HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 2 Mac 2015

SELAMAT DI DUNIA JUA AKHIRAT


Minum petang makan karipap
Karipap bersama kopi pahit
Selamat di dunia selamt di akhirat itu yang kita harap
Pekara buruk jangan diungkit-ungkit


Sarapan pagi cuma berdua
Anak sudah pergi ke sekolah
Di mana jua kita berada
Hidup berjiran jangan berbalah

• Santai petang di tepi kamar tidur.
• Sarapan pagi di tepi kolam ikan.

Ahad, 1 Mac 2015

MOHONLAH PERTOLONGAN ALLAH


Pokok menghijau cuaca cerah
Berjalan-jalan keliling halaman
Usaha dan ikhtiar kepada Allah kami berserah
Apa yang diterima satu ketentuan


Beri dedak ikan di kolam
Ikan makan burung berterbangan 
Kena berusaha bangun di tengah malam
Mohonlah pertolongan serta perlindungan

• Pondok rehat letak di halaman.
• Kolam ikan dengan batu-batu hiasan.

Sabtu, 28 Februari 2015

SENTIASA BERINGAT


Persekitaran hijau disinari mentari
Angin bertiup terasa sejuk
Minyak naik hari ini
Disuruh bangun baru nak duduk 


Cuca panas membawa ke petang
Rehat di kolam kepanasan kurang
Hidup kita jangan berhutang
Perlu bermula dari sekarang

• Pemandangan di halaman rumah.
• Kolam ikan di tepi rumah.

Isnin, 23 Februari 2015

SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI


Rehat santai di tepi dapur
Cucu senyum wajah ceria
Rezeki yang ada banyakan bersyukur
Apa yang kurang terimalah seadanya 


Kawasan sawah banyak titi
Mudah diguna untuk petani
Dengan ibubapa sentiasa berbakti
Semoga kehidupan Allah berkati


• Cucu bermain di tepi kolam.
• Kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Kuliah terakhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Jumaat, 20 Februari 2015

API DALAM SEKAM


Pisau diasah suda pun tajam
Cuaca dingin langitpun cerah
Bagikan api di dalam sekam
Jika dibiarkan negarakan musnah


Tengahari duduk di beranda
Cuaca panas langit cerah
Jikalau tidak berada-ada
Masakan tempua bersarang rendah

• Penoreh getah di kebun Bukit Lala.
• Waktu petang di beranda .

Khamis, 19 Februari 2015

HATI-HATI SEMOGA SELAMAT SAMPAI


Beri dedah ikan berkeliaran
Dedah direbut menghilang di bawah teratai
Balik bercuti di musim perayaan
Berhati-hati semoga selamat sampai


Depan tangga diletakkan tempayan
Boleh basuk kaki dan juga tangan
Cuti panjang secara kebetulan
Kesempatan yang ada ziarah saudara dan kawan

• Kolam ikan di tepi halaman tibla.
• Pondok rehat di kawasan halaman.

Rabu, 18 Februari 2015

ERATKAN PERSAUDARAAN


Beri makan ikan di tepi kolam
Burung berterbangan mencari makan
Kerinduan cucu amat mendalam
Mengharapkan pulang di musim perayaan


Biri-biri pulang di waktu petang
Pulang ke kandang lalu di halaman 
Cuti panjang ambillah peluang
Ziarahlah keluarga, kawan-kawan eratkan hubungan


• Kolam ikan di tepi halaman tibla.
• Biri-biri makan di halaman.
• Nabi Adam di gunung Jerai? - Ustaz Ahmad Jalani.