


Dari jeti Lumut , kita menaiki bot dan akan terus membawa kita ke Pulau Pangkor. Keindahan di Pulau ini yang bersih, redup dipenuhi pokok-pokok kelapa dan hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.
Selain itu, tarikan yang terletak di pulau ini membuatkan kita ingin melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar Negara. Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.
Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan menyeronokkan. Jika kita ingin bersiar di pulau ini kenderaan sewa disediakan, sama ada naik van secara berkumpulan, atau sewa motor secara bersendirian mengelilingi kawasan pulau, terpulang kepada anda. Yang pastinya ia dapat menjanjikan percutian yang terbaik buat keluarga anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan