
Semasa kanak kanak dulu kami suka tangkap Ikan laga di kawasan paya di tepi sungai. Di kampong kami ikan laga lebih popular di sebut sempilai. Warnanya kebiru biruan dengan mata yang juga berwarna biru. Ada satu tanda (dot) hitam dekat badan dia. Saiznya yang kecil dan warna yang sedemikian agak menarik untuk dijadikan ikan peliharaan.



Biasanya kami letakkan tempurung ini sebelum pergi ke sekolah. Kami akan ambil selepas balik dari sekolah nanti.

Bila terdapat ramai kawan kawan yang mpunyai ikan laga, timbul satu rasa untuk membandingkan sempilai antara kami. Salah satu acara ialah beradu kekuatan sempilai. Sesuai dengan namanya ikan laga, kami memang gunakannya untuk berlaga. Ikan yang hendak digunakan untuk berlaga perlu lah mempunyai ciri ciri tertentu yang menunjukkan keberaniannya. Selain dari mendapatkan ikan laga yang bersaiz lebih besar dari average, warna ikan yang kehitam hitaman juga dikatakan mempunyai sifat keberanian yang tinggi.

Terdapat juga antara kawan kawan saya yang lebih kreatif menanam botol ikan laga tu tadi kat dalam tanah sampai dua tiga hari sebelum masuk bertanding supaya ikan tu lebih berani. Pada pandangan mereka, ikan yang diletakkan ditempat yang gelap dan tak jumpa sapa sapa, bila keluar saja dari tempat gelap tu tadi, ikan tu akan jadi garang.

Sekali seekor ikan kalah, dia tidak akan berlawan dengan mana mana ikan lagi seumur hidupnya. Hukuman untuknya adalah dibuang balik dekat sawah. Saat yang menyeronokkan bila berlaga ikan ialah bila dua dua mempunyai kekuatan yang sama, terdapat adegan bila kedua dua menggigit mulut masing masing macam bercium tu, dan ada yang sampai tercabut bibir dia. Ikan laga akan mengeluarkan satu bunyi “krrr..” bila berlawan yang menambahkan lagi keseronokan kami.

Biasanya tempat diadakan perlawanan sempilai ini di rumah kawan yang banyak membelanya. Masa tu yang saya ingat ialah rumah Osman (Man), kawan sepermainan yang masih ingat ialah Samsuddin Leman, Rosni, Abas, Haris, Halaji, Roslan, Lias, Katan, Dolah dan ramai lagi yang saya tidak ingat. Di antara mereka ada yang jadi guru besar, jurutera, kerani, polis, askar dan ada yang kerja kampung, dah lama kami tak jumpa.

(Tulisan santai)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan