
@ tiblakedah.blogspot.com
Bila kita bicarakan tentang potensi kita tidak boleh lari dari usaha yang kita laksanakan. Potensi adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Potensi boleh dibayangkan dan boleh diserlahkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu terhadap puncanya. Sebiji benih berpotensi tumbuh, hidup dan membesar menghasilkan akar, batang dan ranting, daun, bunga dan buah-buah yang banyak. Bagaimanapun untuk hidup biji benih perlu disemai terlebih dahulu.

Penentuan sebenar kejayaan kita hanyalah, sekiranya kita memenuhi syarat-syarat panduan yang digariskan oleh Allah, kita akan berjaya di dunia dan Akhirat insyAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan