HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 September 2009

KEBUN DI PINGGIR HUTAN


@ tiblakedah.blogspot.com

Pada 7 Syawal 1430 bersamaa 26 September 2009, hari raya yang ke Tujuh saya isteri dan anak (Shukri) telah pergi melawat kebun getah tua yang tidak jauh dari rumah. Kami bertolak dari rumah pada jam 10pagi, perjalanan dengan motorsikal memakan masa kira-kira 15 minit dari rumah. Kami menggunakan dua buah motosikal, Shukri membonceng uminya. Jalan yang kami gunakan jalan tanah merah dan ada kalanya berlumpur.

Keadaan kebun boleh tahan, nak kata hutan bukan, nak kata kebun macam hutan , itulah kebun tua peninggalan orang tua untuk isteri saya. Keluasan tanah 1.6 hektar, yang cantiknya ada sedikit dusun buah-buahan, durian, rambutan dan dukung. Di samping itu ada anak sungai yang mengalir di dalam kawasan kebun kami, airnya cukup bersih dan sejuk. Orang Kedah panggil 'carok' kalau tidak silap saya.

Sekiranya anda berminat untuk keluarkan darah (bekam) boleh juga datang ke sini, ada lintah yang sedia menanti anda untuk menghisap darah anda, sekejap sahaja, sudah kenyang lintah pun tanggal. Memang seronok bila berada di sini, dengan udara yang segar dan menceriakan. Kami sempat ambil rebung buloh untuk dibuat gulai daging, pastinya enak. Rebungnya sangat manis dan lembut.

Kami sempat mandi dan melihat anak-anak ikan seluang bermain di kaki kami. Babi dan harimau tidak ada, mungkin belum berjumpa, kami taklah cari. Saya ada cadangan nak buat rumah atap bertiangkan kayu hutan, modal belum cukup.
Mana tahu sekiranya sahabat-sahabat yang ingin berubah angin untuk berehat dalam kawasan yang berdekatan hutan untuk menginginkan suasana kelainan di tempat lain, mungkin akan jadi kenyataan. Tunggulah, bila sudah siap nanti kami jemput anda datang.

Selasa, 29 September 2009

SAWAH PADI DISTINASI BARU CUTI REHAT

@ tiblakedah.blogspot.com
P
ernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa. Tidak cukup dengan itu, anda juga dihidangkan dengan masakan kampung seperti masak lemak keladi, ikan puyu goreng berlada, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar.
Bayangkan pula anda bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi air berkocak apabila ikan-ikan di kolam melompat-lompat di gigi air. Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda berada di kawasan sawah padi di sekitar Pokok Sena Kedah.
Bagi warga kota yang tidak pernah merasai engalaman sebegitu, kini anda tidak perlu bayangkannya lagi, sebaliknya boleh merasainya sendiri. Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira 30 minit memandu dari tol Langgar Alor Setar.

Sekiranya ada masa datanglah ke kampong kami, pasti ada kelainan yang anda inginkan, luangkanlah bersama keluarga anda alamilah sendir. Jika anda fikirkan terlalu sibu dengan tugas, sampai bila pun kerja tidak akan selesai, pentingkan juga kesihatan diri anda dan keluarga, berehatlah sementara waktu

Isnin, 28 September 2009

JUS MATE5 - MENGURANGKAN BERAT BADAN


Pada 27 September 2009, Sahabat lama saya En. Radzi Ahmad yang berkerja di Lembaga Getah Malaysia telah datang ke rumah kami dengan keluarganya untuk berhari raya.
Melihat keadaan tubuh badan saya yang gemuk dan amat berbeza semasa berkerja dulu, beliau telah memperkenalkan jus Mate5 kepada saya. Pada hari itu saya dibawa En Radzi terus mendaftar sebagai ahli di pejabat HPM di Pekan Jitra yang terletak 20 km dari rumah kami.
Dengan bayaran RM450.00 saya telah diberi 3 kotak jus Mate5 dan secara langsung telah menjadi ahli seumur hidup. Untuk maklumat anda semua berat badan saya masa kini 139kg lihat gambar di sebelah.
Sama ada berjaya atau tidak tunggulah kesannya 1 hingga 3 bulan akan datang, saya akan beritahu anda semua tentang berat badan saya dapat dikurangan dalam jangka masa yang di tetapkan semoga ia menjadi kenyataan.
Hari pertama dan kedua yang saya alami setelah meminum jus Mate5.
  • Perut rasa selesa
  • Perut terasa kenyang dan keinginan untuk makan berlebihan kurang.
  • Pengambilan nasi yang sedikit sudah terasa kenyang.
Sila layari : HERBA PRIMA SDN. BHD.


Ahad, 27 September 2009

GYMNEMA KURANGKAN GULA DARAH

Makanan dan minuman manis sememangnya sedap dan menyelerakan, tetapi pernahkah anda terfikir tentang kandungan gula dalam hidangan atau minuman tersebut? Adakah anda sedar bahawa segelas (250 ml) air minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 25 gram gula? Bayangkan sekiranya anda mengambilnya lebih daripada satu hidangan sehari.

Apa yang turut membimbangkan adalah hasil kajian mendapati rakyat Malaysia secara puratanya mengambil gula melebihi 100 gram sehari berbanding saranan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya 50 gram sehari. Penyakit diabetes boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi obesiti atau berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit diabetes jenis kedua. Faktor keturunan dan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko diabetes.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, diet yang sihat dan senaman berterusan adalah disarankan untuk mengawal peningkatan paras gula. Penggunaan herba terpilih juga merupakan alternatif yang boleh dijadikan pilihan. Kajian ke atas herba Gymnema mendapati ia mengandungi asid gymnemic yang boleh mengurangkan penyerapan gula dari saluran penghadaman. Fenugreek (halba) pula membantu meningkatkan tindak balas tisu terhadap insulin serta memperbaiki metabolisme karbohidrat.

Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas penghidap diabetes mendapati ia memberi kesan yang memberangsangkan untuk mengawal paras gula dalam darah. Permakanan yang seimbang dan pengambilan herba-herba tersebut didapati memberi kesan yang lebih baik untuk tubuh dan dapat menggurangkan berat badan.

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Kehidupan di bandar sememangnya memenatkan. Apa tidaknya masallah kesesakan lalulintas terpaksa dihadapi apabila pergi ke tempat kerja. Masa ke tempat kerja amatlah meletihkan dan membosankan. Ini adalah Sebagai ganjaran pada diri sendiri. Bercuti atau melancung ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.
Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah ‘spa’ terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan. Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telepon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.
Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak. Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Pulau Pangkor di Lumut Perak mungkin pilihan penginapan yang tepat.

Dari jeti Lumut , kita menaiki bot dan akan terus membawa kita ke Pulau Pangkor. Keindahan di Pulau ini yang bersih, redup dipenuhi pokok-pokok kelapa dan hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.

Selain itu, tarikan yang terletak di pulau ini membuatkan kita ingin melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar Negara. Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.

Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan menyeronokkan. Jika kita ingin bersiar di pulau ini kenderaan sewa disediakan, sama ada naik van secara berkumpulan, atau sewa motor secara bersendirian mengelilingi kawasan pulau, terpulang kepada anda. Yang pastinya ia dapat menjanjikan percutian yang terbaik buat keluarga anda.

Sabtu, 26 September 2009

PILIHLAH YANG TERBAIK

Pandu kereta mata mengantuk
Rehat sebentar jangan terlena
Kesilapan kawan jangan mengutuk
Elak pegaduhan cemar suasana

Hari Isnin tugas dimulai
Langkah longlai kampung diingati
Urusan pejabat hendailah didahului
Agar pelangan berpuas hati
Menyusur sungai raya di Desa
Desanya indah berbukit bukau
Jika khidmat diberi tidak selesa
Gaji yang diambil rasa berdosa
Pergi ke pantai ikut saudara
Sambil bersiar singgah beraya
Kerja banyak hendaklah mesra
Agar di dunia sentiasa berjaya

Pinjam kereta kawan yang punya
Balik sekeluarga di Seri Menanti
Kerja yang banyak ada hikmatnya
Pengalaman
diperolehi rezeki menanti

Buat ketupat daun palas
Beri kawan tunggu jeti
Kerja di dunia hendaklah iklas
Agar hidup sentiasa diRahmati

Jumaat, 25 September 2009

SELAMAT DATANG KE NEGERI KEDAH

Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran.

Terdapat banyak tempat yang menarik di Malaysia untuk dilawati, di sini kami akan membawa anda untuk melawat Negeri Kedah sebagai destanasi pelancungan. Terdapat banyak kawasan dan tempat yang perlu anda kunjungi:-
Lokasi : Langkawi
Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai digunakan untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat.

Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai ?ora dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Lokasi: Jitra
Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keistimewaan disini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai fora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah.

Lokasi : Baling
Hutan Lipur Latar Bayu terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.
Lokasi : Kulim
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak.
KEDAH SEDANG MEMBANGUN