HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 29 April 2014

MISTERI


Waktu pagi cerah kelihatan
Hujan turun di waktu petang
Hilangnya misteri berbagai andaian
Jangan dibiarkan sejarah berulang


Rehat di halaman di waktu pagi
Letih menyapu banyak berdiri

Kita yang mengharap terlalu tinggi
Amerika ada agenda tersendiri




• Halaman rumah bahagian tepi.
• Membersihkan halaman rumah.
• Kena pandai pilih kawan.

Isnin, 28 April 2014

PEMIMPIN DAN RAKYAT


Ke Pulau Pinang lalu jambatan
Tinggal menginap di Hotel Tabung Haji
Utusan Malaysia sering jadi sebutan
Bersikap berat sebelah masyarakat membenci 



Tinggal di hotel tidaklah murah
Biliknya selesa nampak luas

Pakatan Rakyat mampu memerentah
Berilah peluang pasti digalas


• Dalam perjalanan ke Pulau Pinang.
• Bahagian hadapan hotel Tabung Haji Pulau Pimang.

Isnin, 14 April 2014

SENTIASA BERINGAT


Kereta lama jalannya semput
Terasa jauh walaupun dekat
Gaji dua ribu masih tak cukup
Petanda kos sara hidup sudah meningkat



Cangkul tanah di tepi halaman
Letih badan berehat terus

Hutang negara rakyat dibeban
Kerajaan dipilih diingat janganlah boros




• Laluan jalan kampung di Bukit Lala.
• Rehat santai di bawah pohon.
• Suratan atau kebetulan - Dr. Maza.

Sabtu, 12 April 2014

HILANG ARAH TANPA PANDUAN


Buak kwinin tepi halaman
Bila masak enaknya aroma
Negara demokrasi sistem amalan
Kritikan dan teguran harus diterima



Rehat santai di halaman hadapan
Bungi-bungi burung lama termenung
Keseronokan di dunia perlu panduan
Panduan dilanggar terbabas ke gaung


• Buah kwinin ditanam tepi kolam.
• Rehat santai di bawah pohon bambu.

Jumaat, 11 April 2014

KEMISKINAN YANG MENDATANG


Lateks yang mengalir amat sedikit
Sambung menoreh di waktu petang

Kehidupan rakyat mangkin tersepit
Kian dibebani kemiskinan mendatang



Rehat di halaman terlalu lama
Letih berkerja makan pun lalu
Kesusahan rakyat perlu diutama
Jangan membazir pekara yang tidak perlu

• Pemandangan di waktu petang di kebun getah.
• Halaman bersih indah dipandang.

Khamis, 10 April 2014

MASA DEPAN KIAN MENCABAR



Rehat di halaman di waktu pagi
Persekitan hijau udara segar
Pemimpin datang pemimpin pergi
Rakyat berubar kerajaan bertukar


Rumput panjang potong rumput
Rumput dikumpul gunakan cakar

Pelancong diculik wang tebusan dituntut
Masa depan negara semakin tercabar


• Pemandangan di waktu pagi di halaman rumah.
• Bersihkan halaman setelah rumput dimesin.

Selasa, 8 April 2014

MENJERAT LEHER DIRI SENDIRI


Bangun pagi sejuk mengigil
Tiada air mandi di kolam
Pandangan diberi biarlah adil
Kena pembangkan cepatnya menghukum



Mandi di kolam airnya jernih
Rasa segar dibuat mandi
Hukuman dilaksana berpilih-pilih
Lambat laun menjerat diri



• Pemandangan di waktu pagi di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Kolam, airnya jernih sesuai juga untuk mandi.