HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 31 Disember 2013


Melawat kampung-kampung jalan kembara 
Sampai di bukit udaranya segar 
Pemimpin selesa rakyat sengsara
Rakyat berhak untuk menukar


Memancing ikan guna perahu
Di bawah jambatan dipasang pukat
Pemimpin dan rakyat berganding bahu 
Supaya hubungan semangkin dekat 


• Kawasan berbukit di Wang Tepus, Jitra. 
• Sungai di kampung di Tualang. 
• Selamat menyambut tahun baru 2014. 

Isnin, 30 Disember 2013

MALAYSIA NEGARA KITA


Duduk memancing terlalu lama 
Ikan dipancing banyaklah juga 
1Malaysia negara kita bersama
Hak bersama perlu dijaga 



Guna pukat menangkap ikan
Ikan yang dapat dijual di pekan
Barang naik perlu fikir-fikirkan
Jangan sampai rakyat tertekan


• Kawasan terusan di kampung Tualang.
• Menmukat di sungai Tualang.

Ahad, 29 Disember 2013

PROPAGANDA YANG MENAKUTKAN


Waktu petang suka berjalan 
Jalan di sawah melihat keindahan 
Kos sara hidup naik rakyat cuma luahkan perasaan
Propaganda gulingkan kerajaan amaran menakutkan



Pagi-pagi rehat di halaman
Santai sekeluarga menjamu sarapan
Negara demokrasi rakyat ikut peraturan
Dengan undi rakyat buat pilihan


• Sawah di kampung Bukit Lala.
• Pondok di halaman rumah.

Sabtu, 28 Disember 2013

DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT


Jalan di bandar Alor Setar tidaklah sesak
Perjalanan lancar tidak pelahan 
Jika aduan rakyat sudah sampai ke puncak
Parlimen dibubar rakyat buat perubahan



Sawah dibaja padinya subur
Rumput dipotong persekitaran cerah
Rakyat disuruh sentiasa bersyukur
Pemimpin ditegur janganlah marah




• Jalan di bandar Alor Setar.
• Sawah di kawasan Hutan Kampung.
• Prof. Agis - Barang naik: Apa yang dibangkang. 

Jumaat, 27 Disember 2013

URUS WANG RAKYAT DENGAN BAIK


Taman rusa sentiasa diurus
Boleh diberi makan dari dekat 
Kerajaan dipilih mampu mengurus
Harta negara amanah rakyat



Pagi ke kebun petang ke sawah
Naik basikal lintas titi jalannya dekat
Wang rakyat adalah amanah
Jika diseleweng khianati rakyat 


• Melawat ke ladang rusa UUM Sintok.
• Berbasikal ke sawah di kampung Tualang.

Khamis, 26 Disember 2013

KERAJAAN PILIHAN RAKYAT


Jalan redup cuaca dingin
Selesa berbasikal ke kuliah berdekatan
Kerajaan digulingkan manakan mungkin
Cuma luahan dalam perhimpunan




Kelapa percuma tidak payah dibeli
Tanamnya mudah tidaklah sukar

Derita rakyat tidak dipeduli
Undi berharga kerajaan mampu ditukar


• Ke pusat pengajian ilmu Islam kawasan Kubang Pasu.
• Tanaman pokok kelapa di kawasan sawah di Tualang.

Rabu, 25 Disember 2013

RAKYAT SEDAR


Getah ditoreh lateksnya banyak
peraturan membajar sentiasa diikut
Kesedaran rakyat sudah memuncak
Tuduhan melulu tidaklah patut





Potong rumput terasa letih
Cuaca panas langitnya cerah

Kerajaan berkuasa rakyat yang pilih
Lima tahun sekali kuasa mengubah



• Kebun getah di kampung Bukit Lala..
• Potong rumput untuk makanan lembu di Kubang Lintah.