HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 26 Februari 2014

HUBUNGAN BAIK SESAMA INSAN


Lebih selesa tinggal di kampung
Cuaca segar
persekitaran kehijauan 
Penyakit mental mampu dibendung
Hubungan baik sesama insan perlu berterusan



Balik kebun terasa penat
Rasa dahaga kelapa dipetik
Kemenangan ditagih menyusahkan rakyat
Ambil kesempatan rakyat dah cerdik

 
• Kawasan kampung di Perlis.
• Pokok kelapa ditanam di halaman.

Jumaat, 21 Februari 2014

PILIHAN YANG TEPAT


Pergi ke sungai jalan pelahan
Pergi sendirian untuk mandi
Rakyat sudah buat pilihan
Hanya menunggu untuk mengundi



Pokok menghijau tempat berteduh
Persekitaran redup terasa sejuk
Rakyat sedar bukan terpengaruh
Keputusan muktamad sukar dipujuk




• Sawah di kawasan Titi Haji Idris.
• Laman hospital Sultanah Bahayiah.
• Dato Sri Anwar "kenapa saya bertanding di Kajang".

Isnin, 17 Februari 2014

BUKALAH MINDA


Baring keletihan terus tertidur
Terjaga tidur waktu makan tengah hari
Masakan Anwar perlu dikubur
Pastikan MCA mengali lubangnya sendiri 



Pergi ke Jitra lalu di Santap
Jalan pintas ikut yang dekat
Cakap jangan ikut sedap
Sedap mulut diketawakan rakyat

• Pangkin tempat rehat nikmati udara luar.
• Laluan di Santap Telaga Emas dan terus ke Jitra.

Ahad, 16 Februari 2014

RAKYAT MAMPU BUAT PERUBAHAN



Tebang pisang hantar ke pasar
Pisang banyak angkanya berat
Betanding boleh kemenangan sukar

Pastinya yang terbaik pilihan rakyat  


Rehat sebentar terasa penat
Duduk di tepi kolam melihat ikan
Luka rakyat sukar diubat
PRK Kajang rakyat pasti terjemahkan


• Kebun pisang ditanam di kawasan tanaman semula getah.
• Kolam ikan talapia di tepi halaman rumah.

Sabtu, 15 Februari 2014

SEMBANG SANTAI WAKTU PAGI



Petik jampu buat rojak  
Tambah nenas juga sengkuang 
Datanglah ka pondok kami tak payah ajak 
Lama tak jumpa bolehlah sembang


Makan rojak duduk di pelengak 
Air limau kasturi campur air kelapa 
Rasa-rasa nak tegelak 
Jumpa kawan lama namanya lupa



• Musim buah jambu tiada hujan pokok perlu disiram.
• Pangkin orang Kedah sebut pelengak.
• Oki Setiana Dewi.

Isnin, 10 Februari 2014

JAUHI SIKAP BURUK



Dalam kolam banyak ikan
Ikan talapia enak dibuat bakar
Janji Barisan masa memerlukan
Dapat kuasa boleh bertukar



Waktu pagi badan mengigil
Walau pun mentari sudah meninggi
Jadi pemimpin bersikap adil
Sikap perkauman perlu dijauhi


• Ikan talapia bakar untuk makan tengahari.
• Suhu 24 C di waktu pagi di halaman rumah.

Sabtu, 8 Februari 2014

ZAMAN EDAN


Torehan tidak dijaga pokok mengerutu
Pokok rosak terpaksa ditanam semula 
Barang naik pendapatan tidak menentu
Rakyat disuruh berjimat memang kerja gila



Sawah menghijau di waktu petang
Ramai yang turun untuk mengail

Kuasa membeli rakyat semakin kurang
Nilai wang semangkin mengecil 


• Pokok getah tua di kampung Bukit Lala.
• Sawah di kawasan Hutan Kampung.

Jumaat, 7 Februari 2014

RAKYAT DAN PEMIMPIN


Sudah lama tiada turun hujan
Kawasan sawah kering kontang
Tol tidak naik kerajaan bayar pampasan
Senyap-senyap rakyat kenalah bayar hutang



Rumah kampung terpaksa dipagar
Elak dicerobok binatang ternakan 
BN menang teramatlah sukar
Isu perbadi pasti memakan tuan

 
• Sawah padi di kawasan Langgar.
Halaman rumah berpagar elak diceroboh.

Khamis, 6 Februari 2014

RAKYAT PERLUKAN PENCERAHAN


Waktu petang menoreh getah
Cuaca sejuk ditiup angin
PRK Kajang peluangnya cerah
Puterajaya matlamat kemenangan




Memacing di parit dapatnya keli
Keli enak dibuat kari
Tindakan melampau amat dikesali
Sikap buruk perlu dihindari




• Kebun getah di Bukit Kapal di waktu petang.
• Titi kayu di Kubang Lintah.
• Dailong anak muda Selangor - DS Anwar Ibrahim.

Rabu, 5 Februari 2014

BERSAMA PAKATAN RAKYAT


Jual skrup harganya murah
Untuk bertahan tidaklah pasti
Pakatang Rakyat menang peluangnya cerah
Pastikan Barisan tidak terlintas di hati


Membaja padi lalu di titi
Penat membaja banyak berdiri
PRK Dun Kajang rakyat menanti
Bersama Paktan Rakyat undi akan diberi


 
• Kumpul skrup di kebun sebelum dijual.
• Titi kayu di kawasan sawah di kampung Tualang.
• Kenapa  lambat dakwa kes 1Azam.

Isnin, 3 Februari 2014

PILIHLAH MAKANAN YANGA BAIK


Ceriakan halaman dengan kehijauan
Suasana segar nampak indah
Makan jangan sebarang makan
Pastikan yang halal lagi thoyyibah



Rehat santai di tepi halaman
Menunggu isteri hantar sarapan

Makanan tempatan banyak keistemewaan
Perlu dijaga diremehkan jangan




• Ceriakan halaman dengan kehijauan.
• Kawasan halaman rumah. 
• Makanan yang halal lagi thoyyibah.

Sabtu, 1 Februari 2014

KUASA RAKYAT


Hampir magrib gambar diambil di tepi laut
Pemandang jauh sudah pun kabur
BN ke Kajang menempah maut
Hukuman rakyat menghantar ke kubur

Pelabuhan Lumut Daerah Dinding
Tempat kapal singgah berlabuh 

Berilah MCA peluang bertanding
Pulihkan tenaga elakan lumpuh

• Pemandangan di jeti Lumut, Perak.
• Kawasan jeti di Lumut, Perak.