

Sejak saya berumur 6 tahun saya sudah mula mengikut emak dan bapa saya pergi menoreh getah. Pada masa itu hanya ikut untuk suka-suka sahaja. Lebih banyak bermain daripada menolong. Pada masa itu kami mengumpulkan susu untuk dijadikan getah keping. (Rubber smoke).

Sejak dari kecil saya sudah biasa berjalan kaki setiap hari ke kebun dan ke sekolah . Bila saya sudah mula bersekolah dalam darjah satu, tugas pertama di kebun getah ialah kena pungut susu getah dalam cawan getah dan dikumpulkan dalam timba. Adakalanya kena marah, disebabkan susu getah tumpah akibat tersepak akar kayu di kawasan kebun. Inilah aktiviti harian saya lakukan ketika cuti sekolah iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.


Apabila saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan Enam di Sultanah Asmah saya jarang dapat menolong mereka kerana sibuk dengan megulangkaji pelajaran sehinggalah saya mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur pada tahun 1978. Saya bertemu jodah pada tahun 1981. Selepas berkahwin sehinggalah sekarang saya sudah tidak lagi pergi menoreh.
(Sumber: Pengalaman Isteriku)
TAHUKAH ANDA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan