HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 4 Mei 2015

JASA YANG BAIK PASTI DIKENANG


Tepi rumah tanam kelapa
Dalam kolam bela ikan
Hak memilih rakyat tentukan


Tangkap ikan tepi jambatan
Kenderaan diletakan di tepi jalan
Sekadar mahu tuntut keadilan


• Rehat sekejap setelah bersihkan kawasan rumah.
• Jambatan kayu merentangi sungai Santap.
• Menjawap isu BR1M dan GST- Tun Daim Zainuddin.

Khamis, 30 April 2015

ADAKAH INI HANYA LAKUNAN


Tengahari langit cerah
Waktu petang hujan turun
Rakyat tanya jangan marah
Pemimpin berbalah adakah cuma berlakun


Halaman bersih sentiasa diurus
Jika  tidak dipenuhi daun
Kena berjimat hutang negara sudah bertimbun 

• Rumput karpet hijau subur di musim hujan.
• Bersihkan daun-daun kawasan tepi pagar.

Rabu, 29 April 2015

BERILAH PENJELASAN YANG BETUL


Pagi-pagi sudah bekerja
Persekitaran bersih rasa selesa
Jika negara boros berbelanja
Hutang banyak rakyat menjadi mangsa


Persekitaran indah hijaunya pepohon
Halaman bersih penuh kehijauan
Rakyat keliru ingin pencerahan


• Rehat sebentar setelah bersihkan kawasan.
• Persekitaran hijau pokok-pokok dan halamaan
• Orang tak tahu apa Dato Mazlan Cakap- Tun Dr. Mahatir.

Isnin, 27 April 2015

NEGARA SEMAKIN KALUT


Potong dahan pokok belimbing
Buahnya banyak tidak berbalut
Tun Mahathir bukan buat bising
Kerajaan sekarang semakin kalut


Berdiri lama sakit lutut
Rehat sebentar di kawasan teratak
Pemimpin berbalah hati tersentak

• Bersihkan buah belimbing yang rosak tidak berbalut.
• Rehat sebentar di kawasan teratak.

Ahad, 26 April 2015

MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA


Basuh tangan guna air tempayan
Tempayan leetah di tepi tangga
Bertindak terburu-buru terima balasan
Menyesal kemudian tidak berguna 


Penoreh dan pesawah kami di Bukit Lala
Ada kebun ada yang ambil upah saja
Rakyat bawahan perlu dibela
GST dikenakan beban bertimpa-timpa


• Ambil air di dalam tempayan.
• Sawah padi di kampung Bukit Lala .
• Tun Mahatir bicara Negarawan.

Khamis, 23 April 2015

BERJANJI MEMANNYA MUDAH


Semaian dicabut ditanam sudah
Kawasan sawah sudah pun berair
Masa berjanji lembutnya lidah
Masa membayar janji dimungkir


Bela biri-biri tidaklah sukar
Beli dedak diberi makan 
Tiba masanya utang tidak dibayar
Hidup dalam kegelisahan tidakan aman

• Sawah di kampung Sungai Pinang.
• Beri itek makan di waktu pagi.

Rabu, 22 April 2015

HARTA YANG MEMBAWA BERKAT


Melihat ikan dedak diberi
Bersarapan pagi dengan kopi 
Semoga wajah ceria berseri
Harta yang halal Allah berkati


Lalu di sawah melintas titi
Ikut titi perjalanan dekat
Harta halal lagi diberkati
Selamat di dunia membawa akhirat

• Menu sarapan pagi hari ini.
• Titi kayu di kampung Kubang Lintah.