HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 8 Mei 2011

SAMA-SAMA FIKIRKAN

Daun kering banyak yang gugur
Jika dibersih indah sempurna

Pemimpin angkuh sukar ditegur
Terjemah di peti undi kesanya lebih bermakna

Singgah di masjid lalu di beranda
Selepas solat rehat hampir terlena

Fikiran berserabut disaluti benda
Berita 1 tersebar indah-indah belaka


• Atas: Ke arah persekitaran yang lebih hijau.

• Bawah: Masjid An Nur Bandar Baru Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 7 Mei 2011

SATU TUJUAN SATU MATLAMAT

Rehat di pondok membaca buku
Persekitaran indah dijaga bantu membantu

Satu untuk engkau satu untuk aku
Bukit runtuh terperangkap di dalam menjadi satu


Pergi ke sawah meracun siput
Siput gondang tiada, benih padi ditabur

Setiap yang hak perlu dituntut
Lambat laun yang zalim pasti berkubur




• Atas: Persekitaran indah menghijau perlu penjagaan.
• Bawah: Telur siput gondang membiar di tepi sawah.
• Yuutube: " Azam baru setiap pagi dan petamg ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 6 Mei 2011

DAMAI YANG TELAH HILANG

Singgah di sawah berhenti di tepi
Menyeberang parit lalu di titi
Kedamaian hilang terasa sepi
Keadilan tertegak sentiasa dinanti

Dari Pendang balik ke Pokok Sena
Singgah di Tualang melawat saudara
Media disekat ada yang tak kena
Kebebasan hilang minda terpenjara




• Atas: Berhenti di tepi jalan menuju ke Sik, Kedah.
• Bawah: Pandu arah Pendang ke Pokok Sena.
• Youtube: " Biar orang Cina pimpin Islam - Ann Wan Seng ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 5 Mei 2011

REBAH TERSUNGKUR BAGAIKAN MIMPI

Rehat di halaman duduk di tangga
Halamannya indah tersusun rapi
Kuasa yang sementara usah dibangga
Rebah tersungkur bagaikan dimimpi

Pokok korma ditanam memenuhi ruang
Indah menghiasi tegak berbaris
Habis manis sepah dibuang
Maruah tergadai kepercayaan terhakis



• Atas: Kawasan tangga di Masjid Al Bokhari, Alor Setar, Kedah.
• Bawah: Pokok korma hiasan halaman Masjid Al Bokhari.
• Youtube: Singgah solat zohor di Masjid Al Bokhari.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


INFO KEDAH SEJAHTERA
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Rabu, 4 Mei 2011

SARANG TEBUAN JANGAN DIUSIK

“ Selamat bersara “ kepada Tuan Haji Johani Zain Pegawai LGM yang bertugas di Lembaga Getah Malaysia ( cawangan di Ipoh, Perak).Hari ini melawat ke Sik
Singgah sebentar di pekan Nami

Sarang tebuan jangan diusik

Tak sempat lari rebah ke bumi

Pemandangan di Sik berbukit-bukit
Sawah luas disediakan kemudahan saliran
Rakyat tertindas sudah pun bangkit

Kuasa yang rakyat diberi macam tak perasaan


• Atas: Pandu arah ke pekan Sik dan Nami.
• Bawah: Kawasan sawah di tepi jalan menghala ke Sik.
• Youtube: " Laluan pintas ke Telok Jamat ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 3 Mei 2011

PENYEJUK JIWA



Datang ke Kuala Kuar cuma berdua

Datang lewat apu pun tak dapat beli
Pandanganya segar menyejukan jiwa
Semoga damai yang hilang tunas kembali

Buka tapak torehan telah siap diukur
Kerja mudah dilakukan bersama kawan
Jiwa kosong gelap dan kabur
Mengharapkan sinar dilindungi awan

• Atas: Youtube – Jalan-jalan ke jeti Kuala Kuar, Kedah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 2 Mei 2011

RANJAU-RANJAU KEHIDUPAN

Lalu di kampung Mata Air sekadar meninjau
Jalannya sunyi sempit motor pun pelahan
Ucapan disusun diselitkan ranjau
Ranjau diselubungi dengan keindahan

Tanam getah kesuburanya bantut
Jika tidak dipulihkan hasilnya janganlah diharap
Tugas dilaksana keadilannya dituntut
Doa orang yang terinaya tiada hijap



• Atas:Pondok rehat tepi sawah di kg. Mata Air, Kubur Panjang.
• Tengah: kawasan kebun di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “ Debat dan jawapan - Dr. Maza ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.