Selasa, 30 Julai 2013
KEYAKINAN YANG PASTI
Rehat di perkuburan menunggu solat
Memandang jauh penuh keingsafan
Ramadan akan ditinggalkan sudah pun dekat
Semoga dibebaskan dari api neraka itulah harapan
Jumaat, 19 Julai 2013
REBUTLAH PELUANG
Potong kayu boleh diguna
Untuk diguna bila bekalan putus
Masa berkerja rasa nak lena
Tidur sebentar jangan terus
Sudah bersih sampah dikaut
Diangkut dibuang lalu dititi
Bulan Ramadan peluang direbut
Jika ditinggal akan datang belumnya pasti
• Atas: Hiasilah halaman dengan kehijauan.
• Bawah: Ceriakan halaman bersih dan hijau.
Isnin, 15 Julai 2013
Melihat kebun duduk di tangga
Persekitaran
hijau udara selesa
Badan sihat rasa lega
Ramadan Karim selamat berpuasa
Badan sihat rasa lega
Ramadan Karim selamat berpuasa
Tanam pula di belakang rumah
Fitnah dan
bohong kawallah diri
Ramadan Karim perlu berubah
·
Atas:
Berehat di atas pangkin di bawah pokok.
·
Bawah:
Pokok pisang ditanam untuk hiasan laman.
Selasa, 9 Julai 2013
Kawasan paya ditahan taut
Penat berjalan rehat di titi
Kiri kanan untung dikaut
Rakyat menunggu janji ditepati
Kawasan kampung jual air kelapa
Termasuk ‘coconut shake’ banyak yang laku
Beban ditanggung bertimpa-timpa
Malam gelap jalan berliku
• Atas: Pemandangan di kawasan warung makan di Langgar.
• Bawah: Warung ‘coconut shake’ di Batu 13, Pokok Sena.
Ahad, 30 Jun 2013
ILMU YANG BERGUNA
Rehat di pondok terus terlena
Cucu datang duduk di hadapan
Ilmu bermanafat amat berguna
Memberi cahaya dalam kehidupan
Kerja kebun terasa penat
Kebun dibersihkan sudah pun cerah
Amalan dikerjakan maktlamat akhirat
Sebagai bekalan menemui Allah
• Atas: Membersehkan halaman ditemani cucu.
• Bawah: Berkebun sayur d halaman rumah.
Isnin, 24 Jun 2013
ISLAM TEMPAT BERPAUT
Angin petang bertiup lembut
Berehat di beranda selepas solat
Jika rapuh tempat berpaut
Mana mungkin kita selamat
Persekitaran hijau suasana ceria
Langit cerah pemandangan mudah dilihat
Islam sejahtera nikmat untuk semua
Keadilan tertegak pasti selamat
• Atas: Pemandangan di waktu petang di halaman.
• Bawah: Persekitaran hijau menceriakan suasana.
• Youtube: Sebelum tutup mata, kerja, kerja..
Khamis, 20 Jun 2013
KELUHAN RAKYAT JANGAN DIABAI
Padi menghijau awan cerah
Daun kelapa melambai-lambai
Tambang naik getah murah
Keluhan rakyat jangan diabai
Cuaca cerah disinari mentari
Pohon menghijau indahnya suasana
Pemimpin dipilih amanah diberi
Kepetingan rakyat hendaklah dijaga
• Atas: Sawah padi di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan asram pelajar UITM Sintok, Kedah.
Langgan:
Catatan (Atom)