HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 17 Januari 2013

KEANGKUHAN MEMBAWA PADAH


Skrup dikumpul banyak yang dapat 
Harganya yang dijual sering berubah 
Rakyat diperbodokan tak kira tempat 
Tindakan keterlaluan membawa padah 


Semaian ditanam siapnya sudah 
Datangnya pula seawal pagi 
Fitnah dan pembohongan membawa padah 
Akhbar tidak dipercayai tentunya rugi


• Atas: Skrub dikumpul di kebun getah sebelum dijual Bukit Lala. 
• Bawah: Menoreh getah tua di kampung Bukit Lala. 
• Youtube: Dr. Asri – Firaun when I speak you all listen.

Rabu, 16 Januari 2013

KERAJAAN ADALAH PILAHAN RAKYAT


Jalan pelahan di jambatan pengadang dipaut 
Sungainya bersih bolehlah mandi 
Barisan diguling peraturan diikut 
Ketidakadilan diterjemahkan di peti undi


Pokok getah tua ditoreh biasanya lambat 
Pelbagai teknik diguna sentiasa dicuba 
Suara rakyat suaranya keramat 
Pastinya diubah bila pilihanraya tiba

• Atas: Jambatan kayu di Kepala Bendang Mukim Tualang. 
• Bawah: Menoreh getah tua di kampung Bukit Lala. 
• Youtube: Listen: Saya tak sangka video itu meletop - KS Bawani

Selasa, 15 Januari 2013

'LISTEN, LISTEN, LISTEN'




Rusa dilihat di luar pagar 
Jarang terlepas sentiasa diawasi 
Rakyat ditekan banyakkan bersabar 
Perubahan besar belaku itulah yang pasti 

Hari cuti melawat kawan 
Duduk berbuat di kawasan taman 
Suara mahasiswa pencetus perubahaan 
Bakal memimpin genarasi masa depan

LISTEN, LISTEN, LISTEN - Apa bicara mereka

Isnin, 14 Januari 2013

SEMOGA KITA SELAMAT


Jual ikan ke Pokok Sena 
Sebelum pergi lembu ditambat
Islam diperjuankan pasti sempurna 
Diberi petunjuk sepanjang hayat 


Kerja di sawah terasa penat 
Cuaca terik disinari mentari 
Hidup di dunia pasti selamat 
Patuhilah peraturan Allah nikmat disyukuri 

• Atas: Sawah di Kubang Lintah, Mukim Lepai, Bukit Pinang. 
• Bawah: Sawah di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.

Ahad, 13 Januari 2013

BERILAH RUANG KEBEBASAN


Pagi-pagi bersihkan halaman 
Di atas pangkin rehatkan badan 
Tiada probokasi amanlah perhimpunan 
Rakyat bebas memilih usah ditekan 


Sawah diratakan dibuangkan air 
Masa dibajak gunakkan jentera 
Ucapan indah hanya dibibir 
Menjelang pilihanraya bantuan sentiasa segera 


• Atas: Berehat di pangkin halaman rumah. 
• Bawah: Sawah di kampung Kolam Munkim Jabi. Pokok Sena. 
• Youtube: Selembut wajah mu seindah bicara mu.

Sabtu, 12 Januari 2013

BARISAN SUDAH DI PENGHUJUNG


Rehatkan badan kerja keletihan 
Isteri senyum sambil merenung 
Sokongan rakyat pada Pakatan terang-terangan 
Hayat Barisan sudah di penghujung


Lepas ke sawah datang ke sekolah 
Singgah di pasar membeli ikan 
Pilihanraya tiba Barisan dah lelah
Sokongan rakyat bertambah tumbanglah Barisan



• Atas: Berehat di pangkin halaman rumah. 
• Bawah: Ke Sekolah menengah di Bukit Pinang.
• Youtube: KL 112 - Lautan manusia menuju ke Stadium Negara.

Jumaat, 11 Januari 2013

RAKYAT SUDAH BERSEDIA


Mesyuarat selesai bergambar pun sudah 
Gambar diambil cuacanya kedinginan 
Barisan bermasalah perlu diubah 
Pakatan Rakyat sudah buat pilihan 


Hujan renyai sudah pun reda 
Berkereta bersendirian sudah bersedia
Pilihanraya kali ini jauh berbeda 
Jangan tertipu jangan terpedaya



• Atas: Bergambar di hadapan pejabat MRB UK di Brickendonbury. 
• Bawah: Jalan pintas dari kediaman di Helecourt ke Hoddesdon.
• Youtube: Masihkah kau ingat Hertford UK.