
Kerajaan negeri Kelantan akan menyambut Ramadhan tahun ini dengan solat hajat beramai-ramai untuk menghindari wabak H1N1. Solat hajat akan diadakan pada 1 Ramadan bermula pukul 4.00 pagi, iaitu sebelum sahur hari pertama puasa bagi menangani kes selesema H1N1 yang kini menggerunkan rakyat di seluruh negara.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis berkenaan akan diadakan di Padang Perdana sebelum sahur iaitu hari Sabtu sebagai permulaan menyambut kedatangan Ramadan. H1N1 kini menjadi pendemik kepada negara apabila kira-kira 40 orang sudah mati akibat penyakit yang cepat merebak ini.

PAS pula melalui Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar telah mencadangkan agar diadakan sidang khas Parlimen mengenainya. Anggota Parlimen Pendang yang dilantik sebagai 'menteri kesihatan' dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat, Dr Mohd Hayati Othman pula mencadangkan diadakan solat hajat besar-besaran seluruh di samping pembekalan ubat selsema yang banyak dan murah oleh kerajaan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat seluruhnya supaya sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan dari penyakit itu selain berusaha cara lain. "Yalah nak cegah dengan cara lain tu buat la, tetapi doa pada Allah itu amat penting kerana penyakit berkenaan sebenarnya bala Allah terhadap semua manusia ekoran perlakuan mereka yang menyimpang dari kehendakNya,"ujarnya lagi.
Apa itu H1N1 dan sintom-sintomnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan