HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT SAMPAI KE DISTANASI

Angin pagi sejuk selesa
Pepohon hijau menghiasi persekitaran
Kepulangan anak-anak sudah terasa
Selamat sampai penuh kesyukuran


• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera OPTIMA 100.
YANG HIJAU ITU INDAH, THINGS GREEN.

Khamis, 9 September 2010

TEGAS PENDIRIAN HIDUP SELAMAT

Daun lalang dijadikan atap
Lalang disusun lebihnya dikerat
Tegas pendirian akidah mantap
Hidup selamat dunia akhirat

Potong kayu jadikan papan
Kayu dipotong seorang diri
Tangan dihulur mohon kemaafan
Telanjur ungkapan tanpa ku sedari
Selamat hari raya Aidul Fitri, Maaf zahir dan batin.

• Atas: Pondok rehat di lebuh raya Canglun, Kedah.
• Bawah: Jalan ke kawasan balak di Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Rabu, 8 September 2010

JANGANLAH LEKA

Perjalanan di kampung janganlah leka
Jalan kecil simpang kiri dan kanan
Minda terbuka jiwa merdeka
Tegakkan kebenaran perlu diteruskan

Kerja di kebun di tengah panas
Pokok getah tiada ditanam semula
Yang mungkar cemas dan lemas
Jauhilah negara diturunkan bala

• Atas: Jalan kampung di Telok Mas, Pokok Sena.
• Bawah: Tanaman semula getah di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Selasa, 7 September 2010

MASANYA AKAN TIBA JUA

Baja pokok gunakan timba
Kawasannya luas keletihan tak bermaya
Fitnah dan bohong nokhtah dah tiba
Sampai masa karam semuanya


Petang-petang ke pusara bonda

Kematian diingat bagikan pelita

Tuduhan dibuat berpada-pada
Taubat disegerakan kebenaran dah nyata


• Atas: Lawatan ke kebun getah di Tobiak, Pendang.
• Bawah: Tanah perkuburan di Bukit Tembaga, Kuala Nerang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Isnin, 6 September 2010

KEAMPUNAN ALLAH YANG LEBIH UTAMA

Rehat di pondok melihat jentera
Jentera membajak sawah keluarga
Kita bermaaf-maafan sanak saudara
Hubungan salaturahim perlu dijaga

Pegi ke kebun petik peria
Kebunnya luas tanahnya rata
Salam dihulur senyum ceria
Tanda kasih iklas dan nyata

Buat pagar di paras dada
Kayu yang di perolehi dapat percuma
Dosa maksiat ditinggalkan ruginya tiada
Keampunan Allah itulah yang utama

• Atas: Jentera membajak sawah diletakan bersebelahan tibla.
• Bawah: Pokok sirih dan buluh madu di kawasan kolam.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Ahad, 5 September 2010

SEMOGA SAMPAI TEMUI KELUARGA

Kawasan Yb Mahfus di Pokok Sena
Sentiasa melawat bertemu muka

Keluarga menunggu penuh bermakna

Selamat sampai jauhi malapetaka


Tangkap ikan di kawasan paya

Ikan diperolehi banyak tidak diduga
Berhati-hati di jalan raya

Semoga sampai temui keluarga


• Atas: YB Hadiri ke majlis perasmian Bandar Sejahtera, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di sebuah Taseh di Jitra.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Sabtu, 4 September 2010

SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI

Balik kampung di Pokok Sena
Singgah di pasar beli pelita
Bawa laju nak kemana
Kecelakaan datang tanggung derita

Pergi ke kebun mengait nangka
Isinya manis bagikan gula
Mengantuk dielak rehat seketika
Hilang letih pandu semula

• Atas: Sebatang jalan di kawasan Pokok Sena.
• Bawah: Kampung Bukit Lala indah perma di waktu petang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s