HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 8 Oktober 2010

TANAMAN PADI DI KAMPUNG KOLAM, JABI

Kampung Kolam terletak di Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah. Kampung ini terletak 13 kilometer dari Pekan Pokok Sena. Getah dan Padi adalah hasil utama bagi mereka.

Pada masa ini mereka sedang sebuk membajak sawah dan ada juga yang sudah menanam padi. Kebanyakan mereka menanam padi dengan cara menabur benih menggunakan jentera dan ada juga yang menanam menggunakan anak semaian tetapi bilangannya amat kurang.

Kos menanam menggunakan jentera lebih murah dari menggunakan tangan. Manakala hasilnya kurang kerana padi yang ditanam menggunakan anak semaian tumbuhnya tidah serapat padi yang ditabur.

Saya sempat bertanya kepada salah seorang dari pesawah di sini tentang penaman padi yang mereka usahakan. Sudara Yusuf adalah seorang daripadanya, beliau sudah lama mengerjakan sawahnya sejah turun temurun dari datoknya.

Pada perengkat permulaan sawah dibajak dan diratakan dengan mengunakan kobota atau traktor. Sekiranya mereka tidak mempunyai peralatan jentera semuanya terpaksa diupah.

Upah yang dikenakan bagi serelung sawah adalah seperti berikut:-

• Membajar dan meratakan tanah tanah - RM 120.00.
• Harga benih jenis MR219 seguni 20kg x 2 – RM 59.00
• Menabur benih sebanyak - RM 14.00.

• Membaja – RM 14.00.

• Meracun – RM 14.00.

Untuk mempercepatkan anak padi tumbuh mereka merendam biji benih selama 16 hingga 18 jam. Rendaman biji benih dilakukan di waktu petang dan mengambilnya di waktu pagi sebelum diangkut ke sawah.

Membaja dan meracun perlu dilakukan berulang kali agar padi dapat hidup subur. Meracun perlu kerap dilakukan kerana banyak serangga perosak menyerang terutamanya gondang emas.

Mengakhiri perbualan saudara Yusuf membertahu saya bahawa tidak ramai anak muda suka berkerja di sawah. Mereka lebih suka berkerja di sektor perkilangan atau menoreh getah kerana upahnya lebih. Manakala yang belajar di kolej dan universti mereka lebih suka berkerja di Jabatan kerajaan atau pihak swasta.



• Atas: Meratakan dan mengeringkan air di tapak sawah.
• Tengah 1: Kawasan sawah yang sudah di bajak menunggu air kering.
• Tengah 2: Mengangkat benih padi untuk ditabur.
• Tengah 3: Benih telur gondang emas yang mengancam benih padi.
• Tengah 4: Memancing di kawasan yang belum dibajak.
• Bawah: YouTube ' Menabur benih padi menggunakan jentera'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Catatan: Lokasi - Kawasan sawah kampung Kolam, Mukim Jabi.

Khamis, 7 Oktober 2010

KENYATAAN DAN HARAPAN

Rumah lama jangan dipunggah
Baiki yang rosak belanjanya murah
Kenyatan diberi banyak bercanggah
Rakyat bermaklumat masa depan pun cerah

Perjalanku jauh bagai nak lelah
Tersepak kayu sedikit berdarah
Sultan Adil pemimpim menyerlah
Kemenangan yang dinanti amatlah cerah

• Atas: Rumah kayu di tepi jalan ke Tualang, Pokok Sena.
• Tengah : Pemandangan di waktu petang di kampung Kolam, Jabi.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 6 Oktober 2010

KITA PERLU DIDEDAHKAN DENGAN MAKLUMAT

Cari maklumat janganlah malas
Maklumat diberi sebagai bahan

Tiada beban perlu apa batu di Galas
Masa ditunggu buat perubahan


Maklumat ditulis lebih berkesan
Catatan ditulis janganlah segan

Kebenaran islam sentiasa berterusan
Dijanjikan kemenangan dalam perjuangan



• Atas:
Rumah kayu milik keluarga Hamidun di Tualang, Pokok Sena.
• Tengah : Berbual di bawah rumah dengan penuh santai.

• Bawah: YouTube ‘ Budak kampung di kampung Tualang’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Catatan: Walaupun Che Hamidun belajar setakat Tingkatan tiga akibat penyakit yang dihidapinya menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajarannya tetapi oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang IT, Beliau belajar sendirian dengan dibantu oleh anak saudaranya, beliau mampu memberi penjelasan dan permasalahan tentang komputer dan bidang Multimedia apabila diajukan pertanyaan.

Selasa, 5 Oktober 2010

MENANGKAP IKAN DI SAWAH

Selepas menghantar anak ke sekolah saya terus bersarapan pagi di warung nasi lemak Pak Long di tepi jalan ke Naka. Selepas minum saya terus ke kampung Kolam di Mukim Jabi yang terletak 2 kilometer dari tempat saya sarapan.

Perjalanan ke kampung kolam hanya memakan masa kurang dari 10 miinit. Setibanya di sini saya singgah di satu kawasan di tepi sawah di mana ada orang sedang mengutip ikan dari jaring yang dipasang di dalam sawah.

Sawah-sawah di sini kebanyakannya dipenuhi air hujan yang sering turun waktu petang sejak kebelakangan ini menyebabkan air sungai melimpah bersama ikan-ikan yang berada di dalam sungai.

Dengan cara ini pesawah-pesawah boleh menambahkan pendapatan dengan menangkap Ikan. Mereka memasang jaring dan Ikan-ikan yang lalu di kawasan itu akan terperangkap pada jaring yang mereka pasang.

Mereka mengutip ikan-ikan yang tersangkut ke dalam karung plastik sehingga selesai dan memasangnya semula, begitulah seterusnya. Banyak ikan juga yang mereka perolehi terutama nya ikan keli. Ikan keli sawah yang di jual di pasar Pokok Sena lebih mahal dari ikan keli yang dibela di kolam. Saya dapati ikan keli sawah dijual dengan harga RM 5.00 sekilogram.

Selesai mengambil gambar saya terus ke pasar pokok Sena untuk membeli keperluan dapur. Semasa pulang melalui jalan jauh dengan mengelilingi kawasan kampung melintasi tali air dan sawah, saya tiba di Pekan Pokok Sena pada jam 10.00 pagi.


  • Atas: Masjid Kampung Kolam Jabi di hadapan pintu masuk.
  • Tengah: Sawah di kampung kolam Mukim Jabi, Pokok Sena.
  • Bawah: Jentera membajak diletakan di tepi sawah Kg. Kolam.
  • Bawah sekali: YouTube ' Menangkap ikan di kampung Kolam'.
  • tiblakedah.blogspot.com @kamera OPTIMA 100.

Isnin, 4 Oktober 2010

SERKAP JARANG

Menangkap ikan penatnya bukan kepalang
Ikan diserkap lumpur penuh di tangan

Rasuah berluasa kepercayaan hilang
Ekonomi meningkat janganlah berangan

Pisang ditanam tingginya sedepa

Pokoknya subur buahnya lebat

Negara mundur penilaiannya apa
Pejelasan diperlukan bolehlah berdebat


• Atas: Menangkap ikan di kawasan sawah di Pokok Sena.
• Tengah: Tanam pisang di kawasan belakang rumah.
• Bawah: YouTube ‘ Menangkap ikan menggunakan serkap’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 3 Oktober 2010

IBUNYA PERGI BUAT SELAMA-SELAMANYA

Mereka masih mentah untuk menilai apa yang baik dan yang buruk kerana mereka masih kecil lagi. Apa yang mereka inginkan hanyalah keseronokan hidup.

Apakan daya semuanya ini, pekara yang tidak diingini telah terjadi, ibu yang mereka kasihi telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Mereka telah melihat sendiri di mana ibu mereka telah mati tergantung di dalam rumah dalam keadaan menyayatkan hati.

Ibu mereka mati dalam keadaan tergantung semasa mereka berada bersama ayah mereka berniaga di warung tepi jalan di hadapan rumah mereka. Mereka tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya dengan tangisan.

Yang terjadi biarlah berlalu, Anak-anak yang tinggal ini, simpatilah kepada mereka kerana mereka tidak berdosa. Semoga dengan dorongan dan pertolongan yang kita berikan, mereka dapat meneruskan hidup supaya menjadi ingsan yang berguna, Amin.


  • Atas: Apakah yang mereka renungka..
  • Tengah: Mereka sedang bermain ungun api.
  • Bawah: YouTube ' Selamat tinggal anah ku'.....
  • tiblakedah.blogspot.com @AGFA DC-1033s.
Catatan: Gambar dan video di atas diambil pada 2 Ogos 2010. Ibu mereka telah meninggal dunia pada 1 Oktober 2010, 2 bulan setelah gambar ini diambil dan dirakamkan - penulis.

Sabtu, 2 Oktober 2010

KEHIDUPAN INI SALING MEMERLUKAN

Jalan ke kebun pelahan-lahan
Kawasannya licin berpaut tangan
Majikan dan pekerja elakkan permusuhan
Permasaalah yang timbul memusnahkan hubungan

Kerbau berkubang di kawasan paya
Kubangrnya dalam didiami ikan

Peneroka tertindas menjadi tanda tanya
Keraguan yang ditanggung perlu diperjelaskan



• Atas: Kawasan tanaman semula getah di belakang rumah.
• Tengah: Kawasan paya di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.

• Bawah: YouTube ‘ Seekor kerbau membawa lumpur...'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100