HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 26 Disember 2013

KERAJAAN PILIHAN RAKYAT


Jalan redup cuaca dingin
Selesa berbasikal ke kuliah berdekatan
Kerajaan digulingkan manakan mungkin
Cuma luahan dalam perhimpunan




Kelapa percuma tidak payah dibeli
Tanamnya mudah tidaklah sukar

Derita rakyat tidak dipeduli
Undi berharga kerajaan mampu ditukar


• Ke pusat pengajian ilmu Islam kawasan Kubang Pasu.
• Tanaman pokok kelapa di kawasan sawah di Tualang.

Rabu, 25 Disember 2013

RAKYAT SEDAR


Getah ditoreh lateksnya banyak
peraturan membajar sentiasa diikut
Kesedaran rakyat sudah memuncak
Tuduhan melulu tidaklah patut





Potong rumput terasa letih
Cuaca panas langitnya cerah

Kerajaan berkuasa rakyat yang pilih
Lima tahun sekali kuasa mengubah



• Kebun getah di kampung Bukit Lala..
• Potong rumput untuk makanan lembu di Kubang Lintah.

Selasa, 24 Disember 2013

PENDEKNYA AKAL



Petai dijual harganya mahal
Tambah pula buahnya segar
Keyataan diberi pendeknya akal
Rakyat terbeban ramai yang sedar



Menabur baja lalu di titi
Siap membaja terus ke pasar

Meminjam wang berhati-hati
Rugi besar baru nak sedar 


• Petai ditanam di kawasan kampung Bukit Lala.
• Sawah di kampung Lubuk Lintah.

Isnin, 23 Disember 2013

MENUNGGU MASA



Halaman rumah perlu dipagar
Elak dicerobok binatang ternakan 
Nasihat rakyat sukar didengar
Tunggulah masa terima hukuman




Rehat di dangau hilangkan penat
Dangau terletak di tepi jalan
Barang naik bebani rakyat
Pandang diberi biarlah sepadan


• Pemandangan di kawasan halaman rumah.
• Dangau di tepi sawah di Langgar.

Ahad, 22 Disember 2013

UJIAN KEMEWAHAN


Duduk di halaman memandang sawah
Rehat sebentar menunggu sarapan

Rezeki datang mencurah-mencurah
Kemewahaan yang ada adalah ujian 




Persekitaran hijau indahnya halaman
Pemandangan indah di waktu petang
Wang di tangan dibelanja sakan
Berpada-pada ketika senang


• Pemandangan di kawasan sawah di Bukit Lala.
• Pemandangan di halaman rumah.

Jumaat, 20 Disember 2013

JANGAN NASI MENJADI BUBUR


Gunakan jentera untuk membaja
Jentera diguna cepat dan mudah
Kesejahteraan rakyat perlu diambil kira
Undi rakyat kerajaan mampu diubah



Kawasan sawah banyaknya puyu
Jalan yang dilalui ada yang berlumpur  
Keluhan didengar tindakan perlu
Jangan nasi menjadi bubur 

• Pemandangan di kawasan sawah di kampung Yoi.
• Sawah di tepi jalan di kampung Tualang.

Khamis, 19 Disember 2013

HIDUP DALAM DALAM KEPAYAHAN


Rehat santai di waktu petang
Halaman bersih udara segar
Tahun baru pastinya datang
Perbelanjaan lebih banyak yang kena bayar


Menteri pagi sinarnya terang
Rehat seketika untuk bersarapan 
Kos hidup bertambah gaji kurang
Hidup kepayahan jiwa tertekan

• Berehat menikmati udara segar di tepi kolam.
• Santai pagi di atas pondok.