HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 10 Julai 2010

JANGAN BIARKAN LEMBU BERKELIARAN

Lembu berkeliaran di jalan pintu masuk ke Taman Rekrasi Bukit Wang, Jitra. Jalan di persekitaran dipenuhi najis dan bau yang tidak menyenangkan penyunjung ke kawasan ini.Bela lembu tidak berkandang
Tanaman jiran menjadi mangsa
Wang dan kedudukan tidak dipandang
Elakkan masyarakat tidak selesa

Tunas dicantum di pokok penanti
Kerjanya senang mudah dipelajari
Harta dicari perlulah terliti
Seksa kubur amatlah ngeri

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Pinjam wang perlu dibayar
Jangan terbawa sampai ke mati

Pergi ke kebun terpijak duri
Balik ke rumah ibu ubati
Debat dan perbincangan mengelakan diri
Rakyat tak beri undi baru mengerti


Sekadar hiasan dan kesesuaian:
  1. Pintu masuk di Taman rekreasi Bukit Berwang, Jitra.
  2. Kawasan perkuburan di kampung Kiew. Pokok Sena.
  3. Tanaman pisang di belakang rumah.
  4. Melawat kebun di hari cuti di Bukit Kapal, Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan