HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 31 Oktober 2009

SENTIASA CERMAT DAN WASPADA

Nasihat Luqman Hakim kepada anaknya;
• "Seseorang pendusta akan cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat."

• "Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat."

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)
(Maksud surah Al-Hashr 21 – 24)

Jumaat, 30 Oktober 2009

SOLAT BERJAMAAH

Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah).”

1. Bagi penganut mazhab Syafie, solat berjemaah itu adalah fardhu kifayah. Bukan wajib bagi setiap orang tapi sudah cukup bagi sebilangan orang mengerjakannya dalam satu kampung atau kariah, melepaskan dosa yang lain. Tapi jika yang lain buat juga, maka bagi mereka masing-masing dapat pahala fardhu kifayah. Berbeza dengan Mazhab Hanbali yang mengatakan solat berjemaah itu fardhu ain, wajib bagi setiap orang.

2. Sebahagian ulamak mazhab syafie berkata solat berjemaah itu bukan fardhu kifayah, tetapi sunat muakkad sahaja. Maksudnya bawah sikit tingkatannya daripada fardhu kifayah. Sangat dituntut tetapi bukanlah sampai menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun yang dipegang oleh kebanyakan ulamak mazhab syafie ialah pada hukum fardhu kifayah.

3. Tercatat dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa untuk terhasil fardhu kifayah mestilah solat jemaah itu nyata syiarnya. Memahami maksud ini, tidak memadai solat jemaah di rumah pada satu kampung atau kariah, untuk dikira sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Untuk itu, dalam sesuatu kampung atau kariah mesti didirikan samada masjid atau surau agar dapat ditegakkan solat berjemaah. Agar dengan itu nyata syiar Islam bilamana ramai orang mendatangi masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah.

Kerenah orang islam meninggalkan solat:
Waktu Subuh - kesejukan. Zohor – kesibukkan. Azar – diperjalanan. Magrib – kepenatan. Isyak – ketiduran. Seterusnya masa sakit kemudian saat kematian.
Sumber : Koleksi dari ceramah selepas Magrib di Masjid Sungai Durian, Pokok Sena 30 Oktober 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

CERITA DARI POKOK SENA

Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.

Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.

Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah.

Parlimen Pokok Sena, Kedah


Parlimen Kota Raja, Selangor



YB Saifuddin Nasution (MP Machang) sedang berucap di Parlimen. Beliau adalah orang Pokok Sena Kedah (selain YB Mahfuz Omar (MP Pokok Sena) dan YB Dr. Maria Mahmud (MP Kota Raja).

Rabu, 28 Oktober 2009

DARI PONDOK YANG UNGSANG

Kami jarang keluar Bandar
Tapi kami tahu jua berita
Sama ada orang yang bercerita
Dari masyarakat atau dari dada akhbar
Bukan semua yang kami telan begitu saja

Akhir-akhir ini
Kami suka baca tentang benda yang Runtuh
Entah kenapa?
Apa tidaknya, pekara yang pelik kerap belaku
Di zaman manusia yang tinggi pelajarannya
Tentu ada yang tidak kena

Apa tidaknya
Tidak semena-mena
Stadium yang baru dibena runtuh
Bangunan baru runtuh
Siling pejabat runtuh
Masjid baru dibena juga runtuh
Yang terbaru murid sekolah terbunuh
Akibat jambatan kampong runtuh

Kami tidak punya kelayakan
Untuk menilainya
Kami cuma tinggal di pondok yang ungsang
Pelajaran kami taklah berapa tinggi
Tetapi kenapa mereka yang belajar tinggi
Sanggup buat begitu
Atau ada benda lain yang boleh dipersoalkan

Ada yang kata moral mereka telah runtuh
Atau biarlah yang menanggungnya
Asalkan mereka boleh cepat kaya raya
Atau mereka yang kebal masih berkuasa
Kami pun curiga suatu masa nanti
Tentang pondok kami yang ungsan ini
Adakah mereka akan runtukkan jua

Demi kemajuan untuk rakyat yang didahulukan
Atau pun hanya mereka
Yang hanya dahagakan Kebendaan
Sangup menindas kami
Yang tidak punya pengetahuan yang luas
Dimanakah kami harus menggadu
Atau kami tukar pemimpin yang ada

Kerana dahulu pun
Mereka datang berjumpa kami
Tidak kira masa siang dan malam
Apabila mereka mahu jadi pemimpin
Semunya boleh mereka berikan
Asalkan pembangkang jangan dimenangkan

Inikah balasannya YB
Kami pun ada harga diri
Di pondok ungsang ini juga
Kami semua boleh buat keputusan

Itulah yang patut kita fikirkan
Untuk rakyat pasti didahulukan

Selasa, 27 Oktober 2009

SELAMAT PERGI MENUNAIKAN FARDU HAJI

Sahabat-sahabat yang akan menunaikan Fardu Haji tahun ini 1430.

• Yusuf Suparjo – Melapurkan diri pada 2 November 2009 (Isnin) di Kelana Jaya, masa: jam 7.30 pagi. Penerbangan KT 38. Haji Tamattu'.
• Johan Ujang – Akan dberitahu kemudian.

Selamt berangkat ke tanah suci. Semoga mendapat Haji yng mabrul.


Setelah menziarahi Nabi saw di Madinah beberapa hari (8 hari), Jemaah Haji akan bertolak ke Mekah berniat Umrah di Bi’r Ali.


Haji Akhbar 1427 (Gambar atas) Waktu di Mekkah (bawah)



Sila lihat : Pertukaran wang.suhu. peta dll

Isnin, 26 Oktober 2009

TANAMAN POKOK GAHARU

Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.
JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING DIPEROLEHI

1. AQUILARIA SUBINTEGRA – Thailand
2. AQUILARIA CRASSNA - Loas, Vietnam
3. AQUILARIA MALACCENSIS - Thailand, India, Indonesia
4. AQUILARIA APICULATA - Filipina
5. AQUILARIA BAILLONIL- Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6. AQUILARIA BANEONSIS - Vietnam
7. AQUILARIA BECCARIAN - Indonesia
8. AQUILARIA BRACHYANTHA - Malaysia
9. AQUILARIA CUMINGIANA - Indonesia, Filipina
10.AQUILARIA FILARIA - Nuegini, China
11.AQUILARIA GRANDIFLORA - China
12.AQUILARIA HILATA - Indonesia, Malaysia
13.AQUILARIA KHASIANA - India
14.AQUILARIA MICROCAPA - Indonesia, Malaysia
15.AQUILARIA ROSTRATA - Malaysia
16.AQUILARIA SINENSIS - China

Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.

• Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
• Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
• Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
• Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
• Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
• Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.
• Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya

Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta

1. Kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6' atau 10'x10'.
2. Jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar.
3. Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. (Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme)

4. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.

Senario di dalam Industri Gaharu

• Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.
• Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
• Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
• Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanam.


Tanaman Gaharu di Kelantan
Lebih mahal dari emas
Ladang gaharu 1,000 ekar di Gua Musang


Wangi-wangian