HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 November 2011

GENDANG PILIHANRAYA SUDAH BERMULA

Pemandangan di sawah tersangat indah
Udaranya bersih segar dan selamat
Gendang pilhanraya dipukul bermula sudah

Islam dan kedaulatan raja-raja modal penyelamat

Tertidur di pondok terlalu lama
Hujan lebat lena hingga ke tengah hari

Isu melayu dicanang sudah menjelma
Bunyinya hebat sekadar meraih undi



• Atas: Kawasan sawah di Bukit Larik, Pokok Sena.

• Bawah: Teratak Impian Bukit Lala.

• Youtube: " Sharizat tak payah melibatkan wanita ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


Apa mereka kata - sila enter:

Selasa, 29 November 2011

APA YANG RAKYAT INGINKAN SEMAKIN KABUR

Menabur baja di sawah naik basikal
Lalu di kawasan sawah kayuhnya pelahan
Kezaliman yang melampau jangan dibiakan kekal
Rakyat berkuasa lakukanlah perubahan

Melihat pemandangan penuh keindahan
Air jernih di kebel ternampak ikan
‘RUU’ dipinda kaburkan kebenaran
Kebenaran akan hilang rakyat jangan biarkan



• Atas: Mengguna basikal ke sawah di Tualang.

• Bawah: Kebel voltan tinggi di kawasan sawah di Tualang.

• Youtube: Hijau tenang damai – Teratak Impian Bukit Lala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 28 November 2011

MODEM ROSAK DISAMBAR PETIR

Saya memohon maaf kerana kerosakan modem akibat disambar petir... pantun akan sambung hari selasa.

Jumaat, 25 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1433.



Assalamulaikum sempena tahun hijrah saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun Hijrah 1433 kepada Muslimin dan Muslimat di mana jua mereka berada.

Semoga hari-hari yang dilalui akan dipermudahkan oleh Allah dalam kehidupan. Perubahan yang akan dilakukan pastinya akan memberi kemenangan kepada kita. Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan. Jangan sekali-kali berputus asa dengan kegagalan dan kesilapan. Jika kita bersungguh dan sabar pastinya kita akan berjaya insyallah.

Pastikan usaha kita sudah bermula dan dilaksana, jika tidak kita, siapa lagi

Hijrah: dari sekeping hati - Catriona Ross.

Khamis, 24 November 2011

LIHAT DENGAN MATAHATI

Pagar kayu dibena belanjanya jimat
Cantik diipandang mudah diselia

Aktar dipinda sebagai penyelamat
Rakyat tertindas tidak terbela

Persekitaran di kampung udaranya segar
Tinggal lama pasti berbeda

Aktar diganti indahnya kabar
Sekadar menutup kelemahan yang ada



• Atas: Pagar kayu di kampung Bukit Lala.
• Bawah: Itek mencari makan di sawah di Kg. Bukit Lala.
• Youtube: " Queenie Padilla Daughter of Robin Padilla on Hajj ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFFO: QUEEN PADILLA

Rabu, 23 November 2011

KESILAPAN JANGAN DIULANGI

Hujan petang hingga ke malam
Sejuknya mencekap hingga ke tulang

Suara rakyat semakin tengelam
Keadilan dituntut kesilapan jangan diulang


Hujan petang hingga ke malam
Air di paya penuh melimpah

Protes rakyat maknaya amat mendalam
Kezalim dan angku perlu diubah


• Atas: Sungai di kawasan kampung Tualang.

• Bawah: Sungai keruh selepas hujan di kawasan Jitra.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 22 November 2011

DOA DAN HARAPAN

Hujan petang sejuknya cuaca
Rehat di pondok hingga terleka
Banjir datang sentiasa bersedia
Doa dan harapan dijaukan mala petaka

Tinggal di kampung cukup selesa
Persekitan hijau sejukan mata
Doa dan harapan kita manusia biasa
Semoga kemenangan menyebelahi kita



• Atas: Melihat dari pondok sambil berehat ketika hujan.

• Youtubei " Menikmati hujan turun lewat petang ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.