HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 17 Disember 2013

MASA DEPAN YANG MENCABAR


Jalan berlubang tidak selesa
Sini tampal sini korek
Wang disimpan berkurangan sentiasa
Barang naik tol pun akan naik



Hati-hati memandu di jalanraya
Pandu cermat patuhi pandu arah
Kesusahan rakyat tidak diambil kira
Konsesi tol bertambah mewah





• Lebuhraya ke Durian Burung dalam pembenaan.
• Papan tanda arah ke Wang Tepus. 
• Videotube: Tampal korek Hang Mokhtar.

Isnin, 16 Disember 2013

SEPAKAT BERUBAH


Ambil air gunakkan timba
Air diminum bersih dan jernih
Beban hidup rakyat bertimpa-timpa
Apakah malangnya rakyat setelah kerajaan dipilih


Waktu pagi ke bandar Alor Setar
Pergi berdua naik kereta
Rakyat didera perlulah sedar 
Pilih pemimpin ditangan kita 

• Jalan ke Dehrang Pokok Sena.
• Bandar raya Alor Setar bersebelahan pejabat Sadar.

Rabu, 11 Disember 2013

JANGAN LEKA


Dulu bedok diguna sebar berita 
Dapat dilihat di mana-mana
Kecantikan dunia cuma pandang mata 
Jangan leka hingga terlena 


Jalan sawah tempat berlari 
Jalan lengang tiada kereta 
Jika rakyat cuma berdiam diri 
Mana mungkin janji dikota 

• Beduk di masjid kampung Budi Pokok Sena. 
• Sawah di kawasan Gunung Keriang.

Ahad, 8 Disember 2013

KUASA DAN KESABARAN


Batang getah dipotong guna gerjaji
Habuk gerjaji dihimpun untuk dibakar
Pemimpin dipilih engkari janji 
Rakyat berkuasa untuk menukar 


Bersihkan halaman di waktu pagi
Persekitaran hijau cuaca segar
Musibah datang untuk diuji 
Ujian diterima banyak banyakan sabar 

• Kayu getah dihantar untuk digerjaji.
• Tanan buluh madu di halaman rumah.



Jumaat, 6 Disember 2013

SABAR DENGAN MUSIBAH


Halaman rumah tanam kelapa
Pokok buah-buahan ditanam juga
Musibah yang datang bertimpa-timpa
Sabar ujian pasti berjaya



Pemandangan hijau dilihat indah
Bersantai pula di waktu petang
Tahun berubah usia bertambah
Semakin dekat jalan pulang

• Berehat di beranda melihat persekitaran.
• Melihat halaman di waktu petang.

Isnin, 2 Disember 2013

BEBAN TERTANGGUNG


Petang-petang memancing ikan 
Tepi jambatan airnya dalam 
Kuasa sudah rakyat berikan 
Beban tertanggung muda-mudahhan faham 


Masa perjalanan terlalu pantas
Sampainya cepat terasa dekat
Batu Putih sudah terlepas
Marwah tecalar sudah terpahat

• Jambatan penyambung ke daerah Jitra dari Kuala Nerang. 
• Jalan pintas ke Changloon Kedah.

Ahad, 1 Disember 2013

HABUAN DUNIA


Jambu merah lihat berselera 
Tanam di halaman indahkan suasana 
Habuan dunia kelu bicara 
Jangan bisu hingga terlena 


Membaja pokok getah sudah terlupa 
Pembesaran pokok tidak sempurna 
Rakyat menanggung bertimpa-timpa 
Kos hidup tinggi senang bagaimana 


 
• Pokok jambu pehghias halaman. 
• Kawasan kebun getah di Bukit Lala. 
• Why Stress - Ustaz Husen Yee.