HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 7 Oktober 2009

TUNAIKAN AMANAH

Pasukan tentera menjaga Negara
Negara aman rakyat bermarwah
Jika mahu rakyat bebas bersuara
Masa mengundi elak diraswah

Isa adalah nama manusia
Isa juga adalah akta hasutan
Jika hidup sudah ditelan usia
Semoga yang baik jadi sebutan


Jumpa buah di sungai terus dimakan
Datang berkeluarga untuk berkelah
Jika keadilan tidak ditegakkan
Jadilah rakyat dibelenggu masaalah


Barang Naik amat ketara
Rakyat bawahan sukar berbelanja
Jika dah tahu hidup ini sementara
Kenapa maksiat yang keji selalu dijaja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan