HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 15 April 2010

KEDAH MAJU NIKMAT UNTUK SEMUA

Kedah sejahtera kunci penyatuan Ummah. Lokasi: kunci air di kawasan sawah padi di Tualang, Pokok Sena.Memukat ikan naik kereta
Ikannya banyak di dalam paya
Kedah sejahtera selogan kita
Pemimpin sederhana rakyat berjaya

Getah ditebang tanam semula
Pokok dijual mahal harganya
Kerajaan prehatin bukan digula
Nikmat dirasai untuk rakyatnya

Rabu, 14 April 2010

KITA BERMINAT TUBUH SEKOLAH ANTARABANGSA

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) VISI: Menjadi sebuah universiti yang sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.MISI: INSANIAH akan mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu.Kerajaan Negeri mendapat permintaan daripada Kulim Industries Tenant Association (KITA) untuk menubuhkan Sekolah Antarabangsa di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sekolah tersebut.

“Universiti di Turki juga turut menawarkan kepada Kerajaan Negeri di mana sebahagiannya adalah di Istanbul dan ini menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memilih negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoA antara Malaysian Turkish Dialogue Society dan Kolej Universiti Insaniah di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menjelaskan, Kolej Universiti Insaniah menawarkan 41 program dan kampus tetap di Kuala Ketil sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

“Kita juga sedang berusaha mendapatkan pensyarah sebelum menubuhkan Fakulti Perubatan dan pengambilan pelajar untuk program perubatan akan bermula pada bulan Julai dan Ogos 2010,” ujarnya.

Daripada 3,000 pelajar, tambahnya, seramai 4,000 pelajar akan diambil untuk mengikuti program yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah.

Majlis menandatangani MoA itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Turki di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Puan Serap Attay.
(Sumber : Warta Kedah Sejahtera)

Selasa, 13 April 2010

SISTEM TOREHAN INTENSITI RENDAH (LITS)

Pokok getah muda, tapak torehan baru dibuka, pengeluaran lateks banyak. Lokasi : Kampung Bukit Lala, Pokok Sena Sains dan teknologi bukan saja dimanfaatkan untuk memudahkan tugas seharian manusia tetapi juga mampu meningkatkan pendapatan jika digunakan untuk mencapai matlamat yang betul.

Penggunaan bahan kimia atau manipulasi secara bioteknologi dalam bidang pertanian contohnya berupaya meningkatkan hasil tanaman. Hari ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjaya mengubah stigma itu dengan membantu pekebun kecil getah.

Teknologi yang digunakan adalah penggunaan bahan kimia etilena (dalam bentuk gas) dan etefon (cecair) bagi merangsangkan kulit pokok getah. Bahan kimia cecair yang disapu pada kulit pokok getah (pada bahagian torehan) menyebabkan tindak balas dengan tisu kulit kayu (foloem). Reaksi yang sama juga berlaku jika tabung gas etilena dilekap kepada kulit pokok getah.

Tindak balas antara tisu kulit kayu dengan bahan kimia menyebabkan saluran lateks dalam kulit kayu getah lambat membeku. Ini mengakibatkan aliran susu getah untuk tempoh yang lebih lama selepas ditoreh berbanding pokok yang tidak dirangsangkan dengan bahan kimia.

Saluran lateks pada kulit kayu getah akan membeku dalam tempoh beberapa jam tanpa bahan kimia rangsangan itu. Aliran keluar susu getah yang lebih lama selepas dirangsang dengan bahan kimia bukan saja menghasilkan lateks yang lebih banyak tetapi juga membolehkan kerja torehan dilakukan antara empat hingga enam hari sekali atau purata dua kali seminggu.

Kaedah torehan yang tidak perlu dilakukan setiap hari seperti cara biasa itu dinamakan torehan Intensiti Rendah atau lebih dikenali sebagai LITS (Low Intensity Tapping System) di kebun-kebun dan ladang getah di negara ini adalah merupakan satu teknologi pengeluaran getah terkini yang telah diperkenalkan oleh LGM bagi mengurangkan keperluan tenaga buruh dan pada masa yang sama meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil.

Kaedah khas untuk pokok yang dirangsang dengan bahan kimia etilena atau etafon. Kaedah rangsangan menggunakan gas dinamakan RRIMflow manakala yang menggunakan cecair etefon dipanggil ReactoRRIM. Kedua-dua kaedah manipulasi pokok getah itu adalah yang pertama dicipta dalam industri tanaman komoditi berkenaan.
(Sumber Info ringkas : LGM)

Isnin, 12 April 2010

KATAK BERKELIARAN DI TEPI SAWAH

Jika anda kaki pancing, katak mudah diperolehi di tepi sawah dan anda boleh gunakannya sebagai umpan alternatif. Lokasi : kampung Kepala Bendang, Tualang


Katak melompat kanan dan kiri

Tersilap langkah jatuh ke duri
Hujah diberi jawapan dicari
Elak sengketa wajah berseri

Ceramah Live :13 April 2010 jam 9.30 malam

Ahad, 11 April 2010

KEDAH AGRO

Ternakan itek telur di kampung Bukit Lala, Pokok SenaiUsaha kerajaan negeri merakyatkan projek-projek pertanian mendapat sokongan padu daripada Kedah Agro Holdings Berhad bagi meingkatkan taraf ekonomi rakyat serta meningkatkan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) sektor pertanian negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dalam usaha memaksimakan penglibatan rakyat dalam program pertanian, kerajaan negeri juga dapat mengurangkan import produk makanan.

“Adalah menjadi hasrat Menteri Besar untuk melibatkan rakyat dalam sektor pertanian, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan pasaran terlebih dahulu bagi mengelakkan kos pengeluaran yang tinggi serta memastikan rakyat mendapat hasil daripada usaha mereka.

“Oleh itu Kedah Agro bukan sahaja membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian, malah mereka (Kedah Agro) juga perlu memastikan penglibatan rakyat semaksimum yang mungkin dalam projek-projek pertanian negeri,” ujar beliau pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Kumpulan Kedah Agro di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah sebahagian daripada projek yang dirancangkan melalui Kedah Agro Holdings Berhad dan merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerajaan dalam merakyatkan program ekonomi.

Memorandum persefahaman antara Kedah Agro Plantations Sdn Bhd (KAPSB) dengan pemilik tanah terbiar di Kampung Teluk Sera, Sidam Kanan, Kulim membabitkan keluasan tanah 20 hektar yang bakal ditanam dengan kelapa sawit.

“Projek usahasama ini merupakan CSR kita, di mana penduduk kampung dikehendaki menyediakan tanah, manakalan Kedah Agro menyediakan modal serta pengurusan penanaman kelapa sawit yang mana keuntungan akan diagihkan sama rata, iaitu 50-50.

“Penglibatan 24 peserta dalam projek ini telah ditetapkan dalam tempoh 15 tahun, kos pelaksanaan adalah RM220,000 telah dipinjamkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah dan akan memulakan operasi pada 1 Mei.

“Melalui projek ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung, dan merupakan projek perintis sebelum ianya dikembangkan ke tanah-tanah terbiar yang lain,” jelas beliau.

Tambah beliau, projek usahasama kedua adalah projek pengumpulan kuarantin dan penjualan lembu daging di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu antara Kedah Agro Livestock Sdn Bhd dengan Green Agro Sdn Bhd di atas tapak seluas 46.8 ekar.

“Kedah Agro Livestock menyewa tapak ini daripada PKNK selama 10 tahun, dan projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Green Agro sebanyak RM2 juta.

“Apabila lembu dikuarantin di kampung ini, maka sudah tentu lembu-lembu ini memerlukan makanan, maka ia memerlukan penglibatan penduduk kampung untuk menyediakan makanan tersebut, ianya dicaj, jadi ianya menjadi peluang penduduk kampung meningkatkan pendapatan mereka,” ujar beliau.

Projek ketiga merupakan perjanjian usahasama antara Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd dengan syarikat bumiputera Golden Protections Sdn Bhd dari Pulau Pinang bagi penternakan dan pembenihan ikan kerpau harimau.

“Projek ini juga akan melibatkan penduduk tempatan dan kos RM10 juta dibiayai oleh sepenuhnya oleh Golden Protections Sdn Bhd, manakala Kedah Agro Aquaculture menyediakan kemudahan peralatan serta tenaga mahir dalam bidang ternakan ikan kerapu harimau,” jelas beliau.
(Sumber : Warta Kedah)

Sabtu, 10 April 2010

AIR PERIGI

Sumber alternatif 'air berseh' masih mampu kami perolehi di kampung kami di Bukit Lala, Pokok Sena
@tiblakedah.blogspot.com
Pada masa dahulu, air perigi merupakan sumber utama bekalan air bersih tetapi hari ini, dengan terbinanya banyak rumah dan tandas kumbahan, menyebabkan air perigi sudah tidak selamat lagi untuk diminum.


Jalan penduduk kampung ke kawasan kebun getah.
Kami penduduk di Bukit Lala, pekara ini tidak menjadi masallah. Rumah kami terletak berjauhan di antara satu dengan yang lain. Kami menggunakan air paip dan air perigi. Air perigi biasanya kami mengunakan timba atau pam letrik. Pam letrik mampu kami miliki dan boleh dibeli hanya dengan harga RM 100 seunit

Kawasan persekitaran yang menghijau udaranya masih bersih dan segar, mampu memberi keselesaan bagi penduduk di kampung kami.
Air perigi di sini masih belum tecemar kerana jauh dari kawasan perindustrian. Airnya masih jernih dan rasanya amat sesuai kepada mereka yang suka minum air mineral. Sekiranya bekalan air paip putus kami tidak risau kerana air perigi masih boleh digunakan.

Kejernihan air sungai di Kepala Bendang, Tualang masih boleh digunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.
Kita harus ingat bahawa dengan adanya projek perumahaan yang sangat pesat di kawasan bandar, kemungkinan satu hari nanti sumber air akan berkurangan. Kami di sini telah mengambil langkah alternatif degan mengekalkan air perigi di kampung kami. Bak kata peribahasa "Sediakan payung sebelum hujan".

Jumaat, 9 April 2010

SOMBONG - SIFAT TERCELA, JAUHILAH

Gambar hiasan : Rumah kampung di Dehrang, Pokok Sena - atap genting atap rembiaOrang sombong memang tidak selalu orang yang kaya, orang yang pintar, ataupun orang yang tampan. Yang jelas ciri orang yang sombong tidak lain adalah:

1. Mendustakan kebenaran
2. Menggangap rendah orang lain

Ciri yang pertama sudah jelas, kita adalah orang yang sangat sombong jika tidak mau mengakui kebenaran. Bahkan bisa jadi kemudian kita malah mengarang kebohongan untuk menutupi kebenaran itu. Ingat, sekali berbohong, maka selanjutnya kita akan terus berbohong, lagi, dan lagi…

Ciri yang kedua mungkin seringkali kita pandang remeh. Kita menganggap diri kita lebih tinggi derajatnya dibanding orang lain. Ujung-ujungnya, kita tidak terlalu menghargai orang lain, dan disengaja atau tidak kita bisa melukai hati dan perasaan orang yang kita anggap rendah tersebut.

Apakah ciri itu ada pada diri kita? Jika iya, segera mohon maaf, kita bukanlah orang yang sempurna, punya banyak kekurangan.Dengan mengetahui kekurangan diri, kita boleh terus memperbaiki diri.

Rasulullah pernah bersabda: “Tidak akan masuk surga, barang siapa yang dihatinya ada kesombongan, ketakaburan walau sebesar zarrah” (Al Hadist).

"Musuh kehidupan yang paling besar ialah sifat takabur"