HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 28 Februari 2015

SENTIASA BERINGAT


Persekitaran hijau disinari mentari
Angin bertiup terasa sejuk
Minyak naik hari ini
Disuruh bangun baru nak duduk 


Cuca panas membawa ke petang
Rehat di kolam kepanasan kurang
Hidup kita jangan berhutang
Perlu bermula dari sekarang

• Pemandangan di halaman rumah.
• Kolam ikan di tepi rumah.

Isnin, 23 Februari 2015

SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI


Rehat santai di tepi dapur
Cucu senyum wajah ceria
Rezeki yang ada banyakan bersyukur
Apa yang kurang terimalah seadanya 


Kawasan sawah banyak titi
Mudah diguna untuk petani
Dengan ibubapa sentiasa berbakti
Semoga kehidupan Allah berkati


• Cucu bermain di tepi kolam.
• Kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Kuliah terakhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Jumaat, 20 Februari 2015

API DALAM SEKAM


Pisau diasah suda pun tajam
Cuaca dingin langitpun cerah
Bagikan api di dalam sekam
Jika dibiarkan negarakan musnah


Tengahari duduk di beranda
Cuaca panas langit cerah
Jikalau tidak berada-ada
Masakan tempua bersarang rendah

• Penoreh getah di kebun Bukit Lala.
• Waktu petang di beranda .

Khamis, 19 Februari 2015

HATI-HATI SEMOGA SELAMAT SAMPAI


Beri dedah ikan berkeliaran
Dedah direbut menghilang di bawah teratai
Balik bercuti di musim perayaan
Berhati-hati semoga selamat sampai


Depan tangga diletakkan tempayan
Boleh basuk kaki dan juga tangan
Cuti panjang secara kebetulan
Kesempatan yang ada ziarah saudara dan kawan

• Kolam ikan di tepi halaman tibla.
• Pondok rehat di kawasan halaman.

Rabu, 18 Februari 2015

ERATKAN PERSAUDARAAN


Beri makan ikan di tepi kolam
Burung berterbangan mencari makan
Kerinduan cucu amat mendalam
Mengharapkan pulang di musim perayaan


Biri-biri pulang di waktu petang
Pulang ke kandang lalu di halaman 
Cuti panjang ambillah peluang
Ziarahlah keluarga, kawan-kawan eratkan hubungan


• Kolam ikan di tepi halaman tibla.
• Biri-biri makan di halaman.
• Nabi Adam di gunung Jerai? - Ustaz Ahmad Jalani.

Ahad, 15 Februari 2015

AKHIRAT ADALAH MATLAMAT


Rehat sebentar sebelum solat
Duduk di wakaf tepi perkuburan
Dunia sementara akhirat matlamat
Kita akan dikembalikan itulah keyakinan


Singgah solat di masjid Derga
Solat berjemaah belum terlewat
Kematian datang tidak diduga
Pohonlah keampunan jangan terlambat 

• Perkuburan Alor Malai, Alor Setar, Kedah.
• Kawasan masjid di Derga. Alor Setar.

Khamis, 12 Februari 2015

TUAN GURU DATO NIK ABD AZIZ TELAH KEMBALI RAMHATULLAH



Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka pada 12 Oktober 2015. jam 9.45 malam ini.(malam Jumaat)

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.


Jenazahnya akan disembahayangkan pada pukul 10.00 pagi 13 Feb. 2018 mengikut lapuran yang dikeluarkan oleh anak Allahyarham  Nik Abduh.

Marilah kita sama-sama mendoakan semogga Allah SWT merahmati rohnya dan menempatkan bersama dikalangan solihin insya Allah.



• Bergambar bersama Tuan Guru Nik Aziz dihadapan rumah beliau kebetulan sempena hari lahir saya yang ke 41 tahun, 1 Oktober 1997. Kami sekeluarga meziarahi anak saya yang belajar di Sekolah Darul Anuar di Pulau Melaka

• Selambut Wajahmu buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Yatt Hamzah..