Kelantan distinasi pelancung yang unik dan menarik untuk dilawati.
KOTA BHARU 12 Dis. 2008 (Utusan 13 Dis 2008) - Kerajaan Melaka menarik balik arahan yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, larangan tersebut ditarik balik selepas lapan tahun kerana Pas tidak lagi menuduh ahli-ahli UMNO sebagai bukan Islam.
Bermula hari ini, katanya, agensi kerajaan negeri tersebut boleh mengadakan lawatan rasmi di Kelantan tanpa sebarang sekatan. "Larangan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan ditarik balik sebab saya tengok mereka (kerajaan Pas Kelantan) tidak lagi mengatakan kita tidak Islam.
"Bermula hari ini semua rakyat Melaka bebas untuk mengadakan lawatan ke sini dan bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka telah datang ke sini sendiri hari ini.
"Sebelum ini ada kita datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow.Ia diadakan bagi mempromosikan produk pelancongan Melaka di negeri ini.
Arahan melarang kakitangan agensi kerajaan lawat kelantan
Orang Arab kecek Kelate.