persekitaran hijau indahkan halaman.

Rabu, 7 Oktober 2015

KEBENARAN DIPERTAHANKAN


Petang hari beri ikan makan
Sebulan sekali dedak dibeli
Kebenaran perlu dipertahankan
Kebatilan perlu dijauhi sama sekali




Waktu petang tunggu biri-biri
Setelah balik halau ke kandang

Keraguan rakyat kerajaan perlulah nafi
Jangan sampai  kepercayaan hilang


• Kolam ikan di te pi halaman.
• Biri-biri baru pulang ragut rumput di kawasan kebun.

Ahad, 4 Oktober 2015

MENUNGGU MASA


Cuaca pagi nampak terang
Walau pun jerebu belum hilang
Kita hidup cuma menumpang
Menunggu masa dijemput pulang



Duduk termenung di waktu petang
Biri-biri pulang lama menunggu
Jika beringat dijemput pulang
Pastikan bekalan dibawa diguna laku


• Kolam ikan di te pi halaman.
• Rehat di tepi reban melihat itik makan.

Jumaat, 2 Oktober 2015

KEBENDAAN MENGUASI DIRI


Raya korban sembelih biri-biri
Sudah disembelih biri-biri digantung
 
Bila kebendaan menguasi diri
Halal dan haram tidak dikiri asalkan untung


Pergi ke kebun naik kereta
Kereta diletak di tepi jalan

Berpada-padalah mengumpul harta
Perkara haram terjebak jangan 


• Sembelih biri-biri di halaman rumah.
• Pergi ke kebun meracun rumput.