HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 10 Januari 2012

KEBEBASAN DAN KESEJAHTERAAN

Mencangkul kebun badan tak larat
Bagi mengelakan semak kawasan persekitaran
Perangkap dipasang dawainya berkarat
Bahaya datang tenat akan berterusan

Datang ke kebun dengan kereta
Kebun jauh datang berdua
Pentadbiran negeri Pakatan keberkesanannya nyata
Kesenangan dinikmati sejahtera untuk semua



• Atas: Tanam jagung di kawasan tanaman semula getah.
• Youtube: “ Nik Aziz: Tiada lagi politik fitnah ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 9 Januari 2012

MUHASABAHLAH DIRI

Kutip skrup termengah-temengah
Skrupnya dikutip upahnya diberi
Kebenaran dituntut kepalsuan dicegah
Bohong dan palsu memakan diri

Memberi rusa memakan daun
Daun dipetik di tepi ladang
Harta dan kedudukan usahlah terpegun
Undi rakyat berubah pasti kecundang



• Atas: Kutip scrup di kebun menggunakan troli.

• Youtube: “ Melawat ladang rusa di UUM Sintok ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 8 Januari 2012

TERLAJAK PERAHU BOLIH DIUNDUR

Rehat keletihan terus tertidur
Berkerja di sawah di Bukit Lada
Terlajak perahu boleh diundur
Tesasul kata putiknya sudah pun ada

Datang awal ke kebun sungguh selesa
Sunyi tidak datang berdua
Terlajak kata jangan dibiasa
Tindakan diberi hikmanya ada



• Atas: Kawasan sawah di Bukit Lada, Pokok Sena.
• Youtube: “ Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 5 Januari 2012

JANGAN BIARKAN KEZALIMAN BERLUASA

Air sungai di Tualang mengalir deras
Airnya dialirkan ke sawah di Kepala Bendang
Syarikat untung perkerja tertindasJangan biarkan bertindaklah sekarang

Pergi ke sawah melintas titi
Titi kayu dibena di atas paya
Wang zakat diguna sekuka hati
Pandangan kabur matlamanya dunia



• Atas: Titi kayu merentangi sungai Tualang, Pokok Sena.
• Youtube: “ Plan B Anwar Ibrahim ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 4 Januari 2012

HATI-HATI PILIH PEMIMPIN

Sawah dan getah luas di Pokok Sena
Hasilnya diperolehi buat simpanan
Wang rakyat habis entah kemana
Kesusahan rakyat sentiasa terbeban

Tanam rumput elak hakisan
Supaya cantik kelihatan indah
Rakyat meluat dan rasa bosan
Sokongan melampau kepada Be’ end membawa rebah



• Atas: Kawasan sawah di Bukit Pinang, Pokok Sena.
• Youtube: “ Tiga Abdul - 25% buat Tuan penasihat ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 2 Januari 2012

KERAJAAN DI DUNIA JARANG YANG KEKAL

Cabut semaian naik basikal
Lalu di sawah pemandangan hijau
Kerajaan di dunia jarang yang kekal
Tiba masanya rakyat usahlah risau

Tanah terbiar sudah dipulih
Pokok yang ditanam subur kehijauan
Kuasa diberi rakyat yang pilih
Bangun jatuh terimalah kenyataan

• Atas: Berbasikal ke sawah di kawasan kampung di Tualang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 1 Januari 2012

RAKYAT DIHORMATI MARUAH DIJAGA

Tangkap haruan gunakan taut
Haruan yang diperolehi diisi ke dalam raga
Arahan dipatuhi keadilan dituntut
Rakyat dihormati maruah dijaga

Rumah didirikan di tepi sawah
Air yang diminum guna perigi
Tindakan dilakukan biarlah berhemah
Terlanjur tindakan resikonya tinggi



• Atas: Terusan di kawasan sawah di Telaga Mas, Pokok Sena.
• Youtube: " Ustaz Azhar mask Raja lawak ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.