HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 16 November 2011

TAHNIAH KEPADA ANAK ANDA YANG BERJAYA



Kami mengucapkan tahniah kepada anak anda yang mendapat 5A dalam keputusan UPSR. Yang lulus kami harapkan terus berusaha dan yang gagal janganlah berputus asa.


Masanya masih panjang untuk anak kita meneruskan cita-cita mereka sehingga berjaya.

Besok adalah musim cuti persekolahan bermula dan inilah masanya anda dan keluarga berkesempatan untuk balik kampung bertemu sanak saudara atau menghadiri majlis perkahwinan.

Dalam perjalanan ke distinasi, hati-hati di jalan raya. Semoga anda dapat berjumpa keluarga dengan selamat.

Selasa, 15 November 2011

INILAH MASANYA KITA LAKUKAN PERUBAHAN

Petang-petang berehat di anjung
Lihat kehijauan terasa selesa
Korapsi dan penyelewengan sukar dibendung
Gantilah pemimpin rakyat gunakanlah kuasa

Buah di kebun sudah pun ranum

Buahnya enak baik untuk kesihatan

Wang rakyat dibelanja lulusnya belum
Pemimpin kroni senang rakyat menanggung beban


• Atas: Rumah tridisional di jalan Sultanah, Alor Setar.

• Youtube: “ N9 Dun Bukit Lada – YB Ustaz Izzat Shauki”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 14 November 2011

PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR

Keluar ke kebun di sebelum mentari
Minum tak sempat bawa bekalan
PRU ke13 yang ditunggu sudah menghampiri
Ubah sekarang jangan sampai terkilan


Petang hari sampai ke Jabi cuacanya masih terang
Persekitaran indah hujan turun dengan renyai

Ditunggu jangan, ubahlah sekarang

Menyesal kemudian sudah hancur berderai


• Atas: Penoreh getah keluar awal menoreh di kampung Bukit Lala.

• Bawah: Paya di tepi sawah di Mukim Jabi, Pokok Sena.

• Youtube: “ Undilah, kita mampu melakukannya”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 12 November 2011

BEBAN HUTANG YANG BERPANJANGANG

Pergi ke Pokok Sena membeli dedak
Biri-biri diberi makan tidaklah sukar

Jawatan dipohon dapatnya tidak
Hutang tertanggung perlu dibayar


Air di kampung bersih enak diminum

Mudah diperolehi galilah telaga

Pinjaman ‘PTPTN’ selesainya belum

Hutang rumah dan kenderaan diambil juga



• Atas: Potong rumput rumpai untuk makanan kambing.
• Youtube: “ Penantian di celah-celah kehidupan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 10 November 2011

PEMIMPIN BERMARWAH PUNYA MASA DEPAN

Kawasan halaman perlu dipagari
Pokok dijaga jangan dibiar

Pemimpin bermarwah ada harga diri
Jika tersingkir pertahankan yang benar

Kubur Panjang di kawasan Pendang

Jalan pintas melalui ban

Pemimpin yang berjasa tetap dikenang
Korap dan dan angkuh akan terhumban



• Atas
: Kawasan halaman perlu dijaga. Pautan• Youtube: “ Penoreh getah di Bukit Lala part 1 ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 9 November 2011

TANGGUNGJAWAP KITA BERSAMA

Memandu di jalanraya perlulah bersopan
Kelajuan terhad walaupun kereta berjenama

Persekitaran indah menceriakan kehidupan

Tanggungjawap terpikul perlulah bersama


Pergi ke kebun kutip pegaga

Pegaga diisi di dalam raga

Pembangunan diteroka persekitaran dijaga
Bumi terpelihara masa depan sejahtera


• Atas: Jalan Kuala Nerang di km 25, Pokok Sena.

• Youtube: “ Bumi kita tanggunjawap kita ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 8 November 2011

HARAPAN DAN KENYATAAN

Kawasan semak mudah terbakar
Perlu dibersihkan dengan sempurna
Ruang bersuara yang diharapkan amatlah sukar
Transformasi yang dicanangkan tidak bermakna

Ceduk air di sawah gunakan timba
Airnya jernih menampakkan ikan

Pilahanraya yang ditunggu masanya akan tiba
Bersih dan telus itulah yang rakyat harapkan


• Atas: Laluan pintas ke kampung Tok Kun, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di kawasan sawah di Bukit Lala.

• Youtube: “ Warung Coconat Shake Batu 14, Pokok Sena. ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.