HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 11 Mei 2009

BUAT SEMUA GULUNGAN PEKERJA


Sebahagian ucapan aluan MB Perak yang sah:
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.
Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar.

Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Allahhu Akhbar: MB Perak yang sah Dato Nizar Jamaluddin (Sumber : Blogger Cina Islam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan