HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 5 April 2010

JANGAN AMBIL MUDAH


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Malaysia masih belum mengalami gelombang kedua influenza A (H1N1) tetapi ia tidak bermakna masyarakat boleh mengambil mudah mengenai tahap penularannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, individu yang mengalami demam, batuk atau simptom selesema babi dinasihatkan segera mendapatkan rawatan.

(Sumber : Kosmo Online)

Jika anda tidak sihat eloklah berjumpa doktor atau cuti rehat. Hiasan lokasi : Teratak Impian Bukit LalaINFO KESIHATAN


Ahad, 4 April 2010

ZAMAN KANAK YANG PENUH BERERTI

Hai anakku: seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. (Nasihat Loqman Hakim)Melihat aksi dan telatah kanak-kanak memang cukup menghiburkan. Tidak kira apa soalan yang diajukan pasti ada sahaja jawapan yang melucukan sehingga ada kalanya di luar kotak pemikiran orang dewasa.

Mengajar kanak-kanak membaca Al Quraan,
Mereka bukan sahaja jujur melontarkan apa sahaja yang terluah dari pemikiran malah, aksi comel mereka paling tidak mampu membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan ketawa.

Telatah kanak-kanak ketika hendak pulang dari tempat mereka bermain. Lokasi Bukit Larik,Pokok Sena.
Pada masa yang sama mereka juga akan bertanya pelbagai soalan yang mereka rasakan kurang faham. Ini secara tidak langsung memupuk keberanian kanak-kanak itu sendiri di mana lebih banyak mereka bertanya maka lebih banyaklah fakta yang mereka perolehi.

Bermain di waktu hujan. Anak bongsu Muhammad Shukri.
Sebab itu apabila kita berjumpa dengan mereka, mereka mudah berbual dan mendengar nasihat yang diberikan. Adakala ucapan mereka bersaja saja dan ada kalanya sungguh kelakar dan mengelikan hati. Apapun mereka jangan kita biarkan begitu saja dekatlah mereka.
Wajah-wajah kekeceriaan, bakat mereka terserlah dengan aksi-aksi menarik dan melucukan- sekadar hiasan

Jumaat, 2 April 2010

DESTINASI YANG PERLU DIKUNJUNGI

Ke arah kehidupan yang lebih hijau tenang dan damai@ tiblakedah.blogspot.com
Dalam kesibukan ibu kota dan saling mengejar masa tidak kira sama ada siang atau malam kadangkala menyebabkan penghuninya terbelenggu dengan rutin harian yang menyesakkan dan membosankan.

Puncak Janing Padang Terap, Kedah.
Seawal pagi selepas solat subuh, kita berdepan dengan suasana berlumba-lumba untuk bergegas ke tempat kerja dan merempuh kesesakan jalan raya yang memenatkan kerana pada masa yang sama terpaksa berebut-rebut dengan warga kota yang lain.

Persekitaran yang menghijau, memberi keceriaan dalam kehidupan.
Keadaan yang sama berlarutan dari sehari ke sehari yang kadangkala mencecah ke sebulan atau bertahun tanpa disedari. Untuk mengubatinya, anda perlukan sesuatu kelainan dalam kehidupan agar semangat kembali segar, lebih bermakna dan tenang dengan berkunjung ke kampung sempena cuti persekolahan atau mengambil cuti rehat dengan menikmati suasana kehijauan tenang dan damai.

Kawasan halaman rumah di kampung ditanam dengan pokok buluh.
Di kawasan kampung di kelilingi dengan pokok-pokok rimbunan dedaun serta bunga-bungaan pelbagai jenis menjadikan sekitar kawasan persekitaran begitu aman sekali. Di kawasan sawah pula tanaman padi hidup subur menghijau dengan ikan-ikan berkeliaran berenang di dalam sawah.

Mandi sungai di kawasan sawah padi di Tualang, Pokok Sena.
Para petani pula sibuk membersihkan kawasan sawah, kelihatan burung bangau berkeliaran mencari makan di kawasan tersebut sambil memerhati jika ada ikan yang akan timbul. Inilah masanya, peluang yang ada seharunya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan, kita boleh memancing, pergi ke kawasan hutan mencari tumbuhan liar untuk hiasan taman.

Kawasan tepi sungai di Kepala Bendang, Pokok Sena, Kedah.
Aktiviti menembak sama ada burung atau binatang yang dibenarkan, di kawasan hutan amat menyeronokkan. Di kawasan sungai pula anda boleh mandi sepuas-puasnya, aktiviti–aktiviti yang anda lakukan sekurang-kurangnya dapat mengurangan kebosanan bila balik ke pejabat. Selamat pulang dengan selamat.

Khamis, 1 April 2010

BANJIR KILAT AKIBAT LONGKANG TERSUMBAT

Kawasan yang ditengelami air disebabkan sistem perparitan yang tersumbat akibat pembesaran jalan@tiblakedah.blogspot.com
Pokok Sena 1 April - Setelah sekian lama dilanda kemarau, hujan lebat menyebabkan banjir kilat di kawasan Pokok Sena.
Hujan lebat sejak pukul 5.00 petang ini dan berlanjutan lebih sejam, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan utama dari Alor Setar ke Kuala Nerang.

Ketika itu, orang ramai sedang berpusu-pusu pulang ke rumah selepas waktu pejabat dari Alor Setar, Kuala Nerang dan Pokok Sena. Antara jalan sesak teruk selama beberapa jam termasuklah simpang lampu isyarat Pekan Pokok Sena, Jabi dan Taman Desa Ilmu.

Sementara itu, di kawasan belakunya banjir kilat yang berhampiran dengan Shell kereta dan motor tidak boleh melalui jalan ini 15 hingga 20 minit kerana jalan ini ditengelami air dan mereka terpaksa menunggu sehingga air surut.

Bagi mereka yang sudah biasa mengalami situasi begini mereka akan memilih laluan alternitif melalui kampung Kiew berhampiran Masjid Bandar Baru ke klinik Pokok Sena melalui jalan kampung. Jaraknya cuma lebih kurang 2 km.

Rabu, 31 Mac 2010

SIMPANG KE KAMPUNG BUKIT LALA POKOK SENA

Kehadiran sahabat dan kenalan amat kami alu-alukan

Pokok ini tersergam di hadapan jalan masuk ke kampung kami. Kampung kami terletak di km 22 (Batu 13 1/2) Jalan ke Kuala Nerang. Jarak dari Sekolah Menengah Sains cuma 100 meter.

Untuk ke kampung kami, di sebelah kiri jalan besar ada sebuah bunglo dan laluan jalan tar sejauh 2km. Tar penamat itulah rumah kami.

Selasa, 30 Mac 2010

KE ARAH KEHIDUPAN YANG HIJAU DAN SELESA

Jalan besar dari Jitra ke Hutan Kampung, Kepala Batas, Kedah@tiblakedah.blogspot.com
Pemanasan global sering dikaitkan dengan peningkatan suhu bumi bumi secara mendadak akibat proses kemajuan dan penerokaan alam secara keterlaluan. Saya ada terbaca mengenai sebuah laporan daripada Bahagian Ramal¬an Cuaca Jabatan Meteo¬rologi melaporkan bahawa sepanjang Mei sehingga September setiap tahun negara mengalami musim kering dan panas kerana kekurangan hujan malahan negara akan mengalami pancaran matahari paling terik pada 21 Mac ini dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius ekoran fenomena ekuinoks.

Jalan kampung, kehijauan pokok-pokok di persekitaran masih boleh menampung kepanasan setempat
Memang benar apa yang dijangkan keadaan di luar memang panas dan terik. Saya kira cuaca panas pada ketika itu melebihi 30 darjah selsius. Saya terpaksa mengharungi panas terik untuk berjalan di kaki-lima jalan tanpa peneduhan. Saya cuba melencong dan berjalan melalui bawah pokok dan mempercepatkan perjalanan. Namun saya dapati laluan pejalan kaki seumpama kaki lima pada bahu jalan atau laluan-laluan khas yang disediakan tanpa sebarang bentuk peneduhan sama ada pokok-pokok atau pergola menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.

Jalan ban tepi sungai di kawasan Tualang, Pokok Sena, Kedah.
Namun hakikatnya pembangunan fizikal di negara kita kini telah terlalu meminggirkan peranan dan kepentingan pohon-pohon kayu yang rendang sebagai elemen semulajadi yang banyak memberi manfaat. Pohon-pohon kayu yang rendang sebenarnya bukan sahaja berperanan mengindahkan lagi suasana di satu-satu kawasan tetapi lebih penting lagi dapat memberikan peneduhan kepada manusia dan persekitarannya agar peningkatan suhu bahangan dapat dikawal. Kombinasi pohon-pohon besar yang sedia ada dan pohon-pohon baru akan dapat memberikan perlindungan dan peneduhan kepada pejalan kaki, tempat-tempat riadah, meneduhi kereta dan juga sebahagian daripada bangunan dari panahan sinar matahari langsung yang keterlaluan.

Kegiatan menangkap ikan di sungai di Tualang, Pokok Sena, Kedah.
Jika kita berada di kawasan kampung tentu suasana ini tidak berlaku kerana pokok-pokok masih banyak tumbuh sama ada pokok-pokok yang ditanam atau yang tumbuh sendiri, terutamanya kawasan yang belum diteroki yang dipenuhi pokok-pokok yang menghijau serta sungai yang belum tercemar.

Pohon-pohon kayu yang rimbun sebagai elemen peneduhan semulajadi berupaya mengurangkan kesan-kesan peningkatan suhu udara yang keterlaluan menerusi peranannya dalam menapis dan mengurangkan penembusan kesan sinaran langsung matahari ke permukaan bumi. Oleh yang demikian, pengekalan pokok-pokok besar dan penanaman semula pokok-pokok yang matang untuk memenuhi peranannya sebagai peneduh semulajadi di samping memperindah persekitaran kita perlu diperhebat lagi.

Akhirnya kita akan dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan nyaman tanpa mengalami sebarang masalah kepanasan yang keterlaluan dan kesan negatif anasir-anasir pencemaran lain yang berkaitan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu ke arah kehidupan yang lebih hijau dan selesa.

Kegiatan menaut ikan haruan di sungai Titi Haji Deris, Langgar, Pokok Sena, Kedah. Malaysia.

Isnin, 29 Mac 2010

YANG DIDENGAR TIDAK SAMA YANG KITA LIHAT

Getah tua, pelbagi cara untuk mengumpulkan lateks ke dalam mangkuk - sekadah hiasan, lokasi km 22 Pokok Sena

Sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada empat golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mencintai mereka."