Bena titi untuk ke sawah Titi dibena kayu digerjaji Harta yang banyak jangan bermewah Cukup simpanan tunaikanlah haji
Temusu ditebang dibuat baji Baji dipasak di bawah titi Cukup simpanan sempurnakan haji Kewajipan ditunaikan lebih bererti
• Atas: Titi kayu di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah. • Tengah: Restoran Santai di Pekan Pokok Sena. • Bawah: Youtube ' Memukat ikan di kawasan banjir di Langgar. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Di Kebun sayur di kampung Bukit Lala, Pokok Sena. • Tengah: Pokok palas tumbuh meliar di kebun getah. • Bawah: YouTube’.Maksiat dan mungkar undang bala'. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Penulis berehat di atas tangga pondok. • Tengah: Laluan di jalan kampung Bukit Larik, Pokok Sena. • Bawah: YouTube ' titi kayu di kawasan sawah kepala Bendang. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Hujan yang turun tidak berhenti Sawah ditengelami air dipenuhi ikan Tuduhan yang dibuat perlukan bukti Hujah yang bernas perlu diberikan
Melawat banjir di Jabi hari Selasa Kawasan yang terlibat merata-rata Hidup di dunia perlu berjasa Jika tidak siapalah kita
• Atas: Memukat di sawah yang ditengelami air di kg. Kolam, Jabi. • Tengah: Sawah ditengelami air umpama lautan di kg. Kolam. • Bawah: Kunci air di Kg. Kolam Jabi, Pokok Sena. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Pokok kacang di kawasan tanaman semula getah. • Tengah: Pokok buluh madu di halaman rumah. • Bawah: YouTube ’Tanaman jagung manis di kg. Bukit Lala'. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Kawasan rendah ditengelami air di Batu 14, Pokok Sena. • Tengah: Sawah ditengelami air di kampung Bukit Lala. • Bawah: YouTube 'Sawah di Kg. Bukit Lala Banjir'. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Pokok Sena - Hujan masih turun dengan lebat bermula pada 31 Oktober 2010 hari Ahad petang hingga ke hari Isnin. Semasa berita ini ditulis jam 4.40 petang. hujan masih turun dan tiada kelihatan tanda hujan akan reda.
Ada setengah kawasan rendah di sekitar masjid Sungai Durian telah ditengelami air. Di kampung kami di Bukit Lala di kawasan sawah mulai ditengelami air akibat hujan yang berterusan turun dari kawasan tanah tinggi yang berdekatan.
Bagi mereka yang berkerja menoreh getah diharap bersabar. Manakala mereka yang berkerja di sawah pula padi mereka sudah tumbuh dengan subur dan menghijau diharapkan semoga padi mereka tidak tengelam terlalu lama yang boleh mengakibatkan pokok boleh mati.
Setiap dugaan ada hikmahnya, bersabar itu lebih tinggi niilainya jika kita redo menerima ketentuan dari Allah. Kemungikinan kesusahan yang kita tanggung tidak seberapa, Semoga dengan berkat kesabaran kita akan terbayar di masa yang akan datang.
• Atas: Hujan sedang turun di Kampung Bukit Lala. • Tengah: Sawah yang belum ditengelami air di kampung Bukit Lala. • Bawah: YouTube ‘ Hujan lebat di Kampung Bukit Lala’. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.