HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 5 Mei 2010

POKOK GETAH - PENYAKIT BATANG

Kawasan yang dilanda penyakit kulit di KM 20 Pokok Sena Kedah, berhampiran Sek. Rendah Kebangsaan.Kebiasaannya bahagian pokok yang mengalami serangan penyakit batang termasuk dahan, cabang dan panel torehan.

Diantara penyakit serius yang dialami adalah seperti berikut:

1. Mati Rosot Patogenik – Menyerang daun dan batang di bahagian pucuk pokok yang masih muda akibat kulat Colletotrichum gloeosporioides . Pucuknya perang dan daunnya gugur. Jika pokoknya mati hingga ke tempek tunas, cabut ganti dan sulam.

2. Penyakit Cendawan Angin – Menyerang pada dahan dan cabang pokok getah. Berumur 3 – 8 tahun. Melarat pada musim hujan. Kulat berwarna merah jambu melekap pada dahan. Ia akan bermula dari cabang, daunnya layu dan gugur. Pangkal dahan pecah menerbitkan lateks. Kulit kemudiannya tanggal.

3. Dedalu – Tumbuhan parasit hidup pada pokok getah. Pucuk yang ditumbuhi dedalu jadi lemah, tidak berdaun dan akhirnya mati.

4. Batang Lapuk Ustulina – Menyerang pada tisu yang terluka pada dahan atau batang. Batang lapuk dan patah batang.

5. Batang Lapuk Phellinus – Menyerang pokok dewasa. Kulat phellinus menjangkiti dahan dan batang yang luka terutamanya cedera kerosakkan angin.

6. Nikrosis Kulit Pokok – Menyerang kulit pokok Klon yang terlibat PB 28/59, 28/83, 5/51 dan GT1. Serangan bermula dari alur torehan dan merebak ke pangkal pokok dari tisu sebelah dalam sebagai titik-titik merah ungu ke perang. Jika jangkitan sudah sampai ke kambium rembesan lateks belaku dan bubuk menyerang pokok boleh mati.

7. Penyakit Cendawan Lapuk – Menyerang penel torehan berhampiran alur torehan. Kulatnya Ceratocysfimbriata berwarna kelabu. Klon yang rentan RRIM 600.

8. Penyakit calar Hitam – Menyerang penal torehan merebak musim hujan. Kulatnya Phytophthora palmivor. Berjangkit melalui pisau torehan. Klon yang rentan AVROS 2037, RRIM 600, 603, 607 dan RRIM 623. Kulit pulihan lebam bila dikikis terlihat jalur-jalur hitam. Kadang-kadang lateks beku di dalam menyebabkan kulit pecah.

9. Nekrosis Penal Torehan – Menyerang penel torehan yang baru dibuka disebabkan kulat Fusarium solani. Klon PB 5/51, 28/59, 28/83, PR 107, RRIM 605, 612, 623 dan RRIM 628. Luka bergarispusat 0.5 – 1.5 cm berwarna perang tua atau kelabu dilihat sepanjang alur torehan.

10. Kekeringan Kulit – Kerosakan fisiologi pada pokok di mana lateks tidak mengalir bila ditoreh. Merebak dari panel ke panel. Panel torehan dipulaukan. 3 bulan sebelum buka panel yang baru disebelahan tebuk kulit hingga ke kayu buat alur melintang untuk elak merebak kulit kering.

(Sumber buku rujukkan: TEKNOLOGI PERLADANGAN DAN PEMPROSESESAN GETAH - Terbitan LGM)

Selasa, 4 Mei 2010

RAKYAT DIGALAK SERTAI 'CONTRACT FARMING'

Tanaman jagung manis di kampung Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah.Bagi meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah, kerajaan negeri menggalakkan mereka untuk menyertai program ‘contract farming’, seperti tanaman jagung dan ternakan ikan keli.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dana sebanyak RM2 juta disediakan untuk mereka memulakan usaha ‘contract farming’ ini.

Imbang PenuhTanaman jagung sebagai usaha bagi menambahkan pendapatan.
Dalam tanaman jagung manis, dengan kerjasama Sime Darby, kerajaan telah mewujudkan ladang latihan pengeluaran jagung manis di Bukit Tangga.

“Para pelatih diajar cara menanam jagung selama satu pusingan, dan kemudiannya mengusahakan atas plot yang diperuntukkan untuknya selama dua pusingan sebelum ianya dibenarkan untuk memulakan tanamannya di atas tanah sekurang-kurangnya satu hektar, dan semua hasil pengeluaran dibeli oleh Sime Darby.

Mengawal rumput tumbuh. Jagung boleh dituai dalam masa 65 hari. Lokasi: kampung Bukit Lala, Pokok Sena, Kedah.
“Pihak kerajaan sedang berusaha untuk mempertemukan penanam-penanam jagung manis sedia ada agar mereka juga dapat menjadi ‘contract farming’ kepada Sime Darby, kilang memproses jagung manis telah dikenalpasti oleh Sime Darby.

“Dalam bidang perikanan, kerajaan menggalakkan ternakan ikan keli, tilapia dan pelbagai jenis ikan laut dalam sangkar atau kanvas,” jelas beliau bagi menjawab soalan bertulis ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof mengenai perkembangan pertanian yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu mereka yang berpendapatan rendah.

Menurut beliau, melalui Jabatan Pertanian, kerajaan negeri juga mensasarkan keluasan 4,050 hektar untuk tanaman nenas menjelang 2015.

“Sehingga sekarang, terdapat lebih 500 penanam dengan keluasan melebih 1,600 hektar, Jabatan Pertanian juga sedang memperkenalkan tanaman dengan kepadatan tinggi agar jumlah tanaman dapat ditingkatkan sekali ganda atas keluasan yang sama,” jelas beliau.

Isnin, 3 Mei 2010

MELIHAT APA YANG TERSIRAT

Kawasan perkuburan di Alor Malai bersebelahan Masjid Al Bukhari, Alor Setar, Kedah,Di sebalik keindahan ada yang tersirat di situ adanya Damai yang Abadi. Suka atau tidak pastinyakan pergi jua akhirnya.

Ahad, 2 Mei 2010

PASTIKAN PERSEKITARAN KITA BERSIH DAN SELAMAT

Jadikanlah kawasan persekitaran tempat tinggal kita berseh dan selamat@tiblakedah.blogspot.com
Sejak kebelakangan ini, pembangunan tidak terancang kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di sama ada di kawasan Bandar atau kampung. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar akibat daripada sikap kita yang tidak bertanggungjawab.

Laluan air di simpang ke Bukit Lala, Pokok Sena.
Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar keuntungan semata? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang berhikmah perlu dilakukan.

Pengunaan racun seranga sering digunakan untuk menghapuskan serangan makhluk perosak.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan kesan dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.

Laluan tepi sungai di Tanjung Mas ke Pekan Pokok Sena Kedah.
Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Selain itu, adanya kilang-kilang dibina tidak mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa ke dalam sungai secara terbuka mengakibatkan kawasan pesekitaran menjadi kotor dan air sungainya tercemar dan tidak boleh digunakkan.

Sebahagian pemandangan laluan di Bukit Tembaga.
Pengunaan beg plastik patut dikurangkan dalam khidupan kerana pembuangannya di tempat awam boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pekara ini amat merimaskan kerana bahan ini sukar dilupuskan dalam jangka masa yang singkat. Masyarakat perlu disedarkan dengan mengadakan kempen kesedaran sivik supaya mereka dapat menjaga alam sekitar.

Jeti berhampiran pejabat MADA di Alor Setar.
Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran tempat mereka tinggal. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga.

Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.
Kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.

Masa depan yang penuh bererti.
Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini kepada pemerintah, kerjasama yang erat antara masyarakat dengan pemerintah tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sama-samalah kita usahkan semoga jenarasi kita selamat dan bebas menghirup udara bersih dan selesa.

Sabtu, 1 Mei 2010

HARGA GETAH DIJANGKA JATUH

Getah skrup dikumpulkan selama tiga hari baru dikutip hasilnya. Lokasi: Bukit Kapal, Pokok Sena.Harga getah Malaysia dijangka lebih rendah pada minggu depan kerana kekurangan permintaan berikutan cakap-cakap mengenai kekurangan bekalan dan cuti umum akan datang di Jepun dan China, kata para peniaga.

Bagaimana pun, para peserta kemungkinan memilih untuk melengahkan pembelian baharu dan kekal di luar pasaran sehingga harga mulai turun.

Tumbang ke kanan, harga naik jangan boros.
Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah menjejaki penurunan mendadak di Bursa Komoditi Tokyo yang menyaksikan kontrak penanda aras turun di bawah paras sokongan 300 yen.

Tumbang ke kiri ada makna ni?, sentiasa bersedia menerima resiko.
Ini menyebabkan arus jualan pada pasaran Jepun yang dirangsang oleh peserta yang mahu melupuskan kedudukan masing-masing sebelum cuti umum.

Berasaskan minggu ke minggu, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 merosot 51.5 sen kepada 1,009.5 sen sekg daripada 1,061.0 sen sekg Jumaat lepas manakala harga lateks pukal merosot kepada 17.5 sen kepada 757.0 sen sekg daripada 774.5 sen sekg sebelum ini.

Harga penutup tidak rasmi bagi SMR20 turun 57.0 sen kepada 1,001.0 sen sekg daripada 1,058.0 sen sekg pada minggu lepas dan harga lateks pukal turun 20.5 sen kepada 774.0 sen sekg daripada 753.5 sen sekg pada Jumaat lepas.
(Sumber: Bernama - 1Mei 2010)

Warung tempat orang kampung berkumpul dan berehat setelah letih berkerja di waktu pagi. Tambahan pula bila baru dapat duit jualan skrup apa lagi...

Jumaat, 30 April 2010

MEMBERSEHKAN KAWASAN KEBUN GETAH

Usaha yang sedikit jika dikerjakan berterusan akan membuahkan hasil yang baik@tiblakedah.blogspot.com
Jumaat pagi saya, isteri dan anak-anak telah pergi ke kebun getah. Kami sampai ke kebun dalam pukul 9.00 pagi. Setibanya ke kebun kami masing-masing memulakan tugas.

Saya menebang pokok-pokok yang tumbuh dengan menggunakan gergaji enjin. Isteri saya pula menebas rumput dan pokok-pokok kecil yang tumbuh di kawasan persekitaran pokok getah. Manakala anak saya pula menabur baja di sekeliling pokok getah.

Setelah dua jam berkerja kami pun berehat di bawah teduhan pokok getah sambil menikmati bekal makanan yang dibawa. Seronok juga berehat di sini sambil menikmati udara segar dan mendengar kicauan burung dan unggas yang berlegar di kawasan persekitaran kebun.

Kami tidak mampu lagi meneruskan kerja, maklumlah bila kebun semak, tenaga yang digunakan untuk menebang dan menebas menyebabkan keletihan. Walau bagaimanpun esok kami akan datang lagi kerana anak-anak masih bercuti.

Sesuatu kerja yang jika dilakukan sedikit demi sedikit, namun jika ianya dilakukan secara berterusan pastinya akan dapat diselesaikan jua.

Khamis, 29 April 2010

INDAHKAN PERSEKITARAN

Ke arah kehidupan yang lebih hijauPokoknya hijau daunnya lebat
Puas dipandang sepenuh hati
Berbuat baik jangan terlambat
Disaat kematian insaf apalah erti

Pagar kayu di tepi sungai
Kayu diambil di dalam hutan
Dari muda ke tua baik perangai
Sudah tiada jadi sebutan

Jambatan batu tersergam indah
Laluan penduduk ke Pokok Sena
Ingin selamat jalanya mudah
Amalkan yang baik biar sempurna

INFO