HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 18 Januari 2012

PAKATAN YANG LEBIH BERKESAN

Merentas desa di kampung Bukit Lala tempat laluan
Persekitarannya redup dengan kehijauan
Rakyat kini pandanganya sudah kehadapan
Keadilan dituntut bukan untuk mendapatkan habuan

Pondok dibena berlantaikan papan
Pokok buluh ditanam untuk hiasan
‘Bersihkan Malaysia’ pemimpin korap jangan disimpan
PRU13 undilah Pakatan yang adil serta berkesan



• Atas: Kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “ Saina – Merentas desa ‘final’ 1212.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 17 Januari 2012

KEMATIAN ITU SATU YANG PASTI

Jalan pintas lalu di titi
Titi sebatang dilalui janganlah berlari
Keyakinan datang kematian itu pasti
Sebelum dijemput persiapkanlah diri
Pautan
Ke Kuala Nerang membeli ikan keli
Keluarnya awal di waktu pagi
Sahabat dan teman ada yang telah kembali
Kita yang hidup lambat laun pasti juakan pergi

• Atas: Titi di kawasan sawah Titi Haji Idris, Langgar.
• Bawah: Kawasan perkuburan Bukit Tembaga, di Kuala Nerang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 16 Januari 2012

JANGAN GUGUR DIPERTENGAHAN JALAN

Bunga kertas ditanam jadi hiasan
Indah dipandang ceriakan pengelhatan
Bohong dan fitnah rakyat dah bosan
Angkuh dan sombong kehidupan tertekan

Petang memancing tepi terusan
Airnya lesu jernih dipenuhi ikan
Susah dan senang perjuangan perlu diteruskan
Kecewa undur akan gugur di pertengahan jalan



• Atas: Kebun getah di Bukit Lala.
• Youtube: “ konvensyen PR ke-3, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 15 Januari 2012

BERSIHKAN MALAYSIA

Persekitaran hijau mencerahkan mata
Udara sejuk air perigi masih diguna
Bersihkan Malaysia negara kita tecinta
Bersama Pakatan kejayaan untuk semua

Halaman bersih perlu diberi tumpuan
Tumpuan diberikan apa yang terdaya
Rakyat yang hadir amat membanggakan
Cerah Pakatan Rakyat akan menguasi Putrajaya

• Atas: Pagar dan Buluh nadu penghias halaman rumah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFO KEDAH
Pautan• Sultan Kedah puji Azizan laksana pembaharuan di Kedah.
• Kedah sasar pertumbuhan ekonomi 5 peratus.

Sabtu, 14 Januari 2012

Pokok getah di depan halaman
Kelihatan menghijau indahkan persekitaran
Sokongan Rakyat kepada Pakatan amat memberangsangkan
Masa depan cerah capai kemenangan

Memancing di sungai Tualang gunakan sampan
Sampan dikayuh ke tengah pelahan-pelahan
Tanda kemenangan mencerahkan harapan
Keadilan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan

• Atas: Kebun getah di Bukit Lala.
• Bawah: Sungai Tualang tempat memancing dan menjala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 13 Januari 2012

KELEMAHAN YANG ADA PERLU DIPELAJARI

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KETIGA pada: 14 Januari 2012 (Sabtu) jam 8:00 am – 5:00 pm. Ceramah Perdana 9. 00 malaam di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Suka Menanti Alor Setar, KedahKebun getah pagarnya berduri
Belanjanya murah buat sendiri
Janji dan kesetiaan sudah dimungkari
Kekurangan yang ada perlu dipelajari

Menoreh cara ini amatlah rugi
Siapa yang melihat akan menepuk dahi
Rakyat nak ubah Be End nak tunggu apa lagi
Kemenangan Pakatan Rakyat akan menyebelahi

• Atas: Kawasan tanaman semula perlu dipagar.
• Bawah: Torehan yang merosakkan jangkahayat pokok getah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


INFO KEDAH

Khamis, 12 Januari 2012

TUNTUTAN RAKYAT PATUT DIPENUHI

Halaman rumah perlu dipagari
Elak ternakan datang mencerobohi
Demonstrasi rakyat peluang patut diberi
Halangan dan ugutan supaya rakyat jauhi

Kawasan kampung bela biri-biri
Mudah dibela senang dijual beli
Bantuan rakyat sepatutnya diberi
Tunggu pilihanraya tiba semacam dibuli



• Atas: Tanaman buluh madu di halaman rumah.
• Bawah: Kambing biri-biri di kawasan halaman rumah.
• Youtube: " Saina Pokok Sena, merentas desa di Bukit Lala ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.