HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 8 April 2015

MENJADI TANDA TANYA


Pencetus minda akbar Sinar
Akbar terlaris boleh percaya
Jika dijawap penuh tanda tanya 


Potong rumput melintas titi
Rumput diberi lembu makan
Jangan sampai rakyat hilang pertimbangan

• Kenderaan Akbar Sinar datang ke Bukit Lala.
• Titi kayu di kawasan sawah di Tualang.

Sabtu, 4 April 2015

AJAL DAN KETENTUAN


Rumput menghijau selepas hujan
Waktu petang hujannya lebat
Hidup di dunia tanpa panduan
Saat kematian taubat terlewat 


Rehat sekejap di kawasan halaman
Bersehkan halaman terasa penat
Ajal sampai satu kepastian
Tiada undur walau pun sesaat

• Rumput menghijau daun yang luruh sudah menghijau.
• Pondok rehat di halaman rumah.

Khamis, 2 April 2015

HANYA MENUNGGU MASA


Buat bangku nampaknya kukuh
Kayu diguna sudah terpaki
Hanya menunggu masa yang sesuai 


Waktu petang angin bertiup
Tiupan anginnya terasa segar 
Masakan bangkai gajah boleh ditutup
Jika terhidu pasti diselongkar 

• Buat bangku daripada kayu terpakai.
• Pemandangan di tepi kolam di waktu petang.

Selasa, 31 Mac 2015

GST SUDAH BERMULA


Dapatkan ikan tangkapnya mudah
Cuma sauk tidak payah dijala 
Wacana sudah forum sudah nyany pun sudah
GST di Malaysia akan bermula 


Hujan turun di waktu petang
Sudah lama tidak hujan
GST dah tiba rakyat bimbang  
Peniaga cari untung ambil kesempetan 


• Kolam ikan hiasi halaman.
• Pemandangan di waktu petang.
• Mr. Bie - Parodi " Apa khabar GST "

Khamis, 19 Mac 2015

BUDAYA BERHUTANG


Rehat di kolam di waktu petang
Beri makan ikan ditabur dedak 
Hidup bermewah terpaksa berhutang
Hutang tertunggak dibayar tidak 


Sudah lama tiada hujan
Berteduh di pondok pohon kehijauan
Bayak berhutang  dibayangi kerisauan
Sentiasa diselubungi dengan ketakutan 

• Kolam ikan hiasi halaman.
• Pemandangan di waktu petang, panas terik.

Jumaat, 13 Mac 2015

RAKYAT BERKORBAN


Air telaga  dibuat minum
Dipam naik di waktu pagi
Jika  sudah diketahui umum
Mana mungkin disorok lagi


Seawal pagi kutip skrup
Sekrup dihimpun di bahagian hadapan
'Goods services and tax' rakyat mengharap
Disuruh berkorban jangan terkorban

• Pancutan air gunakan air telaga.
• Skrup dikumpul di kaw asan kebun.

Khamis, 12 Mac 2015

ISTIKOMAH DALAM PERJUANGAN


Tebang pokok gunakan kapak
Buat meja letak di halaman
Jika takut dilanda ombak
Usah bicara soal perjuangan


Sawah menghijau nampaknya luas
Tepi terusan didirikan rumah 
Bila berjuang perlulah iklas
Jangan undur sentiasa istikomah

• Meja dibuat dari batang pokok.
• Rumah kampung di kampung Tualang.