HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 30 September 2011

AWAS DAN TERLITI

Laluan pintas menyeberang titi
Titi diseberangi terpijak duri
Arahan diberi kurang diteliti
Silap tindakan padahnya menimpa diri

Getah dikanan sawah di kiri
Tengah-tengah gali perigi
Hati yang sakit membakar diri
Hidup tertekan selamanya rugi


• Atas: Kawasan sawah di Titi Haji Idris, Langgar.
• Youtube: “ Kata-kata hikmah Tuan Guru ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 29 September 2011

TERBILANG DAN TEMBELANG

Petang-petang suka ke Tualang
Singgah minum sebelum pulang
Ada permit ceramah dihalang
Tunjuk hebat pecahlah tembelang

Korek tanah bena longkang
Tanahnya keras dipenui akar
Pegawai yang jujur sering dikengkang
Rasia bocor terasa tercabar


• Atas: Kawasan sawah di Tualang.

• Youtube: “ Penjelasan hudud dalam Islam ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 28 September 2011

PERANAN MEDIA ALTERNATIF

Getah dan padi ditanam di Pokok Sena
Sawit juga ada tidaklah dihalang
Sumbangan media alternatif penuh bermakna
Minda rakyat berubah celik dan matang

Menoreh getah kerjanya ringan

Persekitarannya selesa redup tidaklah bosan
Perbedaan pendapat mematangkan perjuangan

Idea yang bernas cetuskan perubahaan


• Atas: Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Youtube: “ Hudud: Pakatan enakmen syariah Kelantan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

ISU PERLAKSANAAN HUDUD APA KOMEN MEDIA

Sila klik di bawah:

Selasa, 27 September 2011

IBADAH HAJI AKAN BERMULA

Kepada semua muslimin dan muslimat terutamannya kawan-kawan yang akan berangkat menunaikan ibadah Haji tahuni ini saya ucapkan selamat jalan semoga mendapat Haji yang mabrul.
Singgah di Masjid Al Bukhary di waktu petang
Datang awal untuk mendengar ceramah
Syawal ditinggalkan Zulkaedah datang
Selamat datang tetamu Allah di bumi Mekah al-Mukarramah

Masjid Al Bokahary indah dan damai
Pokok korma dihias cantik kelihatan
Ibadah Haji kewajiban ditunai
Semoga hidup dalam ketaatan

• Youtube: “ Bersih dan indah Masjid Al Bokhary Alor Setar, Kedah ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 26 September 2011

MAKLUMAT DAN KESEDARAN

Rehat sebentar di tepi beranda
Persekitarannya redup serta selesa

Maklumat yang diperolehi semuanya ada
Perubahan berlaku hanya menunggu masa

Naik perahu mudik ke hulu

Perjalannya jauh tempatnya berbatu

Perubahaan dibuat amatlah perlu

Supaya permasalahan negara tidaklah buntu


• Atas: Masjid Al Bukhary, Alor Setar Kedah.

• Youtube: “ Detik perjalanan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 25 September 2011

PEMBANGUNAN DAN KEUTAMAAN

Pagi-pagi sudah ke sawah
Sawah luas di kampung dan desa
Khazanah negera diguna jangan bermewah
Keperluan rakyat di utamakan supaya selesa


Indahnya pandangan kampung dan desa
Datang sekali pasti tak lupa
Harga barang di pasaran naik sentiasa

Rakyat menanggung bertimpa-timpa


• Atas: Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.

• Youtube: “ Pemerentahan Takwa – Dr. Maza ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 24 September 2011

FAHAM DAN JELAS

Sulam getah yang telah mati
Kebun dijaga dengan penuh rapi
Pilahan raya datang minta simpati
Dapat kuasa rakyat diketepi

Tangkap haruan gunakan taut
Haruan yang makan jarang yang lepas
Fahamya tidak kenapa takut
Peluang diberi
pastinya jelas

Pautan
• Atas: Getah dewasa belum ditoreh di kampung Tuk Kun.
• Youtube: “ Hukum hudud – Dr. Maza ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


Apa mereka kata